Kota Cilegon

Cilegon, Banten,
Mohor rasmi Cilegon, Banten,
Mohor
Cogan kata: Akur Sedulur Jujur Adil Makmur
Kotamadya20 April 1999
Menjadi Bandar2001
Pentadbiran
 • WalikotaH. Tubagus Iman Ariyadi S.Ag, MM, M.S (2010-kini)
Keluasan
 • Jumlah175.5 km2 (67.8 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah386,985
Zon waktuUTC+7 (WIB)
 • Musim panas (DST)UTC+7
AgamaMajoriti Islam
Laman sesawanghttp://www.cilegon.go.id



Kota Cilegon ialah sebuah kota pantai di Provinsi Banten, Indonesia. Terletak di hujung barat laut Pulau Jawa di tepi Selat Sunda, kota ini dahulu merupakan sebahagian wilayah Kabupaten Serang. Ia kemudian dinaikkan statusnya menjadi sebuah kota pentadbiran dan sejak dari 20 April 1999, telah ditetapkan sebagai sebuah kotamadya (gelaran kotamadya digantikan dengan kota sejak tahun 2001).

Cilegon dikenali sebagai sebuah kota perindustrian dan merupakan pusat perindustrian di kawasan Banten bahagian barat. Antara kilang-kilang yang terletak di sini ialah Krakatau Steel, sebuah syarikat yang penting di Indonesia yang mengeluarkan keluli untuk keperluan perindustrian (baik untuk penggunaan dalam negeri mahupun untuk eksport), dan PT Asahimas Chemical.

Kota Cilegon dilintasi oleh jalan raya nasional Jakarta-Merak serta juga perkhidmatan kereta api Jakarta-Merak. Kota Cilegon terdiri daripada 8 buah kecamatan yang dibahagikan lagi kepada sejumlah desa dan kelurahan.

Kecamatan

  1. Cibeber
  2. Cilegon
  3. Citangkil
  4. Ciwandan
  5. Gerogol
  6. Jombang
  7. Pulo Merak
  8. Purwakarta.

Pautan luar

  • (Indonesia) Laman web rasmi

Koordinat: -6.0156° U 106.0531° T

  • Peta-peta dan fotograf-fotograf udara
    • Peta daripada Multimap atau Globalguide atau Peta-peta Google
    • Imej udara daripada TerraServer
    • Imej satelit daripada WikiMapia


 

Kota Cilegon, Banten

Kecamatan: Cibeber | Cilegon | Citangkil | Ciwandan | Gerogol | Jombang | Pulo Merak | Purwakarta

  • l
  • b
  • s
Ibu kota: Serang
Kabupaten
Lambang Provinsi Banten
Kota

Cilegon • Serang Tangerang Tangerang Selatan