Kota Semarang

Semarang beralih ke halaman ini. Untuk kabupaten Semarang, sila lihat Kabupaten Semarang.
Kota Semarang
Jawa > Jawa Tengah
Lambang Semarang.
Lambang Kota Semarang
Lokasi Semarang di pulau Jawa.
Provinsi Jawa Tengah
Hari Jadi 2 Mei 1547
Luas wilayah 373.67 km²
Jumlah penduduk 1,687,222 (2020)
 - Kepadatan 3,731 orang/km²
Suku bangsa Jawa (93%%)
Tionghoa (4%)
Lainnya (3%).
Bahasa Jawa, Indonesia
Agama (2022) Islam (87,20%)
Kristian (12,05%)
- Protestan (6,93%)
- Katolik (5,12%)
Buddha (0,65%)
Hindu (0,07%)
Lainnya (0,02%)

[1]https://gis.dukcapil.kemendagri.go.id/peta/

Kecamatan 16
 - Kelurahan 177
Walikota Hendrar Prihadi
Kod telepon (+62)24

Laman web rasmi: www.semarangkota.go.id

Semarang pada tahun 1770.


Semarang (Bahasa Jawa Hanacaraka: ꦯꦼꦩꦫꦁ​code: jv is deprecated , Pegon: سماراڠcode: jv is deprecated ) ialah ibu kota Provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Kota ini terletak sekitar 485 kilometer di sebelah timur Jakarta, dan 308 kilometer di sebelah barat Surabaya. Semarang menyempadani Laut Jawa di utara, Kabupaten Demak di timur, Kabupaten Semarang di selatan, dan Kabupaten Kendal di barat.

Sejarah

Semarang pada awalnya merupakan sebuah daerah yang diasaskan oleh Raden Kaji Kasepuhan (juga dikenali sebagai Pandan Arang) pada 1 Mei 1547 dan disahkan oleh Sultan Hadiwijaya. Pada tahun 1906, Kerajaan Hindia Belanda membentuk Perbandaran (gemeente) Semarang yang dipimpin oleh seorang burgermeester. Perbandaran inilah yang kemudian menjadi asas untuk pembentukan Kota Semarang. Kotamadya Semarang secara definisi ditetapkan berdasarkan UU Nombor 13 tahun 1950 tentang pembentukan daerah-daerah dalam lingkungan Wilayah Jawa Tengah.

Geografi

Daerah dataran rendah di Kota Semarang sangat sempit, iaitu sekitar empat kilometer dari garis pantai, dan dikenali dengan sebutan kota bawah. Kawasan kota bawah sering kali dilanda banjir dan di sejumlah kawasan, banjir ini diakibatkan oleh luapan air laut.

Bahagian di sebelah selatan merupakan dataran tinggi yang dikenali sebagai kota atas dan antara lain, meliputi Kecamatan Candi, Mijen, Gunungpati, dan Banyumanik.

Pembahagian pentadbiran

Kota Semarang terdiri daripada 16 buah kecamatan yang dibahagikan lagi kepada sejumlah kelurahan dan desa.

  1. Banyumanik
  2. Candisari
  3. Gajahmungkur
  4. Gayamsari
  5. Genuk
  6. Gunungpati
  7. Mijen
  8. Ngaliyan
  9. Pedurungan
  10. Semarang Barat
  11. Semarang Selatan
  12. Semarang Tengah
  13. Semarang Timur
  14. Semarang Utara
  15. Tembalang
  16. Tugu

Demografi

Penduduk Semarang umumnya berasal daripada suku Jawa dan menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa sehari-hari. Agama utama yang dianuti oleh para penduduk ialah agama Islam dan Kristian.

Semarang mempunyai komuniti Tionghoa yang besar. Seperti di daerah-daerah yang lain di Pulau Jawa, terutamanya di Jawa Tengah, mereka bergaul dan bertutur dalam bahasa Jawa dengan penduduk tempatan.

Pengangkutan

Kota Semarang dapat dihubungkan melalui perjalanan darat, laut, dan udara. Lebuhraya Pantai Utara yang merentasi Semarang menghubungkan Jakarta dengan kota-kota di pantai utara Pulau Jawa. Pada saat ini, jalan raya yang menghubungkan Semarang dengan Solo kota kedua terbesar di Jawa Tengah sedang dibina. Pengangkutan bas antara kota berpusat di Perhentian Bas Terboyo, manakala pengangkutan dalam kota dilayani oleh bas kota, angkot (bas mini atau van), dan beca.

Semarang memiliki dua buah stesen kereta api:

  • Stesen Semarang Tawang untuk kereta api kelas bisnis dan eksekutif;
  • Stesen Semarang Poncol untuk kereta api kelas ekonomi dan pengangkutan barang.

Laluan-laluan kereta api termasuk Semarang-Jakarta, Semarang-Bandung, Semarang-Surabaya, Jakarta-Semarang-Jombang, Jakarta-Semarang-Malang, antara lain.

Pengangkutan udara yang dilayani oleh Lapangan Terbang Achmad Yani menghubungkan Semarang dengan sejumlah kota-kota besar di Indonesia, manakala Pelabuhan Tanjung Mas yang merupakan pelabuhan kontena menghubungkan Semarang dengan sejumlah kota-kota pelabuhan yang lain.

Pendidikan

Semarang mempunyai sejumlah institusi pendidikan tinggi yang ternama:

  • Institusi-institusi pendidikan awam: Universiti Diponegoro (Undip), Universiti Negeri Semarang (Unnes), Politeknik Negeri Semarang, UIN Walisongo, dan Akademi Polis, antara lain.
  • Institusi-institusi pendidikan swasta: Universiti Islam Sultan Agung, Universiti Katolik Soegijapranata, Universiti Dian Nuswantoro, Universiti Stikubank, Universiti Semarang, Universiti Muhammadiyah Semarang, STMIK Kolej ProVisi IT, antara lain.
  • Sekolah Menengah (SMA) awam ternama: SMA Negeri 3 Semarang, SMA Negeri 5 Semarang, SMA Negeri 6 Semarang, SMA Negeri 8 Semarang, antara lain.
  • Madrasah Aliyah (setingkatan SMA) awam: MAN 1 Semarang dan MAN 2 Semarang.
  • Sekolah Tingkat Lanjutan Pertama (SMP) awam ternama: SMP Negeri 18 Semarang, SMP Negeri 1 Semarang, SMP Negeri 2 Semarang, SMP Negeri 18 Semarang, SMP Negeri 16 Semarang, antara lain.
  • Madrasah Tsanawiyah (setingkatan SMP) awam ternama: MTs Negeri 1 Semarang dan MTs Negeri 2 Semarang.

Media

Akhbar yang diterbitkan di Semarang termasuk Suara Merdeka, Wawasan (Kumpulan Suara Merdeka), Tribun Jateng, dan Radar Semarang, (Kumpulan Jawa Pos), antara lain, manakala stesen televisyen tempatan termasuk TV Borobudur, Simpang Lima TV, TVKU, dan Semarang TV.

Olahraga

Persatuan Sepakbola Indonesia Semarang (PSIS) merupakan satu-satunya kelab bola sepak profesional di Kota Semarang. Pada musim 2006, kelab ini bermain di Divisi Utama Liga Djarum Wilayah 1 dan meraih tempat kedua selepas ditewaskan 0-1 oleh pasukan Persik Kediri dalam pusingan akhir.

Lain-lain

  • Semarang mengambil cogan kata, Kota ATLAS (Aman, Tertib, Lancar, Asri (Indah), dan Sihat).
  • Semarang memiliki seni budaya warak ngendhog dan dhugdheran yang diadakan menjelang bulan Ramadhan.
  • Makanan khas di Semarang: Lumpia Semarang, tempe mendoan, soto Bangkong, tauhu petis, tauhu gimbal, bandeng presto, wingko babat, dan sega kucing, antara lain.
  • Pusat membeli-belah di Semarang: Ciputra Mall, Plaza Simpang Lima, Java Mall, Gedung Serbaneka Sri Ratu, Gedung Serbaneka Ramayana, dan Gedung Serbaneka Ada, antara lain.
  • Hotel berbintang yang terkenal di Semarang: Grand Candi, Ciputra, Horizon, Graha Santika, Patra Jasa, dan Novotel, antara lain.
  • Hospital besar di Semarang: RSUP Dr. Karyadi, Rumah Sakit Tlogorejo, Rumah Sakit Elizabeth, RSU PKU Muhammadiyah Roemani, dan Rumah Sakit Islam Sultan Agung (RSISA), antara lain.
  • Sekolah negeri yang terutama di Semarang ialah Sekolah Menengah Atas Negeri 3 yang terletak di Jalan Pemuda, berhadapan dengan pejabat Walikota Semarang. Sekolah ini terkenal kerana mempunyai mutu yang cemerlang sehingga menjadi impian bagi setiap siswa yang lulus Sekolah Menengah Pertama (SMP).
  • Sekolah swasta yang terbaik di Semarang ialah Sekolah Menengah Atas Kolese Loyola yang terletak di Jalan Karanganyar. Sekolah ini terkenal kerana mutu siswanya yang sangat baik dan berhasil sehingga menjadi impian bagi setiap siswa SMP di Jawa Tengah pada umumnya.

Rujukan

  1. ^ "Jumlah Penduduk Menurut Kabupaten Kota dan Agama di Provinsi Jawa Tengah, 2020". Badan Pusat Statistik Provinsi Jawa Tengah. 14 April 2021. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  • l
  • b
  • s
 

Kota Semarang, Jawa Tengah

Kecamatan: Banyumanik | Candisari | Gajahmungkur | Gayamsari | Genuk | Gunungpati | Mijen | Ngaliyan | Pedurungan | Semarang Barat | Semarang Selatan | Semarang Tengah | Semarang Timur | Semarang Utara | Tembalang | Tugu

  • l
  • b
  • s
Kabupaten dan kota di Jawa Tengah
Ibu kota: Semarang
Kabupaten
Jawa Tengah
Kota