Kuala

Sungai Mosel mengalir masuk ke dalam Rhein di kuala Koblenz.
Kuala sungai Bhagirathi dan Alaknanda yang membentuk sungai Ganges di Devprayag, India. Perhatikan olakan endapan dari Alaknanda.
Kuala terusan
Gambarajah ringkas ini menunjukkan bagaimana sebahagian Terusan Perindustrian di New Orleans turut berfungsi sebagai saluran untuk Jalan Air Antarapantai Teluk dan Terusan Sungai Mississippi-Alur Keluar Teluk. Di bawahnya, sebahagian Jalan Air Antarapantai ditunjukkan berkuala dengan Sungai Mississippi.

Dalam bidang geografi, kuala ialah pertemuan dua atau lebih badan air. Berbeza sekali dengan legeh, kuala biasanya memaksudkan titik bersambungnya anak sungai dengan sebatang sungai yang lebih besar, iaitu aliran umum, yang mana sungai besar itu jugalah sungai yang tertinggi tertibnya di lembangan saliran.

Istilah kuala juga memaksudkan pertemuan badan air berpasang surut atau bukan sungai, seperti dua batang terusan[1] or a canal and a lake.[2] Di New Orleans, terdapat sebahagian Terusan Perindustrian yang sepanjang sebatu (1.6 km) yang menampung Jalan Air Intrapantai Teluk dan Terusan Sungai Mississippi-Alur Keluar Teluk; maka di situ berkualanya ketiga-tiga jalan air tersebut.

Kuala terkenal

  • Allahabad di India, tempat pertemuan sungai Ganges, Yamuna dan Saraswati, dan juga salah sebuah tanah tersuci dalam agama Hindu. Kualanya bernama Triveni Sangam.
  • Titik pergabungan Sungai Monongahela dan Sungai Allegheny, yang menjadi titik mula Sungai Ohio, oleh itu terbentuknya kuala di Pittsburgh.
  • Sungai Madison, Sungai Jefferson dan Sungai Gallatin di Three Forks, Montana membentuk Sungai Missouri, salah satu sungai terpanjan di Amerika Syarikat (2,341 batu / 3,767 km).
  • Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, terletak di kawasan kuala Sungai Gombak, (dahulunya dikenali sebagai Sungai Lumpur) dan Sungai Klang.
  • Passau juga dikenali sebagai Dreiflüssestadt (Kota Tiga Sungai), kerana di situlah bersambungnya Sungai Danube dengan Sungai Inn dari Selatan, dan Sungai Ilz yang mengalir keluar dari Hutan Bavaria ke Utara.
  • Manaus, Brazil terletak di Rio Negro berhampiran kualanya dengan Sungai Amazon, sebagai pelabuhan utama dalam sistem sungai yang luas di negara itu.
  • Belgrade, ibu negara Serbia, terletak di kuala sungai Sava dan Danube.
  • Kepulauan Hochelaga, termasuklah pulau dan bandaraya Montreal, terletak di kuala Sungai St. Lawrence dan Sungai Ottawa di Quebec, Kanada.
  • Dua sungai terpanjang di Australia, iaitu Sungai Darling dan Sungai Murray, berkuala di Wentworth, New South Wales.
  • St. Louis, Missouri terletak berhampiran selatan kuala Sungai Mississippi dan Sungai Missouri.
  • Kuala di Lokoja, Nigeria, di mana bergabungnya Sungai Niger dan Sungai Benue.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Kor Jurutera Tentera Darat A.S. memaksudkan kuala Terusan Assawoman dengan Terusan Bethany Loop di Delaware. Rujuk: "CENAP-OP-R-Quarterly Report, 2004-05-12". Philadelphia Engineer District. Dicapai pada 2006-03-11.
  2. ^ Engineers in New Orleans refer to the confluence of the 17th Street Canal and Lake Pontchartrain. See: "Interim Closure Structure at 17th St. Canal". Task Force Guardian. Dicapai pada 2006-03-11.