Kukira Kau Rumah

Kukira Kau Rumah
PengarahUmay Shahab
Lakon layar
  • Monty Tiwa
  • Umay Shahab
  • Imam Salimy
BerdasarkanKukira Kau Rumah oleh
Amigdala
Dihasilkan oleh
  • Prilly Latuconsina
  • Yahni Damayanti
Dibintangi
  • Prilly Latuconsina
  • Jourdy Pranata
SinematografiBeben Jenggot
Disunting olehOliver Sitompul
Muzik olehAndi Rianto
Syarikat
penerbitan
  • Sinemaku Pictures
  • MD Pictures
Diedarkan olehAntenna Entertainments (Malaysia)
Tarikh tayangan
  • 28 November 2021 (2021-11-28) (JAFF)
  • 3 Februari 2022 (2022-02-03) (Indonesia)
  • 17 Februari 2022 (2022-02-17) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraIndonesia
BahasaBahasa Indonesia

Kukira Kau Rumah ialah sebuah filem drama Indonesia pada 2021 yang diarahkan oleh Umay Shahab serta ditulis bersama Monty Tiwa dan Imam Salimy dengan mengadaptasi lagu berjudul sama oleh Amigdala. Filem ini merupakan debut Umay Shahab sebagai pengarah filem panjang dan Prilly Latuconsina sebagai penerbit.[1] Filem terbitan Sinemaku Pictures ini dibintangi oleh Prilly Latuconsina, Jourdy Pranata, Shenina Cinnamon, dan Raim Laode.

Barisan pelakon

  • Prilly Latuconsina sebagai Niskala
    • Raya Adena Syah sebagai Niskala (kanak-kanak)
  • Jourdy Pranata sebagai Pram
  • Shenina Cinnamon sebagai Dinda
    • Zafura Nur Eilza sebagai Dinda (kanak-kanak)
  • Raim Laode sebagai Octavianus
    • David Obima sebagai Octavianus (kanak-kanak)
  • Unique Priscilla sebagai Mella
  • Kiki Narendra sebagai Dedi
  • Andi Rianto sebagai ahli psikiatri
  • Ence Bagus sebagai pengurus kafe
  • Ruth Marini sebagai pustakawan
  • Fauzi Baadilla sebagai Wisnu
  • Mike Lucock sebagai Gilang
  • Emmie Lemu sebagai Ani
  • Ananta Rispo sebagai Miko
  • Totos Rasiti sebagai Bowo
  • Pamungkas sebagai Pamungkas
  • Brian Domani sebagai lawan debat
  • Ahmad Saipul sebagai lawan debat

Tayangan

Filem Kukira Kau Rumah diadakan tayang perdananya di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC edisi 2021.[2] Majlis "gala premier" pula diadakan di Plaza Senayan XXI pada 31 Januari 2022, dan dihadiri oleh Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Uno.[3][4] Film ini mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 3 Februari 2022.[5]

Rujukan

  1. ^ Kunthi Rosary, Regina (10 Agustus 2020). "Prilly Latuconsina Jadi Produser Sekaligus Pemain Film Kukira Kau Rumah". Kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Oktober 2020. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Kukira Kau Rumah Segera Tayang, Ajang Pembuktian Umay Shahab sebagai Sutradara". Tempo. 19 Januari 2022. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  3. ^ "'KUKIRA KAU RUMAH' Angkat Isu Mental Health, Coach Rheo Ajak Penonton Netralkan Beban Emosi Penyebab Bipolar". KapanLagi (dalam bahasa Indonesia). 1 Februari 2022. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  4. ^ "Sandiaga Uno Nonton Film Kukira Kau Rumah Bareng Mas Aris". Liputan6 (dalam bahasa Indonesia). 2 Februari 2022. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  5. ^ "Film 'Kukira Kau Rumah' Tayang 3 Februari 2022, Cek Sinopsisnya Biar Lebih Penasaran". Liputan6. 2 Februari 2022. Dicapai pada 3 Februari 2022.

Pautan luar