Laksamana Armada

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Laksamana Armada ialah pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Buat masa ini ia hanya dipegang oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan yang pernah menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Ia setara dengan pangkat Fil Marsyal ataupun Marsyal TUDM dan bertaraf lima bintang. Laksamana Armada juga setaraf dengan laksamana lima bintang lain iaitu Admiral of the Fleet Tentera Laut Diraja British, Fleet Admiral Tentera Laut Amerika atau Grossadmiral (terjemahan Laksamana Besar) Tentera Laut Jerman.

Insignia

Laksamana Armada mengenakan lima bintang dalam susunan segilima beserta mahkota di epolet bahu. Pada pakaian musim sejuk, di pergelangan tangan pula dipakai satu baris lebar dan diikuti empat baris sederhana di atasnya.

  • Laksamana Armada
    Laksamana Armada
  • Pergelangan baju Laksamana Armada
    Pergelangan baju Laksamana Armada


  • Lengan baju Admiral of the Fleet
    Lengan baju Admiral of the Fleet
  • Lencana kolar,lengan baju dan lencana bahu Fleet Admiral
    Lencana kolar,lengan baju dan lencana bahu Fleet Admiral

Pangkat setaraf dari negara lain

  • Admiral of the Fleet (United Kingdom dan negara-negara Komanwel)
  • Admiral Flota Sovetskogo Soyuza (Kesatuan Soviet)
  • Grande Ammiraglio (Itali)
  • Admiral flote (Croatia)
  • Admiral of the Fleet (Nigeria)
  • Büyükamiral (Turki)
  • Fleet Admiral (Amerika Syarikat)
  • Grossadmiral (Jerman)
  • Jom Phon Ruea (Thailand)
  • Laksamana Besar (Indonesia)
  • Sayed el Bahar el Azam (Kesultanan Mesir)
  • Archinaúarchos, (Yunani)
  • Capitán General de la Armada (Sepanyol)

Laksamana Armada (Amerika Syarikat)

Bendera laksamana armada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Laksamana Armada atau Fleet Admiral (FADM) ialah pangkat pegawai berbendera lima bintang, dan ia dianggap sebagai pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Pangkat Laksamana Armada berada diatas Laksamana dan setaraf dengan Jeneral Tentera Darat dan Jeneral Tentera Udara. Pangkat laksamana armada hanya disimpan untuk kegunaan masa perang dan kini gred tersebut tidak aktif.

Satu gred khas Admiral of the Navy, iaitu pangkat yang lebih atas dari laksamana armada, telah dianugerahkan kepada George Dewey selepas Perang Amerika-Sepanyol (1898) pada tahun 1903, tetapi ia tidak lagi wujud selepas kematiannya pada 16 Januari 1917.

Insignia bagi laksamana armada mengandungi lima bintang perak dalam susunan segilima. Di pergelangan tangan uniform dipakai satu baris lebar, diikuti dengan empat baris sederhana, dan diatas sekali terdapat satu bintang kecil.

Selaras dengan tradisi lama tentera laut diraja abad ke-18, laksamana armada berhak mendapat gaji penuh seorang laksamana dan faedah sampingan lain, termasuk satu staf kecil, untuk menjaga hari tuanya.