Landasan Kereta Api Burma

Landasan kereta api Burma merupakan sebuah landasan kereta api antara Ban Pong, Thailand, dan Thanbyuzayat, Burma binaan Empayar Jepun pada tahun 1943 untuk menyokong pasukan tenteranya sewaktu Kempen Burma dalam Perang Dunia Kedua. Landasan ini menghubungkan antara Bangkok, Thailand, dan Rangoon (kini Yangon) di Burma dengan lengkapnya. Landasan ini telah ditutup pada tahun 1947, namun bahagian antara Nong Pla Duk dan Nam Tok telah dibuka kembali sepuluh tahun kemudian pada tahun 1957.

Sebanyak antara 180,000 dan 250,000 buruh awam (rōmusha) Asia Tenggara dan sekitar 61,000 orang tawanan perang Berikat diarahkan melakukan kerja buruh paksa semasa pembinaannya, di mana kira-kira 90,000 buruh am dan lebih daripada 12,000 orang askar Berikat terkorban dalam tempoh tersebut.

Sejarah

Peta landasan kereta api Burma

Sebuah laluan kereta api antara Burma dan Thailand, menyeberangi Laluan Tiga Pagoda serta melepasi lembah sungai Kwhae Noi di Thailand telah ditinjau dan dipertimbangkan oleh pemerintah British di Burma seawal tahun 1885, namun laluan kereta api yang dicadangkan ini – melalui rupa bumi hutan berbukit serta dikelilingi banyak sungai – dianggap terlalu sukar untuk dilaksanakan.[1]

Pada awal tahun 1942, pasukan Jepun menyerang Burma dan merampas kawalan jajahan tersebut daripada United Kingdom. Jepun bergantung kepada laluan laut untuk membekalkan tenteranya di kawasan tersebut dengan membawa persediaan dan anggota tentera ke Burma sekitar semenanjung Melayu serta melalui Selat Melaka dan Laut Andaman. Laluan ini terdedah kepada kemungkinan serang kapal selam pihak Berikat, terutamanya setelah kekalahan Jepun dalam Pertempuran Midway bulan Jun 1942. Suatu landasan menghubungkan Bangkok ke Rangoon sebagai satu laluan alternatif dianggap lebih mudah memandangkan ia dapat mengelakkan perjalanan yang berbahaya sekitar semenanjung tersebut sepanjang 2000 batu (3,200 km).[2] Pihak Jepun memulakan projek ini pada bulan Jun 1942.[3]

Projek ini bertujuan menghubungkan Ban Pong di Thailand dengan Thanbyuzayat di Burma, bersama laluan-laluan yang sedia di kedua-dua tempat ini. Laluan telah melalui Laluan Tiga Pagoda di sempadan Thailand-Burma. Sebanyak 69 batu (111 km) landasan ini berada di Burma dengan baki landasan selebihnya yang berukuran 189 batu (304 km) berada di Thailand. Pergerakan tawanan perang ke arah utara dari penjara Changi di Singapura dan kem-kem penjara lain di Asia Tenggara bermula pada Mei 1942. Selepas selesainya kerja awal pembinaan lapangan terbang dan infrastruktur sampingan, pembinaan rel kereta api dimulakan di Burma pada 15 September 1942 dan di Thailand pada bulan November tahun yang sama. Pembinaan tersebut dijangka selesai pada bulan Disember tahun 1943.[1][note 1] Kebanyakan bahan binaan untuk landasan besar ini termasuk trek dan kayu landas telah dibawa dari bahagian rangkaian kereta api Negeri-Negeri Melayu Malaya dan Hindia Timur yang dicerai-ceraikan.

Salah sebuah jambatan yang dibina buruh rōmusha dan tahanan perang sepanjang landasan Thailand-Burma.

Pembinaan landasan ini diselesaikan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan; pada 17 Oktober 1943, pasukan pembinaan dari Burma bekerja ke arah selatan bertemu dengan pasukan pembinaan dari Thailand yang bekerja ke arah utara. Kedua-dua bahagian landasan ini bertemu di kilometer ke-263, kira-kira 18 km (11 batu) arah selatan dari Laluan Tiga Pagoda Lulus di Konkuita (Kaeng Giang Tha, Daerah Sangkhla Buri, Wilayah Kanchanaburi).[4]

Jumlah barang yang dibawa semasa perang adalah sebanyak 500,000 tan metrik oleh dua divisyen Tentera Jepun.

Landasan ini ditutup pada tahun 1947, namun bahagian antara Nong Pla Duk dan Nam Tok telah dibuka kembali sepuluh tahun kemudian pada tahun 1957.

Pasca-perang

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, landasan ini berada  dalam keadaan yang sangat daif sehingga memerlukan pembinaan semula sebelum ia digunakan dalam sistem Kereta Api Negara Thailand. Pada 24 Jun 1949, sebahagian dari laluan Kanchanaburi ke Nong Pla Duk (Thai หนองปลาดุก) telah selesai dibina' pada 1 April 1952 pula, bahagian seterusnya ke Wang Pho (Wangpo) telah disiapkan. Pada 1 Julai 1958, landasan kereta api telah siap menghubung ke Nam Tok (Bahasa Thai: น้ำตก.) Bahagian yang digunakan hari ini adalah beberapa landasan lama yang berukuran 130 kn (81 batu). Landasan yang menjangkau melepasi Nam Tok Sai Yok Noi ditinggalkan; dengan rel besi daripada tempat tersebut diambil dan digunakan semula dalam mengembangkan lapangan kereta api Bang Sue, mengukuhkan semula trek ganda BKK–Banphachi, memulihkan semula trek dari Thung Songu ke Trang, dan membina kedua-dua jalan cabang Nong Pla Duk–Suphanburi dan Ban Thung Pho–Khirirat Nikhom. Bahagian-bahagian yang ditinggalkan telah diubah menjadi denai.

Terdapat pelbagai usul sejak tahun 1990-an untuk membina semula landasan ini dengan selengkapnya, namun projek-projek tersebut tiada yang membuahkan sebarang hasil setakat 2014[kemas kini]. Kerja-kerja menggali terowong secara meluas menghubungkan antara Thailand dan Burma mungkin akan dilakukan untuk mencapai tujuan ini, memandangkan sebahagian besar landasan ini sudah ditenggelami air daripada takungan Empangan Vajiralongkorn serta persekitarannya yang bergunung-ganang.

Korban buruh

Buruh tawanan perang dan korban daripadanya di Landasan Kereta Api Burma, 1942–1945[5][6]
Warganegara Bilangan tahanan Bilangan korban Kadar korban
British 30,131 6,904 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023%
Belanda 17,990 2,782 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015%
Australia 13,004 2,802 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022%
Amerika Syarikat 686 133 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019%
Jumlah 61,811 12,621 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020%

Anggaran jumlah korban yang dikaitkan langsung dengan pembinaan landasan Burma berbeza-beza bergantung kepada sumber asal. Anggara untuk korban buruh rōmusha dari Asia Tenggara mempunyai banyak beza, namun pihak berkuasa banyak bersetuju peratusan korban dalam kalangan rōmusha lebih tinggi daripada koraban tahanan perang. Jumlah buruh rōmusha yang bekerja membina landasan ini barangkalinya mencecah 300,000 dan bilangan korban yang berikutan dianggarkan setinggi 50 peratus.

Kualiti penjagaan perubatan merawat penyakit malaria, kolera, disentri dan terutamanya ulser tropika terhadap tahanan-tahanan perang ini sangat penting; seperti yang ditunjukkan dalam kesan penganggotaan doktor yang berpengalaman dalam sesebuah pasukan tentera terhadap kadar korban pasukan. Kebanyakan doktor Eropah dan Amerika kurang arif dan berpengalaman akan penyakit-penyakit tropik. Misalnya, satu pasukan Amerika Syarikat mengalami 100 kematian daripada 450 orang anggotanya. Satu lagi pasukan A.S yang diawasi seorang doktor Belanda yang arif akan perubatan tropikal, bernama Dr. Hekking, hanya mengalami 9 kematian daripada 190 anggota pasukan tersebut. Satu pasukan Belanda dengan 400 anggota termasuk tiga orang doktor berpengalaman mendalam mengenai penyakit tropikal langsung tiada anggota yang terkorban.[2]

Nota

  1. ^ Pihak Jepun bermatlamat agar landasan ini dijadualkan siap pada Disember 1943.

Rujukan

  1. ^ a b MacArthur 2005.
  2. ^ a b Daws 1994.
  3. ^ roll-of-honour.org.uk
  4. ^ Waterford 1994.
  5. ^ MacPherson, Neil. "Death Railway Movements". Dicapai pada 6 Januari 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Marcello, Ronald E. (January 1992). "Lone Star POWs: Texas National Guardsmen and the Building of the Burma-Thailand Railroad, 1942–1944". The Southwestern Historical Quarterly. 95 (3): 297–319.

Rujukan buku

  • Daws, Gavan (1994). Prisoners of the Japanese: POWs of World War II in the Pacific. New York: William Morrow & Co.
  • MacArthur, Brian (2005). Surviving the Sword: Prisoners of the Japanese in the Far East, 1942–1945. New York: Random House.
  • Waterford, Van (1994). Prisoners of the Japanese in World War II. Jefferson, NC: McFarland & Co. Inc, Publishers.

Pautan luar

  • The Prisoner List - filem pendek mengenai tahanan pihak Jepun zaman Perang Dunia Kedua termasuk keadaan di landasan Burma
  • Australian Government death statistics Diarkibkan 2009-07-04 di Wayback Machine
  • Allied POWS under Japanese
  • Kanchanaburi War Cemetery CWGC
  • Kanchanaburi Memorial CWGC
  • Chungkai War Cemetery CWGC
  • Thanbyuzayat War Cemetery CWGC
  • Construction of the Burma Railway