Larutan Fehling

Larutan Fehling adalah larutan yang digunakan untuk membezakan kelompok berfungsi aldehid atau keton. Bahan yang ingin diuji akan dipanaskan bersama Larutan Fehling; mendakan merah menandakan kehadiran aldehid. Keton (kecuali keton hidroksi alfa) tidak bertindak balas dengannya. Satu contoh ialah penggunaannya ialah untuk mengesan glukosa dalam air kencing, lalu membolehkan pengesanan kencing manis. Ia dikembangkan oleh ahli kimia Jerman Hermann von Fehling. Akan tetapi asid formik juga memberikan ujian Fehling, bukan sahaja Fehling tetapi juga Tollen dan banyak lagi tindak balas aldehid.

Larutan Fehling biasanya dibuat sebelum sahaja ujian ingin dijalankan. Ia terdiri daripada jumlah yang sama larutan-larutan berikut:

  • 69.28 gram kuprum(II) sulfat pentahidrat dilarutkan dalam 1 liter air suling
  • 346 gram garam Rochelle (kalium natrium tartrat tetrahidrat) dan 120 gram natrium hidroksida dalam 1 liter air suling

Ujian Fehling

Pertama sekali, aldehid dicampurkan dengan larutan Fehling & campuran dipanaskan. Aldehid dioksidakan menjadi asid dan mendakan merah kuprum(I) oksida akan terhasil.

Ion kuprum(II) dikomplekskan bersama ion tartrat. Hubungan dengan kumpulan aldehid menurunkannya menjadi ion kuprum(I), yang kemudiannya termendak sebagai Cu2O (kuprum(I) oksida) merah.

Penurunan:

2 C u 2 + + 2 O H - + 2 e - C u 2 O + H 2 O {\displaystyle \mathrm {2\,Cu^{2\operatorname {+} }+2\,OH^{\operatorname {-} }+2\,e^{\operatorname {-} }\longrightarrow Cu_{2}O+H_{2}O} }

Pengoksidaan:

R C H O + 2 O H - R C O O H + H 2 O + 2 e - {\displaystyle \mathrm {R\!-\!CHO+2\,OH^{\operatorname {-} }\longrightarrow R\!-\!COOH+H_{2}O+2\,e^{\operatorname {-} }} }

Redoks:

2 C u 2 + + R C H O + 4 O H - C u 2 O + R C O O H + 2 H 2 O {\displaystyle \mathrm {2\,Cu^{2\operatorname {+} }+R-CHO+4\,OH^{\operatorname {-} }\longrightarrow Cu_{2}O+R\!-\!COOH+2\,H_{2}O} }

Keton (kecuali keton hidroksi alfa) dan aldehid aromatik tidak bertindak balas dengan ujian Fehling.

Pada masa kini, larutan Fehling biasanya digantikan dengan Larutan Benedict.

Pautan luar

  • National Pollutant Inventory - Copper and compounds fact sheet