Latar langit

Latar langit boleh dijelaskan sebagai pemandangan keseluruhan atau sebahagian bangunan tinggi dan struktur bandar terdiri dari banyak pencakar langit di hadapan langit sebagai latar belakang. Ia dapat juga dijelaskan sebagai kaki langit palsu yang dicipta keseluruhan struktur bandar. Latar langit berfungsi sebagai sejenis cap jari bandar, kerana tidak ada dua latar langit yang sama. Untuk sebab ini program berita dan sukan, dan wayang sering memapar latar langit bandar untuk menunjukkan lokasi. The Sky Line of New York City (Latar Langit New York City) adalah suatu istilah baharu pada 1896, ketika ia menjadi judul litograf warna oleh Charles Graham untuk tambahan warna New-York Journal.[1]

Paul D. Spreiregen, FAIA, telah menggelar latar langit "suatu perwakilan fizikal fakta hidup [sebuah bandar] ... suatu potensi karya seni ... vista berkumpulannya."[2]

Pada umumnya, bandar-bandar yang lebih besar mempunyai latar langit yang lebih luas dan tinggi, walaupun bandar-bandar yang kurang kepadatan sering mempunyai latar langit yang lebih kecil daripada yang dijangka untuk saiz bandar tersebut.[perlu rujukan] Bangunan-bangunan yang lebih tinggi ditemui di tempat di mana sama ada nilai tanah atau hasrat untuk darjah keterlihatan adalah lebih tinggi, dan bangunan-bangunan tertinggi dalam sebuah bandar biasanya adalah bangunan pejabat. Oleh kerana itu, latar langit sebuah bandar dapat dilihat sebagai simbol kepada pengaruh dan ekonomi bandar tersebut.[perlu rujukan]

Taipei

Lihat juga

  • Pandangan bandar

Rujukan

  1. ^ New York Public Library: "Moving Uptown": "Apabila sudut pandangan New York oleh Charles Graham telah diterbitkan, istilah baru yang digunakan dalam judul, "sky line" (latar langit), serta-merta mendapat sambutan."
  2. ^ Paul D. Spreiregen (1965). Urban Design: The Architecture of Towns and Cities. McGraw-Hill.

Pautan luar

  • Di Serio's top 15 Skylines Diarkibkan 2012-02-17 di Wayback Machine
  • The Skyline Project Diarkibkan 2010-05-27 di Wayback Machine has a collection of skyline photographs from across the United States.
  • The World's Best Skylines calculates ranking by height and breadth of skylines.
  • All About Skyscrapers
  • Tallest Cities of the World calculated ranking strictly by height.
  • Emporis ranking of cities by the visual impact of their skylines Diarkibkan 2011-06-04 di Wayback Machine
  • Skyline on m-w.com
  • Skyline Whitespace Exhibitions