LeAnn Rimes

  • Country
  • pop
  • pop tarian
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • pengarang
Tahun aktif1991–kini
Syarikat rakaman
Curb, RCA

Margaret LeAnn Rimes Cibrian (lahir 28 1982)[1] ialah penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan pengarang Amerika Syarikat. Rimes meraih kejayaan pada usia 13 tahun susulan pelancaran versinya tersendiri lagu Bill Mack, "Blue", menjadi bintang muzik country termuda sejak Tanya Tucker pada 1972.[2]

Rimes mencapai kemasyhuran dalam genre muzik country pada 1996 menerusi album sulungnya, Blue, yang mencapai No. 1 di carta Top Country Albums chart dan menerima pensijilan multi-platinum dari segi jualan oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA). Single senama utama album ini, "Blue", menjadi hits Top 10, dan Rimes meraih kejayaan setempat bagi persamaannya kepada gaya vokal Patsy Cline. Ketika melancarkan album studio keduanya pada 1997, You Light Up My Life: Inspirational Songs, beliau beralih ke country pop, yang mencipta trend album dikeluarkan pada dekad berikutnya.[2][3]

Rimes telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Grammy, tiga ACM,CMA, 12 Anugerah Muzik Billboard, dan satu Anugerah Muzik Amerika.[4] Beliau telah menerbitkan 10 album, tiga album kompilasi dan dua album himpunan terbaik, satu dikeluarkan di A.S. dan yang lain dikeluarkan di negara luar, melalui label rakamannya selama 13 tahun, Curb Records,[5] dan menempati 40 single di carta Amerika dan antarabangsa sejak 1996. Beliau telah menjual lebih 37 juta rekod seluruh dunia, dengan 20.8 juta jualan album di Amerika Syarikat menurut Nielsen SoundScan.[6] Billboard menyenaraikan beliau, artis ke-17 pada dekad 1990–2000.[7] Rimes telah menulis empat buku: dua novel dan dua novel kanak-kanak. Lagunya "How Do I Live" menerima ranking sebagai lagu paling berjaya pada 1990 oleh majalah Billboard.[8]

Rujukan

  1. ^ "LeAnn Rimes". People.com. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2013. Dicapai pada January 16, 2013.
  2. ^ a b Alanna Nash and Paul Kingsbury, penyunting (2006). "Ch. 12: Pocketful of Gold". Will the Circle Be Unbroken: Country Music in America. New York, NY: DK Publishing, Inc. m/s. 334.
  3. ^ Wolff, Kurt. "Ch. 13 – Hunks, Hat Acts, and Young Country Darlings: Nashville in the 1990s". Dalam Orla Duane (penyunting). Country Music: The Rough Guide. London: Rough Guides Ltd.
  4. ^ "LeAnn Rimes awards". Country Music Television. Diarkibkan daripada yang asal pada February 17, 2009. Dicapai pada February 14, 2009.
  5. ^ "Push". Leannrimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada June 13, 2014. Dicapai pada August 9, 2014.
  6. ^ Bacher, Danielle (2 February 2017). "LeAnn Rimes on Letting Go: 'Once It Wasn't About My Ego Anymore, I Became Human'". Billboard. Dicapai pada 30 November 2018.
  7. ^ Billboard – Google 도서. Books.google.co.kr. December 25, 1999 – January 1, 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada June 30, 2014. Dicapai pada September 27, 2011.
  8. ^ "The Top 20 Billboard Hot 100 Hits of the 1990s". billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 27, 2017. Dicapai pada Disember 7, 2017.

Pautan luar

  • LeAnn Rimes di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Republik Czech
  • Australia
  • Belanda
  • Poland
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek
  • MusicBrainz (artis)
  • RERO (Switzerland)
    • 1
  • Rangkaian Sosial dan Konteks Arkib
  • SUDOC (Perancis)
    • 1