Leftenan Jeneral
Angkatan Tentera Malaysia | ||
Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara |
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera | ||
Fil Marsyal | Laksamana Armada | Marsyal TUDM |
Jeneral | Laksamana | Jeneral TUDM |
Leftenan Jeneral | Laksamana Madya | Leftenan Jeneral TUDM |
Mejar Jeneral | Laksamana Muda | Mejar Jeneral TUDM |
Brigedier Jeneral | Laksamana Pertama | Brigedier Jeneral TUDM |
Kolonel | Kepten | Kolonel TUDM |
Leftenan Kolonel | Komander | Leftenan Kolonel TUDM |
Mejar | Leftenan Komander | Mejar TUDM |
Kapten | Leftenan | Kapten TUDM |
Leftenan | Leftenan Madya | Leftenan TUDM |
Leftenan Muda | Leftenan Muda | Leftenan Muda TUDM |
Pegawai Kadet Kanan | ||
Kadet | ||
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera | ||
Pegawai Waran I | Pegawai Waran I | Pegawai Waran Udara I |
Pegawai Waran II | Pegawai Waran II | Pegawai Waran Udara II |
Staf Sarjan | Bintara Kanan | Flait Sarjan |
Sarjan | Bintara Muda | Sarjan Udara |
Koperal | Laskar Kanan | Koperal Udara |
Lans Koperal | Laskar Kelas I | Laskar Udara Kanan |
Prebet | Laskar Kelas II | Laskar Udara I |
Prebet | Laskar Muda | Laskar Udara II |
Perajurit Muda | Perajurit Muda | Perajurit Muda |
Leftenan Jeneral adalah pangkat tentera yang digunakan oleh kebanyakan negara. Pangkat ini berasal dari Zaman Pertengahan ketika mana pangkat Leftenan Jeneral diberikan kepada pemerintah kedua dimedan pertempuran, yang biasanya melapor diri kepada Kapten Jeneral.
Leftenan Jeneral biasanya bertaraf bawah kepada Jeneral dan lebih tinggi dari Mejar Jeneral. Istilah Mejar Jeneral adalah ringkasan kepada istilah sebelumnya Sarjan Mejar Jeneral, yang merupakan orang bawahan kepada Leftenan Jeneral, yang merupakan sebab pangkat Leftenan Jeneral lebih tinggi berbanding Mejar Jeneral sedangkan Mejar adalah lebih tinggi dari Leftenan.
Dalam kebanyakan negara, pangkat Jeneral Kor telah menggantikan pangkat Leftenan-Jeneral dahulunya (contoh. Perancis). Tetapi, bagi memudahkan, ia sering diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai Leftenan Jeneral.
Dalam Angkatan Tentera Argentina, Leftenan Jeneral adalah pangkat tertinggi digunakan bagi mereka yang masih hidup, pangkat tertinggi digunakan iaitu Kapten Jeneral diberikan selepas kematian kepada pemimpin kemerdekaan José de San Martín.
Leftenan Jeneral Menurut Negara
- Leftenan Jeneral Kanada
- Leftenan Jeneral UK
- Leftenan Jeneral Amerika Syarikat
- Generalleutnant (Jerman)
- Leftenan Jeneral (Pakistan)
Pangkat Setaraf Leftenan Jeneral
- Chungjang (Korea Utara)
- Général de corps (Perancis)
- Jung-jang (Korea Selatan)
- Rav Aluf (Israel)
- Sepah-Bod (Iran)
- Chujo (Jepun)
- General Polkovnik (Soviet Union kemudian Rusia)
- Zhongjiang (China)
- Korgeneral (Turki)