Letsie III dari Lesotho

Letsie III
Raja Lesotho
Pemerintahan7 Februari 1996 – kini
Kemahkotaan31 Oktober 1997
Didahului olehMamohato (Ratu Muda)
Moshoeshoe II
Pewaris takhtaLerotholi Seeiso
Perdana Menteri
Lihat senarai
  • Ntsu Mokhehle
    Pakalitha Mosisili
    Tom Thabane
    Pakalitha Mosisili
Pemerintahan12 November 1990 – 25 Januari 1995
Perdana Menteri
Lihat senarai
  • Justin Lekhanya
    Elias Phisoana Ramaema
    Ntsu Mokhehle
    Hae Phoofolo (Pemangku)
    Ntsu Mokhehle
Keputeraan (1963-07-17) 17 Julai 1963 (umur 60)
Hospital Scott, Morija, Basutoland (sekarang Lesotho)
PasanganAnna Motšoeneng
Anakanda
Butiran
Senate Seeiso
'Maseeiso
Lerotholi Seeiso
Nama penuh
David Mohato Bereng Seeiso
KerabatKerabat Moshesh
AyahandaMoshoeshoe II
BondaMamohato
AgamaRoman Katolik

Raja Letsie III (diputerakan David Mohato Bereng Seeiso; 17 Julai 1963) ialah Raja Lesotho. Baginda menggantikan ayahanda baginda, Moshoeshoe II, ketika ayahandanya dibuang dari negara tersebut pada tahun 1990. Ayahandanya segera kembali menjadi raja pada tahun 1995 tetapi kemudian mangkat dalam kemalangan kereta pada awal tahun 1996, dan Raja Letsie menjadi raja lagi. Sebagai raja berperlembagaan, kebanyakan tugas Raja Letsie sebagai raja Lesotho berkaitan dengan istiadat.[1]

Biografi

Baginda berpendidikan di United Kingdom di Kolej Ampleforth.[2] Baginda melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Lesotho dan baginda menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Undang-Undang. Baginda kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Bristol (Diploma Pengajian Undang-undang Bahasa Inggeris, 1986), Kolej Wolfson, Cambridge (Pengajian Pembangunan, 1989), dan Kolej Wye (Ekonomi Pertanian). Baginda menamatkan pengajiannya pada tahun 1989, ketika baginda kembali ke Lesotho.[3]

Baginda telah ditabal sebagai Ketua Matsieng pada 16 Disember 1989.

Pemahkotaannya berlangsung pada 31 Oktober 1997 di Stadium Setsoto. Charles, Putera Wales juga menghadiri majlis tersebut.[4]

Pada 1 Disember 2016, di Rom, Raja Letsie III ditabal sebagai Duta Khas FAO terbaru untuk Pemakanan oleh Ketua Pengarah Organisasi, José Graziano da Silva.[5]

Perkahwinan dan putera-puteri

Raja Letsie berkahwin dengan Karabo Motšoeneng pada tahun 2000. Baginda mempunyai dua puteri dan seorang outera.

  • Puteri Mary Senate Mohato Seeiso, diputerakan pada 7 Oktober 2001.
  • Puteri 'Maseeiso, diputerakan pada 20 November 2004.
  • Putera Lerotholi David Mohato Bereng Seeiso, diputerakan pada 18 April 2007.

Naungan

  • Penaung Anugerah Putera Mohato (Khau ea Khosana Mohato).

Penghormatan

Penghormatan kebangsaan

  •  Lesotho : Grand Master of the Most Dignified Order of Moshoeshoe.[6]
  •  Lesotho : Grand Master of the Most Courteous Order of Lesotho.[6]
  •  Lesotho : Grand Master of the Most Meritorious Order of Mohlomi.[6]
  •  Lesotho : Grand Master of the Most Loyal Order of Ramatseatsane.[7]
  •  Lesotho : Outstanding Service Medal.[6][8]

Penghormatan luar negeri

  •  Itali :
    • Kerajaan Dua Silicy Keluarga Diraja Dua Silicy: Bailiff Knight Grand Cross of Justice of the Two Sicilian Royal Sacred Military Constantinian Order of Saint George (8 Oktober 2013).[9]

Keturunan

  • p
  • b
  • s
Keturunan Letsie III dari Lesotho
16. Letsie II, Paramount Chief dari Basutoland
8. Nathaniel Lerotholi, Paramount Chief dari Basutoland
17. Maneella 'Maletšabisa
4. Simon Seeiso, Paramount Chief dari Basutoland
18. Nkuebe Letsie, Chief
9. Sebueng
2. Raja Moshoeshoe II dari Lesotho
5. 'Mabereng
1. Raja Letsie III dari Lesotho
24. Letsie I, Paramount Chief dari Basutoland
12. Mojela Letsie, Ketua Tsakholo
6. Lerotholi Mojela, Ketua Tsakholo
3. Puteri Tabitha 'Masentle Lerotholi Mojela

Rujukan

  1. ^ "Lesotho profile". BBC News. Dicapai pada 14 November 2012.
  2. ^ Soszynski, Henry. "LESOTHO". members.iinet.net.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-30. Dicapai pada 4 June 2017.
  3. ^ "His Majesty King Letsie III". Embassy of the People's Republic of China in the Kingdom of Lesotho. Dicapai pada 14 November 2012.
  4. ^ País, Ediciones El (1 November 1997). "LA CORONACIÓN DE LETSIE III". Dicapai pada 4 June 2017.
  5. ^ "FAO - Noticias: King Letsie III of Lesotho appointed FAO's newest Special Ambassador for Nutrition". www.fao.org. Dicapai pada 4 June 2017.
  6. ^ a b c d "Televisión Camagüey, Cuba". Televisión Camagüey, Cuba. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-30. Dicapai pada 4 June 2017.
  7. ^ "Kingdom of Lesotho". Dicapai pada 4 June 2017.
  8. ^ "Outstanding Service Medal". Dicapai pada 4 June 2017.
  9. ^ "Catholic King Letsie III of Lesotho invested into the Constantinian Order - Sacred Military Constantinian Order of St. George". 8 October 2013. Dicapai pada 4 June 2017.

Pautan luar

  • Biografi rasmi Raja Letsie III
Letsie III dari Lesotho
Kerabat Moshoeshoe
Tarikh keputeraan: 17 Julai 1963
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Mamohato
Ratu Muda
Raja Lesotho
1990–1995
Diikuti oleh:
Moshoeshoe II
Raja Lesotho
1996–kini
Pemegang jawatan kini
Pewaris takhta:
Lerotholi Seeiso