Lockdown 2

  • Drama
  • Realiti
  • Konflik
Ditulis olehEirma FatimaPengarah
  • Izuan Mokhtar
  • Ain Sharif
Dibintangi oleh
  • Wan Maimunah
  • Janna Nick
  • Dini Schatzmann
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod20PenerbitanPenerbitEirma FatimaTempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
U2 Media Sdn BhdPenyiaranSaluran asalAstro RiaFormat gambar1080i (HDTV)Format audioDolby Digital PlusSiaran asal6 Jun 2022 – 7 Julai 2022KronologiMengikutiScammer 2Diikuti olehRatu Ten Pin 2

Lockdown 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 dibintangi oleh Wan Maimunah, Janna Nick, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Berdasarkan dari kisah benar pandemik COVID-19 di Malaysia, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 6 Jun 2022 menggantikan Scammer 2.

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak COVID-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza.

Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.

Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika COVID-19. Peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif COVID-19. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.

Pelakon

Pelakon Utama