Lurah Bilut

Bilut dilencongkan ke sini. Untuk sebuah filem bertajuk Bilut, lihat Bilut (filem).

Lurah Bilut ialah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.

Felda Lurah Bilut merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk yang datang. Contohnya penduduk yang berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama ialah penanaman getah dan kelapa sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut ialah Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia

Muzium Felda

Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.

Muzium Felda itu sebelum ini ialah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

Pendidikan

  • Pusat Internet Desa,Pejabat Pos, 28800 Lurah Bilut, Pahang , Tel : 09-237 5325
  • Sekolah Menengah Lurah Bilut, 28800 Lurah Bilut, Pahang , Phone: 09-237 5698
  • Sekolah Rendah Lurah Bilut, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Pejabat pos

  • Pos Malaysia Bhd, Pejabat Pos, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Ladang Felda

  • Felda Lurah Bilut, 28800 Lurah Bilut, Pahang
  • Felda Plantations Sdn Bhd, Pejabat Felda Plantations, 28800 Lurah Bilut, Pahang
  • Koperasi Peneroka Felda Lurah Bilut, Petrol Pam Koperasi, 28800 Lurah Bilut, Pahang. Tel : 09-237 7578

Ternakan

  • Afzal Livestock Sdn Bhd,67A, Kampung Lebu, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Kilang papan

  • Cheong Sawmills Sdn Bhd, 28800 Lurah Bilut, Pahang
  • Tong Eng Soon Timber Sdn Bhd, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Agrofarm & Chalet

  • D'Bilut Agrofarm & Retreat Sdn Bhd