Lyndon Rive

Lyndon Rive
Lyndon Rive dalam pesawat pada 2015
Rive pada 2015
Kelahiran (1977-01-22) 22 Januari 1977 (umur 47)
Pretoria, Afrika Selatan[1]
WarganegaraAfrika Selatan - Amerika
PekerjaanAhli perniagaan
Terkenal keranaPengasas bersama SolarCity
PangkatCEO SolarCity
SaudaraElon Musk (sepupu)
Kimbal Musk (sepupu)
Tosca Musk (sepupu)
Maye Musk (ibu saudara)

Lyndon Rive (lahir 22 Januari 1977) ialah ahli perniagaan dan pengasas bersama SolarCity yang mana beliau berkhidmat sebagai CEO sehingga 2017. SolarCity ialah pembekal perkhidmatan tenaga bersih yang merancang, membiayai, dan memasang sistem fotovoltaik, melakukan audit kecekapan tenaga, dan memasang semula dan membina stesen pengecasan kenderaan elektrik. Rive mengasaskan SolarCity bersama adiknya Peter pada 2006.

Sebelum menubuhkan SolarCity, Rive mengasaskan syarikat perisian perusahaan Everdream, yang akhirnya diambil alih oleh Dell. Rive memulakan syarikat pertamanya pada usia 17 tahun sebelum meninggalkan negara asalnya di Afrika Selatan. Pada masa lapang, Rive bermain hoki bawah air. Rive ialah sepupu kepada pelabur dan usahawan SolarCity Elon Musk, kerana ibu mereka adalah anak kembar.[2]

Pada tahun 2010, Rive telah dinamakan dalam MIT Technology Review's Innovators Under 35 sebagai salah seorang daripada 35 penginovasi di dunia pada usia 35 tahun.[3]

Pada tahun 2017, Rive announced beliau mengumumkan akan menamatkan kerjayanya di Tesla, Inc. selepas syarikat itu membeli SolarCity pada 2016. Beliau menyatakan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya bersama-sama aktiviti keusahawan seterusnya.[4] Menurut Rive, beliau meninggalkan Tesla untuk memulakan syarikat pemula baru.[5]

Anugerah

Pada tahun 2013, Rive ialah penerima EY Entrepreneur of the Year Award di wilayah California Utara.[6][7]

Rujukan

  1. ^ "Lyndon Rive". CNBC.com. 6 October 2014. Dicapai pada 14 February 2019.
  2. ^ Rive, Lyndon (20 April 2013). "Turning Toward the Sun". The New York Times. As told to Elizabeth Olson. Dicapai pada 1 November 2018.
  3. ^ "2010: Innovators Under 35". MIT Technology Review. 2010. Dicapai pada 1 November 2018.
  4. ^ Groom, Nichola (15 May 2017). "Former SolarCity CEO Lyndon Rive will leave Tesla". Reuters. Dicapai pada 1 November 2018.
  5. ^ "Lyndon Rive Is Leaving Tesla to Focus on a New Startup: 'I Am an Entrepreneur at Heart'". Dicapai pada 2018-11-15.
  6. ^ "Ernst & Young Announces Entrepreneur Of The Year(R) 2013 Award Winners in Northern California". Yahoo! Finance. 24 June 2013. Dicapai pada 1 November 2018.
  7. ^ "Ernst & Young Announces SolarCity CEO and Co-Founder Lyndon Rive as the Entrepreneur Of The Year® 2013 Award Winner in Northern California" (Siaran akhbar). Solar City. 24 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2015. Dicapai pada 10 April 2015.
  • l
  • b
  • s
Elon Musk
Syarikat
  • Zip2 (1995–1999)
  • X.com (1999–2000, kemudian PayPal)
  • SpaceX (2002–kini)
  • Tesla, Inc. (2004–kini)
  • SolarCity (2006–kini)
  • OpenAI (2015–kini)
  • Neuralink (2016–kini)
  • The Boring Company (2016–kini)
Lain-lain
  • Hyperloop
  • Tesla Roadster in space
  • Terowong Ujian Boring
  • Pandangan Elon Musk
Keluarga
Budaya masyhur
  • Elon Musk: Tesla, SpaceX, and the Quest for a Fantastic Future (biografi 2015)
  • "The Musk Who Fell to Earth" (The Simpsons, 2015)
  • "One Crew over the Crewcoo's Morty" (Rick and Morty, 2019)
Legasi
  • Anugerah dan penghargaan
Kategori Kategori