Mahajanapada

Peta Mahajanapada
Sejarah Asia Selatan
Sejarah India
Zaman Batu sebelum 3300 SM
- Budaya Mehrgarh 7000–3300 SM
Tamadun Lembah Indus 3300–1700 SM
- Budaya Harappa Akhir 1700–1300 SM
Zaman Besi 1200–180 SM
Tamadun Veda 1500–500 SM
Maha Janapada • 700–300 SM
Empayar Magadha • 684–424 SM
Empayar Nanda • 424-321 SM
Empayar Chera • 300 SM–1200 Masihi
Empayar Chola • 300 SM–1279 Masihi
Empayar Pandya • 300 SM–1345 Masihi
Empayar Maurya • 321–184 SM
Empayar Pallava • 250 SM–800 Masihi
Empayar Sunga • 185-73 SM
Empayar Kanva • 75-26 SM
Empayar Kharavela • 209–170 SM
Kerajaan Kuninda • 200s SM–300s Masihi
Kerajaan Indo-Scyth • 200 BC–400 Masihi
Empayar Satavahana • 230 SM–220 Masihi
Kerajaan Indo-Yunani • 180 SM–10 Masihi
Kerajaan-kerajaan Tengah 1 Masihi–1279 Masihi
Kerajaan Indo-Parthia • 21–130-an Masihi
Empayar Satrap Barat • 35–405 Masihi
Empayar Kushan • 60–240 Masihi
Kerajaan Indo-Sassanid • 230–360 Masihi
Empayar Vakataka • 250–500 Masihi
Kerajaan Kalabhras • 250–600 Masihi
Empayar Gupta • 280–550 Masihi
Empayar Kadamba • 345–525 Masihi
Kerajaan Ganga Barat • 350–1000 Masihi
Kerajaan Kamarupa • 350–1100 Masihi
Empayar Vishnukundina • 420-624 Masihi
Kerajaan Huna • 475-576 Masihi
Kerajaan Rai • 489–632 Masihi
Empayar Chalukya • 543–753 Masihi
Empayar Harsha • 590-647 Masihi
Kerajaan Shahi • 565-670 Masihi
Kerajaan Chalukya Timur • 624-1075 Masihi
Empayar Gurjara Pratihara • 650–1036 Masihi
Empayar Pala • 750–1174 Masihi
Empayar Rashtrakuta • 753–982 Masihi
Kerajaan Paramara • 800–1327 Masihi
Empayar Yadava • 850–1334 Masihi
Kerajaan Solanki • 942–1244 Masihi
Empayar Chalukya Barat • 973–1189 Masihi
Empayar Hoysala • 1040–1346 Masihi
Empayar Sena • 1070–1230 Masihi
Empayar Ganga Timur • 1078–1434 Masihi
Kerajaan Kakatiya • 1083–1323 Masihi
Empayar Kalachuri • 1130–1184 Masihi
Zaman Islam 1100–1800 Masihi
Raja-raja Islam 1206–1707 Masihi
- Kesultanan Delhi 1206–1526 Masihi
- Kesultanan Deccan 1490–1596 Masihi
Empayar Vijayanagara 1336–1646 Masihi
Empayar Mughal 1526–1803 Masihi
Empayar Maratha 1674–1818 Masihi
Empayar Durrani 1747–1823 Masihi
Negeri-negeri Gabungan Sikh 1733–1805 Masihi
Empayar Sikh 1799–1849 Masihi
Kerajaan Wilayah 1100–1800 Masihi
Kerajaan Cochin 1102–1949 Masihi
Kerajaan Travancore 1102–1949 Masihi
Kerajaan Ahom 1228–1826 Masihi
Kerajaan Chitradurga 1300–1779 Masihi
Kerajaan Garhwal 1358–1803 Masihi
Kerajaan Mysore 1399–1947 Masihi
Kerajaan Keladi 1499–1763 Masihi
Kerajaan Thondaiman 1650–1948 Masihi
Kerajaan Madurai 1559–1736 Masihi
Kerajaan Thanjavur 1572–1918 Masihi
Kerajaan Marava 1600–1750 Masihi
Pemerintahan Syarikat di India 1757–1858 Masihi
India British 1858–1947 Masihi
Pemecahan India 1947 Masihi
Sejarah Sri Lanka
Kerajaan di Sri Lanka
Kerajaan Tambapanni 543–505 SM
Kerajaan Upatissa Nuwara 505–377 SM
Kerajaan Anuradhapura 377–1017 Masihi
Kerajaan Ruhuna 200– Masihi
Polonnaruwa Kingdom 300–1310 Masihi
Kerajaan Dambadeniya 1220–1272 Masihi
Kerajaan Yapahuwa 1272–1293 Masihi
Kerajaan Kurunegala 1293–1341 Masihi
Kerajaan Gampola 1341–1347 Masihi
Kerajaan Raigama 1347–1415 Masihi
Kerajaan Kotte 1412–1597 Masihi
Kerajaan Sitawaka 1521–1594 Masihi
Kerajaan Kandy 1461–1815 Masihi
Sailan Portugis 1505–1658 Masihi
Sailan Belanda 1656–1796 Masihi
Sailan British 1796–1948 Masihi
Sejarah negara
Afghanistan • Bangladesh • Bhutan • India
Maldives • NepalPakistan
Sejarah wilayah
Assam • Bihar • Balochistan • Bengal
Himachal Pradesh • Uttar Pradesh
Wilayah Pakistan • Punjab • NWFP
Orissa • Sindh • India Selatan • Tibet
Sejarah khusus
Duit syiling • Dinasti • Ekonomi
Indologi • Bahasa • Kesusasteraan • Kelautan
Tentera • Sains dan Teknologi • Garis masa
Kotak ini:
  • lihat
  • bincang
  • sunting

Mahajanapada (Sanskrit: महाजनपद, Mahājanapada), secara harfiah "alam besar" (daripada maha, "besar", dan janapada "tempat bertapak sesuatu puak", "negara") ialah salah satu kerajaan atau negara India kuno. Teks kuno agama Buddha seperti Anguttara Nikaya [1] sering merujuk kepada enam belas kerajaan dan republik (Solas Mahajanapada) yang besar dan yang berkembang maju di jalur yang terbentang dari Gandhara di barat laut ke Anga di bahagian timur subbenua India dan termasuk sebahagian daripada wilayah trans-Vindhya,[2] sebelum munculnya agama Buddha di India. [3]

Gambaran keseluruhan

Struktur politik orang India kuno nampaknya bermula dengan unit-unit puak nomad separa yang dikenali sebagai "Jana" (bermakna "rakyat"). Teks-teks Veda yang awal merujuk kepada sebilangan Jana atau puak Indo-Arya yang menghuni di sebuah negeri puak nomad separa dan yang bertempur antara satu sama lain, serta juga dengan puak-puak bukan Arya yang lain untuk merampas lembu, biri-biri, dan rumput pastura. Jana-jana Veda yang awal itu kemudian bersatu menjadi Janapada Zaman Epik.

Istilah "Janapada" secara harfiah membawa pengertian "tempat bertapak sesuatu puak". Fakta bahawa perkataan "Janappada" berasal daripada perkataan "Jana" menunjukkan bahawa peringkat awal pengambilan tanah oleh puak Jana bertujuan semata-mata untuk membolehkan kehidupan yang tetap. Proses penetapan pertama di daratan telah tamat peringkatnya yang terakhir sebelum zaman Gautama Buddha and Pāṇini. Wilayah barat laut Pra-Buddhisme di subbenua India terbahagi kepada sebilangan Janapada yang dibatasi antara satu sama lain oleh sempadan yang tetap. Dalam bahasa Pāṇini, "Janapada" merujuk kepada negara, manakala "Janapadin" merujuk kepada rakyatnya. Setiap Janapada itu dinamai sempena nama puak Kshatriya (atau Jana Kshatriya) yang telah menetap di situ.[4][5] Secara kebetulan, teks agama Buddha serta teks yang lain hanya merujuk kepada enam belas buah negeri yang agung (Solasa Mahajanapada) yang wujud sebelum zaman Buddha. Teks-teks itu tidak memberikan sebarang sejarah yang berhubungan, kecuali dalam kes Magadha. Kitab Anguttara Nikaya memberikan satu senarai yang terdiri daripada enam belas buah negeri agung di beberapa tempat dalam teks agama Buddha itu: [6]

  1. Kashi
  2. Kosala
  3. Anga
  4. Magadha
  5. Vajji (atau Vriji)
  6. Malla
  7. Chedi
  8. Vatsa (atau Vamsa)
  9. Kuru
  10. Panchala
  11. Machcha (atau Matsya)
  12. Surasena
  13. Assaka
  14. Avanti
  15. Gandhara
  16. Kamboja

Digha Nikaya, satu lagi teks agama Buddha, hanya menyebut dua belas buah Mahajanapada yang pertama, tanpa menyebut empat buah Mahajanapada yang terakhir di dalam senarai yang tersebut di atas.[7] Sebaliknya, Chulla-Niddesa, sebuah teks kuno dalam daftar karya agama Buddha, juga memasukkan Kalinga ke dalam senarai di atas dan menggantikan Yona dengan Gandhara. Justeru itu, ia menyenaraikan Kamboja dan Yona sebagai Mahajanapada yang tunggal di Uttarapatha.[8][9]

Sutra Bhagavati, kitab Jainisme, memberikan sebuah senarai yang terdiri daripada enam belas buah Mahajanapada yang berbeza sedikit dan terdiri daripada Anga, Banga (Vanga), Magadha, Malaya, Malavaka, Accha, Vaccha, Kochcha (Kachcha?), Padha, Ladha (Lata), Bajji (Vajji), Moli (Malla), Kasi, Kosala, Avaha, dan Sambhuttara. Jelasnya, pengarang Bhagvati hanya menumpukan negara-negara Madhydesa serta negara-negara di jauh timur dan selatan sahaja, tanpa memasukkan negara-negara di Uttarapatha, seperti Kamboja dan Gandhara. Kawasan Bhagvati yang lebih luas dan ketakmasukan semua negara di Uttarapatha "dengan jelasnya, menunjukkan bahawa senarai Bhagvati adalah lebih lewat asalnya dan justeru, tidak begitu boleh dipercayai".[10]

Pada asasnya, gagasan mereka yang mencipta senarai Janapada lebih menumpukan sudut pandangan puak daripada sudut pandangan geografi kerana senarai-senarai itu hanya menyebut nama orang dan bukan nama negara. Oleh sebab teks agama Buddha dan teks agama Jainisme hanya menyebut-nyebut Mahajanapada tanpa memberikan sebarang perincian tentang sejarahnya, namun hanya sedikit fakta tentang negara-negara kuno itu dapat diperolehi di sana sini daripada teks-teks tersebut serta teks-teks kuno yang lain.

Rujukan

  1. ^ Anguttara Nikaya I. p 213; IV. pp 252, 256, 261.
  2. ^ Singh, Upinder (2008). A History of Ancient and Early Medieval India: From the Stone Age to the 12th Century. Delhi: Pearson Education. m/s. 260–4. ISBN 81-317-1120-0 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  3. ^ http://www.iloveindia.com/history/ancient-india/16-mahajanapadas.html
  4. ^ India as Known to Panini: A Study of the Cultural Material in the Ashṭādhyāyī, 1963, p 427, Vasudeva Sharana Agrawala - India; India in the Time of Patañjali, 1968, p 68, Dr B. N. Puri - India; Socio-economic and Political History of Eastern India, 1977, p 9, Y. K Mishra - Bihar (India); Tribes of Ancient India, 1977, p 18, Mamata Choudhury - Ethnology; Tribal Coins of Ancient India, 2007, p xxiv, Devendra Handa - Coins, Indic - 2007; The Journal of the Numismatic Society of India, 1972, p 221, Numismatic Society of India - Numismatics .
  5. ^ A History of Pāli Literature, 2000 Edition, p 648 B. C. Law & Some Ksatriya Tribes of Ancient India, 1924, pp 230-253, Dr B. C. Law.
  6. ^ Anguttara Nikaya: Vol I, p 213, Vol IV, pp 252, 256, 260 etc.
  7. ^ Digha Nikaya, Vol II, p 200.
  8. ^ Chulla-Niddesa (P.T.S.), p 37.
  9. ^ Lord Mahāvīra and his times, 1974, p 197, Dr Kailash Chand Jain; The History and Culture of the Indian People, 1968, p lxv, Dr Ramesh Chandra Majumdar, Bharatiya Vidya Bhavan, Bhāratīya Itihāsa Samiti; Problems of Ancient India, 2000, p 7, K. D. Sethna.
  10. ^ Political History of Ancient India, 1996, p 86; History & Culture of Indian People, Age of Imperial Unity, p 15-16