Manganese

Manganese is located in Bumi
Manganese
Manganese (Bumi)
Koordinat: 46°31′39″N 94°00′35″W / 46.52750°N 94.00972°W / 46.52750; -94.00972Koordinat: 46°31′39″N 94°00′35″W / 46.52750°N 94.00972°W / 46.52750; -94.00972Negara Amerika SyarikatNegeri MinnesotaKauntiCrow WingDiasaskan13 Mac 1912Diperbadankan10 November 1913Dibubarkan17 Julai 1961Aras380 m (1,250 ft)Zon waktuUTC-6 (Tengah (CST)) • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)ID ciri GNIS654881[1]

Manganese adalah sebuah pekan hantu dan bekas komuniti perlombongan di negeri Minnesota, Amerika Syarikat. Mula dihuni di antara 1912 hingga 1960, pekan ini telah dibina di kaunti Crow Wing di seksyen 23 dan 28 perbandaran Wolford, kira-kira 2 batu (3.2 km) utara Trommald, Minnesita. Selepas Manganese dibubarkan, pekan ini menjadi sebahagian daripada Wolford; tapak pekan lama terletak di antara tasik-tasik Coles dan Flynn. Pertama kalinya muncul dalam banci Amerika Syarikat 1920 dengan jumlah penduduk seramai 183, pekan tersebut kemudiannya diabaikan pada 1960.

Pekan Manganese merupakan salah satu daripada komuniti banjaran Cuyuna yang terakhir diasaskan dan dinamakan sempena galian yang dijumpai berdekatan. Manganese ialah komuniti yang diperbadankan, dibina di atas tanah pembentukan Trommald, unit penghasilan bijih bagi daerah Banjaran Utara Banjaran Besi Cuyuna, unik kerana jumlah mangan dalam sebahagian pembentukan besi dan bijih. Pembentukan Trommald dan Daerah Emily yang bersebalahan merupakan sumber mangan terbesar di Amerika Syarikat. Komuniti ini terdiri daripada ramai pendatang yang telah melarikan diri dari bencana alam serta pergolakan sosial dan politik di Eropah selama beberapa dasawarsa sebelum Perang Dunia I.

Rujukan

  1. ^ a b "Manganese". Geographic Names Information System (dalam bahasa Inggeris). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2021. Dicapai pada 29 Mac 2020.

Bacaan lanjut

  • Brightman, George F. (Julai 1942). "Cuyuna Iron Range". Economic Geography (dalam bahasa Inggeris). Milton Park, Abingdon-on-Thames, Oxfordshire, United Kingdom: Taylor and Francis, Ltd. 18 (3): 275–286. doi:10.2307/141127. JSTOR 141127. Dicapai pada 16 Ogos 2021.

Pautan luar

  • Laman sesawang rangkaian warisan Banjaran Besi Cuyuna