Mariam

Mariam ialah isteri Tunku Abdul Rahman yang pertama. Selain itu Tunku berkahwin dengan Violet Coulson dan Sharifah Rodziah binti Syed Barakbah .

Mariam seorang gadis peranakan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar.

  • Akhir 1933 Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang.
  • 1934 Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Seorang doktor wanita Inggeris dari Pulau Pinang dijemput datang merawat isteri Tunku ini. Tetapi doktor tersebut telah tersalah suntik hingga menyebabkan Mariam meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Namun Tunku tidak menyaman doktor wanita Inggeris tersebut sungguhpun Tunku seorang peguam dan tahu benar akan kesalahan tersebut tersebut.

Tunku menerima hal tersebut sebagai takdir sahaja.

Sejak 1934, dua anak Tunku membesar tanpa kasih sayang ibu mereka.