Masih Ada Rindu

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Masih Ada Rindu
karya Mimie AfinieDitulis olehNaza ManasPengarahOsman Ali
Dibintangi oleh
  • Mimi Lana
  • Farid Kamil
  • Halim Radzi
  • Dayang Areeda
Lagu pembukaanNada Kalbu - Aina AbdulLagu penutupNada Kalbu- Aina AbdulNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod16PenerbitanPenerbitAzlina Abd. WahidPenyuntingFareha JohariLokasiKuala TerengganuTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn. Bhd
Syarikat pengedaran
Neverstar Films Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Akasia)Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal2 Jun 2021 – 23 Jun 2021KronologiMengikutiSabarlah Duhai HatiDiikuti olehHatimu Sedingin Salju

Masih Ada Rindu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Osman Ali. Siri ini dibintangi Mimi Lana, Farid Kamil dan Halim Radzi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Akasia, TV3 pada 2 Jun 2021 menggantikan Sabarlah Duhai Hati [1].

Sinopsis

Nurul Syafika (Mimi Lana) mendirikan rumahtangga bersama Luqman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha (Aleza Shadan). Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.

Kelahiran anaknya, Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu mertuanya, Hajah Noraini (Kuna Muzani) dan Luqman Hadi (Farid Kamil) yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

Pelakon

Watak Utama

Watak Pembantu

Runut Bunyi

Rujukan

  1. ^ Drama Masih Ada Rindu MyInfoTaip. Dicapai 1 Jun 2021