Masjid Nur Osmaniyah

Masjid Nur Osmaniyah is located in Bumi
Masjid Nur Osmaniyah
Masjid Nur Osmaniyah (Bumi)
Info asasLokasiIstanbul, TurkiKoordinat geografi41°00′37″N 28°58′14″E / 41.010234°N 28.970540°E / 41.010234; 28.970540Koordinat: 41°00′37″N 28°58′14″E / 41.010234°N 28.970540°E / 41.010234; 28.970540AgamaIslam (Sunni)NegaraTurkiPenerangan seni binaArkitekSimon KalfaJenis seni binaMasjidGaya seni binaBarok OsmaniyahPecah tanah pada1748Disiapkan pada1755SpesifikasiTinggi (maks)43.5 meter (143 kaki)Lebar kubah (dalaman)25 meter (82 kaki)Bil. menara masjid2

Masjid Nur Osmaniyah (Turki: Nuruosmaniye Camiicode: tr is deprecated ) ialah sebuah masjid era Osmaniyah abad ke-18 yang terletak di kejiranan Çemberlitaş, daerah Fatih, Istanbul, Turki, yang telah disenarai dalam senarai cadangan Tapak Warisan Dunia di Turki pada 2016.[1]

Direka bentuk oleh seorang arkitek Yunani bukan Muslim bernama Simeon Kalfa, masjid ini ialah bangunan tugu Osmaniyah pertama yang memberi contoh gaya barok Osmaniyah baharu, yang mana ia memperkenalkan unsur barok dan neoklasik dari Eropah.[2][3][4][5] Perhiasan masjid dan lamannya yang melengkung menunjukkan pengaruh baroknya. Kubah masjid ini ialah satu daripada yang terbesar di Istanbul. Masjid ini sebahagian daripada sebuah kompleks keagamaan yang besar (disebut kuliah oleh Turki) yang berperanan sebagai pusat kebudayaan, keagamaan dan pendidikan untuk kawasan kejiranan.

Dalam Kustantiniyah, kawasan masjid ini dekat dengan Forum Konstantin, di mana Tonggak Konstantin masih kukuh berdiri. Mengelilingi masjid tersebut ialah Bazar Raya Istanbul. Selepas pembinaan Masjid Sultan Ahmed, Masjid Nur Osmaniyah menjadi masjid empayar pertama yang dibina dalam tempoh 100 tahun.[6]

Peranan semasa

Sebagai mercu tanda penting dan tapak bersejarah dalam pelancongan Isntanbul, masjid ini digunakan harian sebagai tempat ibadah. Pada 2018, pameran seni Yeditepe Biennial, diuruskan di bawah pentadbiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan,[7] menggunakan kawasan tangki air kompleks ini untuk menunjukkan karya seni yang memaparkan seni Turki tradisional dan moden.[8]

Lihat juga

Nota


Rujukan

  1. ^ "Nuruosmaniye Complex". UNESCO World Heritage Centre. UNESCO. Dicapai pada 8 June 2018.
  2. ^ "Nuruosmaniye Complex". whc.unesco.org (dalam bahasa Inggeris). UNESCO. Dicapai pada 2023-04-27.
  3. ^ Freely, John (2000). Inside the Seraglio: Private Lives of the Sultans in Istanbul (dalam bahasa Inggeris). Penguin Books. m/s. 211. ISBN 978-0-14-027056-3.
  4. ^ Freely, John; Glyn, Anthony (2000). The Companion Guide to Istanbul and Around the Marmara (dalam bahasa Inggeris). Boydell & Brewer. m/s. 104. ISBN 978-1-900639-31-6.
  5. ^ Suman, Selva (2011). "Questioning an "Icon of Change": The Nuruosmaniye Complex and the Writing of Ottoman Architectural History" (PDF). METU Journal of the Faculty of Architecture: 145–166. doi:10.4305/METU.JFA.2011.2.7.
  6. ^ Rüstem 2019, m/s. 111. sfn error: no target: CITEREFRüstem2019 (help)
  7. ^ "T.C.CUMHURBAŞKANLIĞI : "Son 15 yılda diğer birçok alanda olduğu gibi kültür ve sanat alanında da tabuları yıktık"". www.tccb.gov.tr. Dicapai pada 2019-12-04.
  8. ^ "Biennial | Yeditepe Bienali". www.yeditepebienali.com. Dicapai pada 2019-12-04.
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan Turki ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s