Matematik pengiraan

Matematik pengiraan ialah satu cabang utama matematik yang mengaplikasikan penyelidikan matematik dalam bidang-bidang sains di mana pengiraan memainkan peranan yang asas dan utama, yang menekankan penggunaan algoritma, kaedah berangka dan kaedah simbolik. Pengiraan adalah satu aspek utama dalam penyelidikan.[1] Matematik pengiraan muncul sebagai bahagian berasingan dari matematik gunaan sejak tahun 1950an. Kini, matematik pengiraan boleh merujuk kepada atau termasuk:

  • Sains pengiraan, juga dikenali sebagai pengiraan saintifik atau kejuruteraan pengiraan
  • Penyelesaian masalah matematik dengan simulasi komputer berbanding kaedah analisis matematik gunaan
  • Kaedah berangka yang digunakan dalam pengiraan saintifik, contohnya algebra linear berangka dan penyelesaian berangka untuk persamaan pembezaan separa
  • Kaedah-kaedah Stokastik,[2] seperti kaedah Monte Carlo dan perwakilan lain untuk ketidakpastian dalam pengiraan saintifik, contohnya elemen terhingga stokastik.
  • Matematik untuk pengiraan saintifik[3] (sisi bersifat teori yang melibatkan bukti matematik[4]), khususnya analisis berangka
  • Pengiraan simbolik dan sistem algebra komputer
  • Penyelidikan bantuan komputer dalam pelbagai bidang matematik seperti logik (pembuktian teorem automatik), matematik diskret (pencarian untuk struktur matematik seperti kumpulan), teori nombor (pengujian keprimalan dan pemfaktoran), kriptografi, dan topologi algebra pengiraan.
  • Linguistik pengiraan, penggunaan teknik matematik dan komputer dalam bahasa-bahasa sejadi.
  • Geometri pengiraan
  • Topologi pengiraan
  • Teori nombor pengiraan
  • Teori maklumat algoritma
  • Teori permainan algoritma

Buku rujukan

  • Cucker F., 2003. Foundations of Computational Mathematics: Special Volume (Handbook of Numerical Analysis), North-Holland Publishing, ISBN 978-0444512475
  • Harris J. W. and Stocker H., 1998. Handbook of Mathematics and Computational Science, Springer-Verlag, ISBN 978-0387947464
  • Yang X. S., 2008. Introduction to Computational Mathematics, World Scientific Publishing, ISBN 978-9812818171
  • Nonweiler T. R., 1986. Computational Mathematics: An Introduction to Numerical Approximation, John Wiley and Sons, ISBN 978-0470202609
  • Gentle J. E., 2007. Foundations of Computational Science, Springer-Verlag, ISBN 978-0387004501

Pautan luar

  • Yayasan matematik pengiraan: Sebuah organisasi tanpa untung

Rujukan

  1. ^ National Science Foundation, Division of Mathematical Science, Program description PD 06-888 Computational Mathematics, 2006. Didapatkan April 2007
  2. ^ NSF Seeks Proposals on Stochastic Systems, SIAM News, August 19, 2005
  3. ^ Future Directions in Computational Mathematics, Algorithms, and Scientific Software, Report of panel chaired by R. Rheinbold, 1985. Distributed by SIAM
  4. ^ Matematik untuk pengiraan, Journal overview, didapatkan April 2007
  • l
  • b
  • s
Bidang utama matematik
Bidang
Pembahagian utama

Matematik tulen · Matematik gunaan · Matematik diskret · Matematik pengiraan

Kategori  · Portal Matematik  · Senarai