Milenium ke-6 SM


 Milenium:    Milenium ke-7 SM • Milenium ke-6 SM • Milenium ke-5 SM  
 Abad:   Abad ke-60 SM • Abad ke-59 SM • Abad ke-58 SM • Abad ke-57 SM • Abad ke-56 SM • Abad ke-55 SM • Abad ke-54 SM • Abad ke-53 SM • Abad ke-52 SM • Abad ke-51 SM 

|} Semasa milenium ke-6 SM, pertanian tersebar dari kawasan Balkan ke Itali dan Eropah Timur, dan dari Mesopotamia ke Mesir. Pada dasarnya, jumlah penduduk dunia adalah stabil pada sekitar 5 juta orang.

Peristiwa

  • k.k. 6000 SM – Pemisahan Proto-Indo-Eropah menjadi Proto-Anatolia dan Proto-Indo-Iran di India yang disebabkan oleh keselanjaran Proto-Veda. [1]
  • k.k. 5900 SM – Kebudayaan Vinca prasejarah muncul di Belgrade kini.
  • k.k. 5760 SM – Gunung berapi Puy-de-Dôme meletup.
  • k.k. 5600 SM – Permulaan pergurunan Afrika Utara yang akhirnya menyebabkan penciptaan gurun Sahara. Adalah mungkin bahawa proses ini menyebabkan sesetengah orang asli berhijrah ke kawasan Sungai Nil di timur dan dengan itu, menyediakan asas untuk kebangkitan peradaban Mesir.
  • k.k. 5600 SM – Orang Cat Merah memantapkan kedudukan mereka di kawasan yang terbentang dari Labrador kini hingga negeri New York.
  • 1 September 5509 SM - Tarikh penciptaan alam yang ditetapkan oleh Takwim Byzantin.
  • k.k. 5500 SM - Pertanian bermula di Mesir Kuno.
  • k.k. 5450 SM – Peletupan Gunung berapi Hekla.
  • k.k. 5400 SM – Pengairan di Mesopotamia.
  • k.k. 5200 SM – Permulaan tempat kediaman dan petempatan manusia di Malta.
  • k.k. 5000 SM - Perladangan tiba di Eropah.

Perubahan alam sekitar

  • k.k. 7000 SM – Permulaan Iklim Holosen optimum.
  • k.k. 5600 SM – Menurut teori banjir besar Laut Hitam, Laut Hitam dibanjiri oleh air masin. Lebih kurang 3,000 batu padu (12,500 km³) air masin ditambahkan dan mengakibatkan tasik air tawar yang dikelilingi daratan ini menjadi sebuah laut air masin.

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • k.k. 6000 SM - Orang-orang Cyclade mula menggunakan tanah liat kasar yang bermutu rendah untuk membuat berbagai-bagai barang.
  • Pertanian muncul di lembah Sungai Nil.
  • Padi ditanam di Asia.
  • Bajak direka.
  • Batu-bata dicipta buat pertama kali di Parsi.
  • Wain dicipta buat pertama kali di Parsi.
  • Afrika: Artifak-artifak batu ditambah dengan artifak logam, serta kraftangan bakul, tembikar, dan tenunan.
  • Afrika: Mayat dikebumikan dalam posisi fetus yang menghadapi barat, dan dikelilingi oleh persembahan dan artifak pengebumian.
  • Afrika: Periuk dan jambangan tanah liat terhias (yang berwarna hitam pada bahagian atas), sikat tulang serta gading, patung kecil, dan pinggan mangkuk meja terdapat dalam jumlah yang besar.
  • Afrika: Berbagai-bagai barang kemas yang diperbuat daripada pelbagai bahan.
  • Afrika: Barang-barang mula dibuat bukan sahaja untuk kegunaannya tetapi untuk nilai estetik.
  • Afrika: Petempatan-petempatan tetap dan teratur yang tertumpu pada pertanian.

Peristiwa kebudayaan yang penting

  1. ^ Model Bukan Invasionis Arya oleh Koenraad Elst