Minurso

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Referendum di Sahara Barat atau singkatannya MINURSO merupakan pasukan yang dihantar ke Sahara Barat, benua Afrika.

Pasukan Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar 20 orang anggota Unit Perubatan Malaysia (MMU) ke Sahara Barat selama 6 bulan dari 22 Mei - 22 November 2009. Mereka akan menggantikan pasukan ke-6 yang terdiri daripada 20 anggota MMU yang tamat perkhidmatan mereka. Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor menyatakan bahawa penghantaran pasukan perubatan itu telah memasuki tahun ke-4 dan laporan prestasi pasukan pertama (2006) hingga keenam ATM amat membanggakan. Semasa bertugas mereka hendaklah berpegang kepada slogan '1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' .[1]

  1. ^ 20 Anggota Perubatan ATM Dihantar Ke Sahara