Mitosis

Mitosis

Mitosis ialah proses pembahagian nukleus sel eukariot untuk menghasilkan dua sel anak yang mengandungi kromosom yang seiras dengan kromosom induk (mempunyai bilangan dan jenis kromosom yang sama dengan sel induk).

Mitosis terlibat dalam proses pertumbuhan, penjanaan semula, dan penggantian sel sel rosak atau lama. Mitosis berlaku dalam semua sel soma, iaitu sel-sel tubuh organisma selain daripada sel-sel gamet (set pembiakan seperti sperma dan ovum). Mitosis berlaku dalam sel tumbuhan dan sel haiwan pada tisu-tisu khusus.

Mitosis pada tumbuhan

  1. Dalam tumbuh-tumbuhan, pertumbuhan hanya berlaku pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, iaitu di hujung pucuk dan akar, dan di kambium.
  2. Bahagian-bahagian ini mempunyai sel-sel meristesm yang giat membahagi secara mitosis.
  3. Sel-sel meristem yang terdapat di hujung akar dan hujung pucuk dikenali sebagai sel meristem apeks. Sel meristem apeks bertanggungjawab ke atas pertumbuhan tumbuhan.
  4. Sel-sel meristem yang terdapat di pinggir sisi batang dekanal sebagai meristem sisi atau kambium. Meristem sisi atau kambium penting untuk pertambahan saiz lilitan batang tumbuhan.

Mitosis pada haiwan

  1. Tidak seperti tumbuhan, pertumbuhan pada haiwan tidak terhad kepada bahagian-bahagian badan yang tertentu sahaja tetapi berlaku pada hampir kesemua bahagian badan haiwan.
  2. Sel-sel yang berada di lapisan Malphigi, iaitu lapisan tisu epidermis kulit yang paling dalam, menjalani mitosis untuk membentuk sel-sel baru.
  3. Sel-sel baru ini akan menggantikan sel-sel yang tercedera dan sel yang mati di permukaan kulit terluar yang berkeratin.
  4. Pada lapisan Malphigi juga terdapat pigmen melanin yang memberikan warna kepada kulit.
  5. Sel-sel saraf akan berhenti menjalankan mitosis sebaik sahaja seseorang mencapai suatu peringkat umur dalam kehidupannya.

Lihat juga

  • Meiosis
  • l
  • b
  • s
Protein kitaran sel
Siklin
  • A (A1, A2)
  • B (B1, B2, B3)
  • D (D1, D2, D3)
  • E (E1, E2)
CDK
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11A
  • 11B
  • 12
  • 13
  • 14
  • Kinase pengaktif CDK
Perencat CDK
  • INK4a/ARF (p14arf/p16, p15, p18, p19)
  • cip/kip (p21, p27, p57)
Keluarga p53 p63 p73
  • p53
  • p63
  • p73
Lain-lain
  • Cdc2
  • Cdc25
  • Cdc42
  • Protein kerentanan apoptosis sel
  • E2F
  • Faktor penggalak kematangan
  • Wee
  • Cullin (CUL7)
Fasa dan
titik semakan
Interfasa
  • Fasa G1
  • Fasa S
  • Fasa G2
Fasa M
  • Mitosis (Praprofasa
  • Profasa
  • Prometafasa
  • Metafasa
  • Anafasa
  • Telofasa)
  • Sitokinesis
Titik semakan kitaran sel
  • Titik halangan
  • Titik semakan gelendong
  • Titik semakan pascareplikasi
Fasa sel lain
  • Apoptosis
  • Fasa G0
  • Meiosis
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun