Mohd Shakir Shaari
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohd Shakir Shaari | ||
Tarikh lahir | (1986-09-29) 29 September 1986 (umur 37) | ||
Tempat lahir | Kota Bharu, Kelantan | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah Bertahan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Johor Darul Takzim FC | ||
Nombor | 16 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004- | Kelantan (Piala Presiden) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005-2006 | MPPJ FC | 21 | (0) |
2006-2009 | UPB-MyTeam FC | 18 | (11) |
2010-2013 | Kelantan | 108 | (44) |
2014 | Johor Darul Takzim FC | 29 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2007- | Malaysia B-23 | 18 | (1) |
2011- | Malaysia | 11 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Ogos 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Ogos 2014 |
Mohd Shakir Shaari (lahir 29 September 1986 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Johor Darul Takzim FC sebagai pemain tengah bertahan dalam Liga Super Malaysia.
Kerjaya
MPPJ FC
Shakir memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2004 semasa berumur 18 tahun. Pada 2005, dia menyertai pasukan MPPJ FC untuk semusim dan telah meninggalkan pasukan yang dilanda masalah kewangan itu pada musim berikutnya.
My Team
Seterusnya, dia menandatangani kontrak bersama UPB-MyTeam FC yang beraksi dalam Liga Super Malaysia pada 2006. Pada 2009, kelab itu dikeluarkan dari beraksi di Liga Super Malaysia akibat masalah kewangan.
Kelantan FA
Selepas melihat potensi besarnya sebagai midfielder yang berpotensi, jurulatih Kelantan Peter James Butler membawa Shakir ke skuad kendaliannya. Dia secara rasmi bersama skuad Kelantan FA pada 2010.[1][2] Dia adalah tonggak penting pasukan juara Piala Malaysia 2010, juara Liga Super 2011 dan juara Piala FA 2012.
Johor Darul Takzim
Pada musim 2013, Shakir akan bermain untuk pasukan selatan tanah air Johor Darul Takzim FC dan diberi jersi nombor 16.
Kerjaya Antarabangsa
Shakir menganggotai skuad negara mengalahkan Myanmar 2-0 pada aksi antarabangsa pada 18 Jun 2011. Dia juga dipanggil oleh jurulatih Malaysia Datuk K. Rajagobal untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura pada Jun 2012
Piala Suzuki AFF 2012
Shakir juga dipanggil untuk membarisi skuad Piala Suzuki AFF 2012.
Pencapaian
Tahun | Pertandingan | Pasukan | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Liga Super Malaysia | Kelantan FA | Naib Juara (Format Liga) |
Piala Malaysia | Kelantan FA | Juara | |
2011 | Piala Sumbangsih | Kelantan FA | Juara |
Piala FA | Kelantan FA | Naib Juara | |
Liga Super Malaysia | Kelantan FA | Juara (Format Liga) | |
2012 | Piala Sumbangsih | Kelantan FA | Naib Juara |
Piala FA | Kelantan FA | Juara | |
Liga Super Malaysia | Kelantan FA | Juara (Format Liga) | |
Piala Malaysia | Kelantan FA | Juara | |
2013 | Piala Sumbangsih | Kelantan FA | Naib Juara |
Piala FA | Kelantan FA | Juara | |
Piala Malaysia | Kelantan FA | Naib Juara | |
2014 | Liga Super Malaysia | Johor Darul Ta'zim FC | Juara (Format Liga) |
Piala Malaysia | Johor Darul Ta'zim FC | Naib Juara |
Anugerah
Shakir menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012. [3]
Keluarga
Pada 9 Disember 2010, Shakir telah memperisterikan Nurul Fatiha Abd Hamid, bekas atlet gimnastik artistik negara. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki selepas dua tahun berkahwin.[4]
Rujukan
- ^ 'Adil sikit' Diarkibkan 2011-12-17 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 12 Oktober 2011
- ^ Shakir paling konsisten Diarkibkan 2013-03-09 di Wayback Machine, Sinar Harian, 1 April 2012
- ^ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
- ^ Shakir Terima ‘Orang Baru’ Diarkibkan 2011-10-18 di Wayback Machine, Kelate.Net 13 September 2011
Pautan Luar
Persondata | |
---|---|
Nama | Shaari, Mohd Shakir |
Nama alternatif | Shakir Shaari |
Pemerihalan ringkas | Malaysian footballer |
Tarikh kelahiran | 29 September 1986 |
Tempat kelahiran | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian |