Molly's Game

Molly's Game
PengarahAaron Sorkin
Lakon layarAaron Sorkin
BerdasarkanMolly's Game: From Hollywood's Elite to Wall Street's Billionaire Boys Club, My High-Stakes Adventure in the World of Underground Poker oleh
Molly Bloom
Dihasilkan oleh
  • Mark Gordon
  • Amy Pascal
  • Matt Jackson
Dibintangi
  • Jessica Chastain
  • Idris Elba
  • Kevin Costner
  • Michael Cera
  • Jeremy Strong
  • Chris O'Dowd
  • Bill Camp
SinematografiCharlotte Bruus Christensen
Disunting oleh
  • Alan Baumgarten
  • Elliot Graham
  • Josh Schaeffer
Muzik olehDaniel Pemberton
Syarikat
penerbitan
  • Huayi Brothers Pictures
  • The Mark Gordon Company
  • Pascal Pictures
  • Ciwen Pictures (Hong Kong)
Diedarkan olehSTXfilms
Tarikh tayangan
  • 8 September 2017 (2017-09-08) (TIFF)
  • 25 Disember 2017 (2017-12-25) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
140 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$30 juta
Pecah panggung$6.9 juta[2]

Molly's Game merupakan filem drama jenayah Amerika Syarikat tahun 2017 yang ditulis dan diarahkan oleh Aaron Sorkin (filem pertama arahan Sorkin), berdasarkan memoir Molly's Game: From Hollywood's Elite to Wall Street's Billionaire Boys Club, My High-Stakes Adventure in the World of Underground Poker oleh Molly Bloom. Ia dibintangi oleh Jessica Chastain sebagai Bloom, disamping Idris Elba, Kevin Costner, Michael Cera, Brian d'Arcy James, Chris O'Dowd, Bill Camp, Graham Greene, Claire Rankin, Joe Keery, dan Jeremy Strong. Filem ini berkisarkan Bloom yang menjadi sasaran penyiasatan FBI atas empayar poker bawah tanah untuk selebriti Hollywood, atlet, ahli perniagaan dan kumpulan Rusia.

Pengambaran bermula pada November 2016 di Toronto. Ia telah ditayangkan pada 8 September 2017 di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan ditayangkan di Amerika Syarikat 25 Disember 2017 dan 5 Januari 2018. Molly's Game menerima pujian positif dan lakonan Chastain dan Elba turut mendapat pujian di samping skrip Sorkin. Filem ini menerima dua pencalonan dalam Anugerah Golden Globe ke-75 untuk Lakonlayar Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik (Chastain).[3]

Pelakon

  • Jessica Chastain sebagai Molly Bloom
    • Samantha Isler sebagai Molly (remaja)
    • Piper Howell sebagai Molly (7 tahun)
  • Idris Elba sebagai Charlie Jaffey, peguam kepada Molly.
  • Kevin Costner sebagai Larry Bloom, bapa kepada Molly.
  • Michael Cera sebagai Player X
  • Brian d'Arcy James sebagai Brad.
  • Chris O'Dowd sebagai Douglas Downey.
  • J. C. MacKenzie sebagai Harrison Wellstone
  • Bill Camp sebagai Harlan Eustice.
  • Graham Greene sebagai Judge Foxman
  • Jeremy Strong sebagai Dean Keith.
  • Matthew D. Matteo sebagai Bobby
  • Joe Keery sebagai Cole
  • Natalie Krill sebagai Winston
  • Claire Rankin sebagai Charlene Bloom, ibu kepada Molly.
  • Madison McKinley sebagai Shelby
  • Khalid Klein sebagai Neal
  • Victor Serfaty sebagai Diego
  • Jon Bass[4] as Shelly Habib

Rujukan

  1. ^ "Molly's Game". TIFF. Dicapai pada August 15, 2017.
  2. ^ "Molly's Game (2017)". Box Office Mojo. Dicapai pada January 4, 2018.
  3. ^ Rubin, Rebecca (December 11, 2017). "Golden Globe Nominations: Complete List". Variety. Dicapai pada December 11, 2017.
  4. ^ Magaziner Steinfield, Jordan (May 25, 2017). "Jon Bass: From Bellaire to 'Baywatch'". TheBuzzMagazines.com. Dicapai pada August 21, 2017.

Pautan luar