Muawiyah bin Abu Sufyan

Mua'wiyah I
معاويةcode: ar is deprecated
  • Amirul Mukminin
  • Khalifah Allah
Syiling perak Arab dirham diukir dengan nama Muawiyah, s. 674
Khalifah pertama Kerajaan Bani Umaiyah
PemerintahanJanuari 661 – April 680
Didahului oleh
  • Penubuhan
  • Hasan bin Ali (sebagai khalifah)
PenggantiYazid I
Gabenor Syria
Bertugas639–661
Didahului olehYazid bin Abu Sufyan
Diikuti olehJawatan ditamatkan
Keputeraans. 597–605
Mekah, Hijaz, Semenanjung Arab
KemangkatanApril 680 (aged c. 75–83)
Damsyik, Kerajaan Bani Umaiyah
PemakamanBab al-Saghir, Damsyik
Pasangan
  • Katwa bint Qaraza al-Nawfaliyya
  • Fakhita bint Qaraza al-Nawfaliyya
  • Maysun bint Bahdal al-Kalbiyya
  • Na'ila bint Umara al-Kalbiyya
Anakanda
  • Yazid
  • Abdullah
  • Ramlah
Nama penuh
Muawiyah bin Abu Sufyān
(معاوية ابن أبي سفيانcode: ar is deprecated )
KerabatSufyanid
DinastiUmaiyah
AyahandaAbu Sufyan bin Harb
BondaHindun binti Utbah
AgamaIslam
Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s

Muawiyah bin Abu Sufyan (602-680 Masihi) ialah pengasas Kerajaan Bani Ummaiyyah. Dia menentang pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang terakhir iaitu Sayyidina Ali bin Abi Talib (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW). Beliau menawan Mesir dan menjadi Gabenor di Syria dan Mesir sehinggalah peristiwa pembunuhan Sayyidina Ali r.a pada tahun 661 Masihi. Beliau memerintah dari tahun 661 Masihi sehingga tahun 680 Masihi. Beliau juga dikenali sebagai Mu'awiyah I.

Biografi

Muawiyah dilahirkan pada tahun 602 Masihi di dalam suku kaum Bani Abd Shams yang mana banyak antara mereka menentang Nabi Muhammad SAW di Makkah. Mereka ini terus menentang Rasulullah SAW sehinggalah hijrah nabi ke Madinah. Bapa Muawiyah yakni Abu Sufyan bin Harb ialah salah seorang yang benci akan Rasulullah SAW. Namun sebelum Futuh Makkah (Pembukaan Kota Makkah), beliau dan isterinya telah masuk Islam. begitu juga dengan hambanya yang bernama Wahsyi yang telah membunuh Saidina Hamzah r.a. Di sini menunjukkan betapa baginda Rasulullah SAW seorang yang sangat pemaaf dan tidak berdendam. Baginda suci-sesucinya dari sifat jahat dan berkepentingan baginda nabi yang maksum. Saudara perempuannya Ummu Habibah Ramlah adalah salah seorang isteri kepada Rasulullah SAW.

Muawiyah menjadi seorang Muslim sejak sebelum peristiwa pembukaan Kota Makkah tetapi menyorokkan status Islamnya daripada pengetahuan bapanya. Khalifah Muawiyah banyak diingati kerana khidmatnya di Syria. Dia juga terlibat dalam serangan ke atas tentera Byzantine di Syria.

Gubernur Suriah

Selepas kematian saudaranya Yazid pada tahun 640 Masihi, Muawiyah dilantik menjadi Gabenor di Syria oleh Saidina Umar Al-Khatab r.a (Khulafa Al-Rasyidin yang kedua). Menjelang tahun 647 Masihi, Muawiyah telah membina sebuah angkatan tentera yang cukup kuat untuk menangkis serangan Byzantine malah cukup kuat untuk menyerang Byzantine. Mereka juga berjaya menawan Cyprus (649 Masihi) dan Kepulauan Rhodes (654 Masihi) sambil berjaya menumpaskan tentera laut Byzantine di Lycia (655 Masihi). Semua ini terhenti selepas Saidina Ali bin Abi Talib r.a menjadi khalifah.

Pertikaian dengan Saidina Ali

Sebagai saudara kepada Saidina Uthman bin Affan r.a, Muawiyah merasakan penyiasatan berhubung dengan kematian Saidina Uthman r.a sengaja dilambatkan oleh Saidina Ali r.a. Perang Jamal dan Perang Siffin terjadi yang akhirnya Saidina Ali r.a mendapat kejayaan dalam kedua-dua pertempuran.

Muawiyah kemudiannya mengadakan rundingan dengan Saidina Ali r.a selepas kekalahannya dalam Perang Siffin. Muawiyah berjaya mengelirukan sekumpulan wakil Saidina Ali r.a yang akhirnya menyebabkan Muawiyah menakluk Mesir.

Apabila Saidina Ali r.a meninggal dunia akibat tikaman Abdul Rahman bin Muljam pada tahun 661 Masihi, Muawiyah menguasai Syria dan Mesir di samping menguasai tentera teramai pada masa itu. Orang ramai di Madinah telah memilih Saidina Hassan r.a sebagai khalifah pengganti Ayahandanya Saidina Ali r.a. Namun, untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama Islam, Saidina Hassan r.a, putera kepada Saidina Ali k.w dengan isteri pertamanya, Fatimah Az-Zahra r.ha, telah mengiktiraf Muawiyah sebagai khalifah umat Islam dengan ikhlas.

Pemerintahan

Selepas menjadi khalifah, Muawiyah mengembangkan empayar Islam dari barat Mesir sehingga Iran di timur. Khalifah Muawiyah juga melantik ramai bekas pegawai-pegawai Byzantine (Rom Timur) sebagai pegawai di kawasan baru jajahan Islam. Hal ini menjadikannya popular dan terkenal di Syria.

Legenda

Muawiyah terkenal dengan usahanya mencantikkan Damsyik, ibu kota Kerajaan Bani Ummaiyyah. Beliau juga pernah melakukan serangan ke atas Kustantiniyah, ibu kota Byzantine walaupun gagal menawan kota terbabit. Kebanyakan orang Islam memuji tindakan Muawiyah yang mengembangkan empayar Islam dengan begitu luas sehingga mampu mengugat Kustantiniyah.

Muawiyah juga terkenal dengan pemerintahan sistem Monarki apabila Muawiyah melantik anaknya Yazid bin Muawiyah (Yazid I) menjadi khalifah lalu melanggar perjanjian dan perlantikan beliau bukan daripada sistem Syura.

Muawiyah mangkat pada 6 Mei, 680 Masihi. Dia digantikan oleh anaknya Yazid I.

Pautan luar

Muawiyah bin Abu Sufyan
Bani Umaiyah
Tarikh keputeraan: 602 Tarikh kemangkatan: 26 April 680
Didahului oleh
Hasan bin Ali
Khalifah Islam
Khalifah Bani Umaiyah

661 – 680
Diikuti oleh:
Yazid I
  • l
  • b
  • s
Kerajaan Bani Umaiyah
(661–750)
Amiriah Cordoba
(756–929)
Kekhalifahan Cordoba
(929–1031)
  • Abdul Rahman III
  • Al-Hakam II
  • Hisham II
  • Muhammad II
  • Sulaiman
  • Hisham II
  • Sulaiman
  • Abdullah al-Mu'ayti
  • Abdul Rahman IV
  • Ali bin Hammud al-Nasir[H]
  • Al-Qasim al-Ma'mun[H]
  • Yahya bin Ali al-Mu'tali[H]
  • Al-Qasim al-Ma'mun[H]
  • Abdul Rahman V
  • Muhammad III
  • Yahya bin Ali al-Mu'tali[H]
  • Hisham III
[H] termasuk Dinasti Hammud