Mutiara

Seutas mutiara akoya dari China.
Ladang mutiara di Seram, Indonesia

Mutiara (Jawi: موتياراcode: ms is deprecated serapan Sanskrit: मुत्यहारcode: sa is deprecated mutyahāra lakuran मुत्यcode: sa is deprecated mutya +‎ हारcode: sa is deprecated hāra “rantai” [1]) adalah objek bulat dan keras yang dihasilkan mealui pengumpulan dalam tisu lembut sesetengah haiwan tertentu terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang kemas. Mutiara digunakan sebagai perhiasan melengkapi diri dalam bentuk susunan tertentu seperti cincin, rantai, mahkota sampai ke gelang.

Pembentukan

Secara semulajadi

Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluska dwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat (CaCO3) dalam bentuk galian aragonite atau kalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagai conchiolin. Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagai nakre, atau sebagaimana yang lebih dikenali, indung mutiara (mother-of-pearl).

Kepercayaan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya. [2][3][4]

Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitu tiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri. Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!

Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi.

Secara penternakan

Orang Jepun misalnya, memasukkan sejenis bahan asing ke dalam tiram. Mereka mahu tiram membiak dengan menghasilkan banyak mutiara di sekelilingnya.

Pemerolehan


Rujukan

  1. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 121.
  2. ^ Neil H. Landman, et al (2001) Pearls: A Natural History, Harry Abrams, Inc., 232 pp., ISBN 0-8109-4495-2 Reviewed: http://nationalzoo.si.edu/Publications/ZooGoer/2002/1/books.cfm
  3. ^ Pearl oyster farming and pearl culture http://www.fao.org/docrep/field/003/AB726E/AB726E11.htm
  4. ^ How Pearls are Formed: The Pearl Sac Theory http://www.perlas.com.mx/english/pearlsac.html

Pautan luar

  • The History of Pearls. PBS Pearl History Special.
  • UT Geological Department on Pearls
  • A list of the world's famous pearls
  • Pearls and Pearling life by Edwin Streeter
  • George Frederick Kunz Book of the Pearl Book available in html and in pdf from the Gem and Diamond Foundation
  • Bagaimana Mutiara Dihasilkan Secara Komersil Diarkibkan 2011-10-25 di Wayback Machine