My Stupid Boss 2

My Stupid Boss 2 merupakan sebuah filem Indonesia tahun 2019 yang diarahkan oleh Upi Avianto.[1] Filem tersebut merupakan kesinambungan dari filem My Stupid Boss. Filem ini kembali dibintangi oleh Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari sebagai pelakon utama dan memulakan penggambaran pada 6 Ogos 2018.[2] Tiga daerah di Vietnam telah dipilih sebagai tempat penggambaran.[3] Filem ini telah ditayangkan pada 28 Mac 2019.

Sinopsis

Kekurangan pekerja di kilang, Bossman (Reza Rahadian) telah memutuskan untuk mencari pekerja baharu di Vietnam. Bossman telah berangkat ke Vietnam bersama-sama dengan Diana (Bunga Citra Lestari), Mr Kho (Chew Kin Wah), dan Adrian (Iedil Putra). Sepanjang pencarian itu, mereka telah ditimpa dengan pelbagai masalah yang disebabkan oleh Bossman. Sementara itu di Kuala Lumpur, Norahsikin (Atikah Suhaemi) dan Azahari (Iskandar Zulkarnaen) juga harus menghadapi masalah hutang yang tidak dibayar oleh Bossman. Pejabat mereka telah diserang oleh gangster yang mahu Bossman melunaskan hutangnya.

Pelakon

  • Reza Rahadian sebagai "Bossman".
  • Bunga Citra Lestari sebagai Diana.
  • Alex Abbad sebagai Dika, suami Diana.
  • Chew Kin Wah sebagai Mr Kho.
  • Atikah Suhaime sebagai Norahsikin.
  • Iedil Putra sebagai Adrian.
  • Iskandar Zulkarnaen sebagai Azahari.
  • Melissa Karim sebagai isteri "Bossman".
  • Morgan Oey sebagai Nguyen.
  • Verdi Solaiman sebagai Joni Wu.
  • Sahil Shah sebagai Babloo.
  • Prakash Krisna sebagai Raj.
  • Indra Jegel sebagai Faisal.
  • Awek Sitepu sebagai Rahmat.
  • Gregory Prabowo sebagai juruacara.

Rujukan

  1. ^ https://www.tabloidbintang.com/film-tv-musik/kabar/read/107852/siap-syuting-sutradara-beri-bocoran-film-my-stupid-boss-2
  2. ^ https://www.liputan6.com/showbiz/read/3606462/film-my-stupid-boss-2-mulai-syuting-6-agustus-2018
  3. ^ https://entertainment.kompas.com/read/2018/11/01/110131710/kulit-wajah-reza-rahadian-memerah-usai-shooting-di-vietnam

Pautan luar

  • My Stupid Boss 2 di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • My Stupid Boss 2 di Netflix
  • l
  • b
  • s