Negara Bebas Ireland

Negara Bebas Ireland
Saorstát Éireann
Irish Free State
1922–1937
Bendera Ireland
Bendera
StatusAlam Komanwel
Ibu negaraDublin
Bahasa yang umum digunakanIreland, Inggeris
KerajaanRaja berperlembagaan
Raja 
• 1922–1936
George V
• 1936–1936
Edward VIII
• 1936–1937
George VI
Gabenor-Jeneral 
• 1922–1927
Timothy Michael Healy
• 1928–1932
James McNeill
• 1932–1936
Domhnall Ua Buachalla
Presiden Majlis Eksekutif 
• 1922–1932
W. T. Cosgrave
• 1932–1937
Éamon de Valera
Badan perundanganOireachtas
• Dewan Pertuanan
Seanad Éireann
• Dewan Rakyat
Dáil Éireann
Sejarah 
• Pengisytiharan
24 April 1916
• Perjanjian Inggeris-Ireland
6 Disember 1922
• Bunreacht na hÉireann
29 Disember 1937
• Akta Republik Ireland
18 April 1949
Mata wangPaun Saorstát
Kod ISO 3166IE
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Ireland
Ireland Selatan
Republik Ireland

Negara Bebas Ireland (bahasa Inggeris: Irish Free Statecode: en is deprecated , Ireland: Saorstát Éireanncode: ga is deprecated ) (1922–1937) ialah negeri yang terdiri daripada 26 daripada 32 daerah Ireland yang dipisahkan daripada United Kingdom of Great Britain and Ireland di bawah Perjanjian Inggeris-Ireland yang ditandatangani wakil-wakil British dan Republik Ireland di London pada 6 Disember 1921. Negara Bebas Ireland diwujudkan pada 6 Disember 1922, menggantikan dua negeri yang wujud bersama atas nama tetapi sebenarnya sama: Ireland Selatan de jure yang diasaskan oleh Akta Kerajaan Ireland 1920 dan, mulai Januari 1922, ditadbir oleh Kerajaan Sementara di bawah Michael Collins; dan Republik Ireland de facto di bawah Presiden Dáil Éireann, Arthur Griffith, yang diasaskan Dáil Éireann pada tahun 1919. (Pada Ogos 1922, kedua-dua negeri bergabung setelah kematian pemimpin masing-masing; kedua-dua jawatan dipegang serentak oleh W. T. Cosgrave.)