Nirwana

Lihat juga: Nirvana

Nirwana (Sanskrit: निर्वाण, rumi: nirvāṇacode: sa is deprecated "dalam keadaan lenyap; mati; hilang",[1] Jawi: نيروانcode: ms is deprecated ; bahasa Pali: Nibbāna, Cina Tradisional: 涅槃code: zh is deprecated ; pinyin: nièpán[2], secara harafiah: "kepunahan" atau "pemadaman") adalah kulminasi pencarian umat Buddha terhadap kebebasan.

Siddartha Gautama, Buddha, menjelaskan Buddhisme sebagai sebuah rakit yang, setelah mengapung di atas sungai, akan memperbolehkan sang penumpangnya untuk mencapai nirwana.

Dalam pengertian yang lebih dalam, Nibbana adalah kebahagiaan tertinggi, suatu keadaan kebahagiaan abadi yang luar biasa. Kebahagiaan Nibbana tidak dapat dialami dengan memanjakan indera, melainkan dengan menenangkannya.

Nibbana bukanlah suatu tempat. Nibbana bukanlah suatu ketiadaan atau kepunahan. Nibbana bukanlah suatu surga. Tidak ada kata yang cocok untuk menjelaskan Nibbana ini. Nibbana dapat direalisasi dengan cara melenyapkan keserakahan (lobha), kebencian (dosa) dan kebodohan batin (moha).

Dalam Kitab Udana VIII:3, Nibbana dijelaskan oleh Buddha sebagai berikut:

"Oh, Bhikkhu, ada berhentinya kelahiran, berhentinya penjelmaan, berhentinya Kamma, berhentinya Sankhara. Jika seandainya saja, Oh bhikkhu, tidak ada berhentinya kelahiran, berhentinya penjelmaan, berhentinya Kamma, berhentinya Sankhara; maka tidak akan ada jalan keluar kebebasan kelahiran, penjelmaan, pembentukan, pemunculan dari sebab yang lalu. Tetapi karena ada berhentinya kelahiran, berhentinya penjelmaan, berhentinya Kamma, berhentinya Sankhara, maka ada jalan keluar kebebasan kelahiran, penjelmaan, pembentukan, dan pemunculan dari sebab yang lalu"

Lebih lanjut dalam Kitab Milinda Panha juga dijelaskan tentang Nibbana melalui percakapan antara Bhikkhu Nagasena dan Raja Milinda sebagai berikut:

"Nibbana penuh dengan kedamaian dan kebahagiaan, Oh Raja. Barang siapa yang mengatur kehidupannya secara sempurna dengan memahami sifat kehidupan sesuai dengan ajaran para Buddha, menyadari kehidupan melalui kebijaksanaan, sebagaimana seorang siswa yang dengan mengikuti petunjuk-petunjuk Sang Guru, menjadikan dirinya 'Nakhoda' bagi kapalnya sendiri,..."
"Apakah Nibbana suatu tempat?" tanya Raja Milinda
"Nibbana bukanlah suatu tempat, Oh Raja, tetapi Nibbana ada sebagaimana api ada, meskipun api itu tidak disimpan di suatu tempat tertentu."
"Apakah ada tempat berpijak bagi seseorang untuk mencapai Nibbana?"
"Ya, Raja, tempat itu adalah kebajikan"

Jadi dapat disimpulkan bahwa Nibbana bukanlah suatu tempat atau alam kehidupan, melainkan keadaan yang terbebas dari semua kekotoran batin yang menjadi sebab penderitaan dari kelahiran, usia tua, penyakit, kematian, kepedihan, ratapan dan keputus-asaan, yaitu Keserakahan (Lobha), Kebencian (Dosa), dan Kebodohan Batin (Moha).

Nibbana dapat dicapai ketika masih hidup (Sa-upadisesa Nibbana) dan ketika meninggal dunia (An-upadisesa Nibbana). Ketika Pangeran Siddhartha mencapai Penerangan Sempurna dan menjadi Samma Sambuddha, maka pada saat itu Dia mengalami Sa-upadisesa Nibbana. Ketika Buddha Gotama meninggal dunia pada usia 80 tahun di Kusinara, maka Dia mencapai An-upadisesa Nibbana atau Parinibbana.

Cara untuk mencapai Nibbana adalah dengan mempraktikkan sendiri Jalan Mulia Berunsur Delapan, yaitu:

  1. Pengertian Benar (Samma ditthi)
  2. Pikiran Benar (Samma sankappa)
  3. Ucapan Benar (Samma vaca)
  4. Perbuatan Benar (Samma kammanta)
  5. Penghidupan/Mata Pencaharian Benar (Samma ajiva)
  6. Usaha/Daya Upaya Benar (Samma vayama)
  7. Perhatian Benar (Samma sati)
  8. Konsentrasi/Meditasi Benar (Samma samadhi)

Hinduisme juga menggunakan nirwana sebagai sinonim untuk pemikiran mereka tentang moksha, dan nirvana dibicarakan dalam beberapa tulisan tantra Hindu serta Bhagawad Gita. Konsep nirwana antara agama Buddha dan Hindu tidak boleh disamaratakan.

Lihat juga

  • Bhagawad Gita
  • Buddhisme
  • penerangan
  • Samuksayam
  • Nagarjuna
  • Parinirwana / parinibbana
  • Paramita
  • Satori

Rujukan

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 557. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 257. ISBN 979-459-416-4.
  2. ^ Akira Hirakawa (1997). "涅槃". Buddhist Chinese-Sanskrit Dictionary. Tokyo: Reiyukai. m/s. 725.
  • l
  • b
  • s
Topik-topik agama Buddha
Asas
Tiga Permata (Buddha · Dharma · Sangha) · Empat Kebenaran Mulia · Lapan Jalan Mulia · Nirwana · Jalan Tengah
Gautama Buddha
Tathāgata · Hari Jadi · Empat cerapan · Ciri fizikal · Jejak · Ikonografi · Filem · Mukjizat · Keluarga: (Suddhodana (bapa) · Maya (ibu) · Yasodhara (isteri) · Rahula (anak lelaki)) · Tempat-tempat yang dihuni oleh Buddhal · Buddha dalam agama dunia
Konsep Utama
Tiga Tanda Kewujudan: (Ketidakkekalan · Deritaan · Bukan Diri) · Keasalan Bersandar · Lima Aggregat · Karma · Kelahiran semula · Saṃsāra · Saṅkhāra · Kecemaran · Kejahilan · Perdambaan · Lima Halangan · Sepuluh Belenggu · Fakulti · Makrifat) · Parinirvana · Keituan · Doktrin dua kebenaran · Kekosongan · Budicita · Budisatwa · Sifat Buddha · Arus fikiran · Dzogchen
Kosmologi
Sepuluh alam rohaniah · Enam Alam (Neraka · Alam haiwan · Alam Hantu Lapar · Alam asura · Alam manusia · Syurga) · Tiga tahap kewujudan
Amalan
Perlindungan · Sembahyang · Puja: (Persembahan · Bertiarap · Berdikir) · Merit · Paritta · Kemurahan hati · Penzahidan · Kesusilaan: (Ajaran · Ikrar Bodhisatva · Patimokkha) · Latihan Tiga Kali Ganda: (Akhlak · Penumpuan · Kebijaksanaan) · Empat Pematuhan Ketuhanan: (Kebaikan hati · Belas Kasihan · Kegembiraan bersimpati · Ketenangan) · Kesempurnaan · Sifat untuk Mencapai Makrifat · Tujuh Faktor Makrifat · Asas Kuasa · Lima Kekuatan · Kepercayaan · Usaha (Empat Usaha Yang Betul) · Kesedaran (Satipatthana) · Jhāna (Dhyāna) · Bhavana · Tafakur: (Kammaṭṭhāna · Ingatan · Smaran · Kesedaran Penafasan · Tafakur Ketenangan · Tafakur Wawasan · Shikantaza · Zazen · Kōan · Mandala · Tonglen · Tantra)
Nirwana
Jenis Buddha · Buddha Biasa · Budisatwa · Empat peringkat makrifat: (Arus pemasuk · Pengembali sekali · Pentakkembali · Arhat/Lohan)
Kebiaraan
Sami/Biksu/Biku/Bikuni · Sami pelatih · Biarawati pelatih · Anagarika · Ajahn · Sayadaw · Mahaguru Zen · Roshi · Lama (Buddhisme) · Rinpoche · Geshe · Tulku · Anggota isi rumah · Pengikut bukan sami · Pengikut
Tokoh utama
Gautama Buddha · Sāriputta · Mahamoggallāna · Ananda · Maha Kassapa · Anuruddha · Mahakaccana · Nanda · Subhuti · Punna · Upali · Mahapajapati Gotami · Khema · Uppalavanna · Buddhaghosa · Nagasena · Bodhidharma · Nagarjuna · Asanga · Vasubandhu · Atisha · Padmasambhava · Dalai Lama
Teks
Tipitaka: (Vinaya Pitaka · Sutta Pitaka · Abhidhamma Pitaka) · Ulasan: (Visuddhimagga) · Sutra Mahayana · Daftar karya agama Buddha Cina (Tripitaka Koreana) · Daftar karya agama Buddha Tibet
Cabang
Theravada · Mahayana: (Zen · Tanah Suci · Tiantai · Nichiren · Madhyamaka · Yogacara) · Vajrayana: (Agama Buddha Tibet · Shingon) · Sekolah agama Buddha awal · Pramazhab agama Buddha · Sifat asas yang menyatukan Theravada dengan Mahayana
Negara
Bangladesh · Bhutan · China · India · Indonesia · Jepun · Kemboja · Korea · Laos · Malaysia · Mongolia · Myanmar · Nepal · Pakistan · Rusia · Singapura · Sri Lanka · Taiwan · Thailand · Tibet · Vietnam · Negara Barat: ( Amerika Syarikat · Australia · United Kingdom)
Sejarah
Garis masa · Majlis agama Buddha · Sejarah agama Buddha di India · Kemerosotan agama Buddha di India · Ashoka Agung · Buddhisme Yunani · Agama Buddha dan dunia Rom · Penyebaran agama Buddha menerusi Jalan Sutera
Falsafah
Abhidharma · |Logik · Buddhologi · Eskatologi · Kenyataan · Tuhan · Humanisme · Engaged Buddhism · Sosialisme · Anarkisme · Ekonomi · Atomisme · Evolusi · Keseksualan · Kehomoseksualan · Etika · Empat belas soalan yang tidak dapat dijawab
Budaya
Seni · Seni Buddha Yunani · Puisi · Arca Buddha · Budai · Simbolisme: (Dharmacakra · Bendera · Bhavacakra · Thangka) · Roda mantera · Tasbih · Mudra · Mantera (Om mani padme hum) · Muzik · Hari Kelepasan: (Vesak · Magha Puja · Uposatha) · Tempat mencari ketenangan pada musim hujan · Jubah biarawan · Seni bina: (Wihara · Wat · Stupa · Pagoda · Seni kuil dan seni bina Thailand) · Ziarah: (Lumbini · Bodh Gaya · Sarnath · Kushinagar) · Pokok Bodhi · Kuil Mahabodhi · Kalendar · Masakan · Vegetarianisme
Lain-lain
Keturunan · Maitreya · Avalokiteśvara (Guan Yin) · Amitābha · Brahmā · Māra · Dhammapada · Vinaya · Sūtra · Hinayana · Bahasa suci: (Bahasa Pali · Bahasa Sanskrit) · Ceramah Dharma · Kalpa · Pengetahuan lanjutan · Kuasa supernormal
Agama Buddha dan:
Sains · Psikologi · Hinduisme · Jainisme · Agama Asia Timur · Agama Kristian · Teosofi · Gnostisisme
Senarai
Buddha · Dua puluh lapan Buddha · Budisatwa · Penganut Buddha · Sutta · Buku · Kuil
Portal:Agama Buddha · Kategori · Glosari · Garis kasar · Indeks
Ikon tunas

Rencana berkenaan agama Buddha ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s