Nisbah bidang

Nisbah bidang atau nisbah aspek bentuk ialah nisbah dimensi yang lebih panjang kepada dimensi yang lebih pendek. Ia boleh digunakan pada dua dimensi cirian pada bentuk tiga dimensi, seperti nisbah paksi terpanjang ke paksi terpendek, atau objek bersimetri yang ditakrifkan dengan dua ukuran sahaja, seperti kepanjangan dan diameter sebatang rod. Nisbah bidang torus ialah nisbah paksi besar R ke paksi kecil r.

Kegunaan

Istilah ini paling kerap digunakan apabila membincangkan:-

  • grafik / imej
    • nisbah bidang imej
    • piawaian paparan komputer
    • saiz kertas
    • saiz cetakan fotografi piawai
    • saiz iklan piawai
    • nisbah bidang piksel
    • fotolitografi: dalam aplikasi fotolitografik, nisbah bidang struktur yang terukir ialah nisbah ketinggian dinding sisi menegak kepada lebarnya. Dalam MEMS, fotorintang yang membenarkan nisbah aspeak yang tinggi dihalalkan asalkan ia membenarkan pembinaan struktur tinggi tanpa condong.
  • kod tayar
  • pensaizan tayar
  • nisbah bidang sayap pesawat atau burung
  • astigmatisme kanta optik

Contoh

Dari kiri ke kanan:

  • 1.3 = 4:3: Sesetengah (bukan semua) monitor komputer abad ke-20 (VGA, XGA, dsb.), televisyen definisi biasa
  • 1.414… = √2:1: Saiz kertas antarabangsa (ISO 216)
  • 1.5 = 3:2: filem 35 mm
  • 1.6 = 16:10, paparan komputer skrin lebar yang laris (WXGA)
  • 1.618…: Nisbah emas, menghampiri 16:10
  • 1.6 = 5:3: super 16 mm, tolok filem piawai di kebanyakan negara Eropah
  • 1.7 = 16:9: TV skrin lebar

Lihat juga

  • Nisbah
  • Nisbah sama dimensi dalam 3D
  • Orientasi menegak

Templat:Film formats