Ong Kim Swee

Ong Kim Swee
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1970-12-11) 11 Disember 1970 (umur 53)
Tempat lahir Melaka, Malaysia
Posisi permainan Pemain tengah (Bersara)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991-1992 Melaka
1993-1994 Sarawak
1994-1998 Sabah
Pasukan kebangsaan
1990-1991 Olimpik Malaysia 8 (1)
1994-1995 Malaysia 5 (0)
Pasukan diurus
2005 Melaka
2009-2010 Malaysia B-19
2009- Harimau Muda A
2011- Malaysia B-23
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Datuk Ong Kim Swee (Cina ringkas: 王金瑞code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 王金瑞code: zh is deprecated ; pinyin: Wáng Jīn Ruì; lahir 11 Disember 1970) ialah pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Malaysia. Beliau sekarang mengurus Sabah FC di Liga Super Malaysia. Beliau menghabiskan kebanyakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bermain untuk pasukan Malaysia Timur terutamanya Sarawak dan Sabah semasa pertengahan 90-an.

Beliau pada masa ini mengurus Sabah FC yang telah bertanding di dalam Kejohanan Pra-Olimpik AFC 2012 untuk kelayakan ke sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Asia Tenggara 2011.[1] Beliau juga bekas pengurus Harimau Muda A di dalam Liga Super Malaysia.

Kerjaya

Sebagai pemain

Kim Swee memulakan kerjayanya sebagai pemain Melaka pada awal 90-an. Beliau ialah ahli pasukan Olimpik Malaysia yang digelar Barcelona 1992 di bawah jurulatih Chow Kwai Lam.[1]

Pada tahun 1993 Kim Swee menyertai Sarawak FA yang mana beliau bermain selama dua musim sebelum dipindahkan ke Sabah FA secara kontroversi pada akhir 1994. Dengan Sabah beliau memenagi Piala FA Malaysia pada tahun 1995 dan Liga M pada tahun 1996.

Kim Swee memperlihatkan penampilan antarabangsa menentang Kuwait pada 22 September 1994. Beliau adalah ahli skuad Malaysia bagi Sukan Asia 1994 dan juga bermain bagi Pilihan Malaysia yang berjaya seri dengan kelab Flamengo 1-1 di dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1995.

Sebagai Jurulatih

Kim Swee melatih pasukan Melaka pada tahun 2005.[2] Pada tahun 2009, Kim Swee mengambil alih ketua jurulatih Harimau Muda daripada Datuk K. Rajagopal.[3] Beliau telah memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun tersebut.[1] Dengan pasukan Malaysia U-22, Ong berjaya menjuarai final perlawanan bola sepak Sukan Asia Tenggara 2017 di tanah air, memenangi pingat perak sebagai finalis kalah kepada Thailand serta layak ke suku akhir Kejohanan AFC U-23 2018.[4][5][6][7]

Anugerah sebagai pengurus

Malaysia

Darjah kebesaran

Pada 11 Oktober 2013, Ong bersama-sama penyanyi Ramli Sarip dan pelakon Rosyam Nor dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.[8]

Penghargaan Malaysia
  •  Melaka
    • Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2013)[8]

Rujukan

  1. ^ a b c "Tough task for Kim Swee - The Star". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-06. Dicapai pada 2021-10-04.
  2. ^ Shellito among trio eyeing Malacca post - The Star
  3. ^ Ong out to elevate Harimau Muda - The Star
  4. ^ Ajitpal Singh (27 August 2017). "KL2017: Kim Swee on the verge of creating history". New Straits Times. Dicapai pada 29 June 2018.
  5. ^ "Ong Kim Swee, One-on-One: Sackings, silver medals and big offers from Indonesia". FourFourTwo. 23 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-29. Dicapai pada 29 June 2018.
  6. ^ Gabriel Tan (18 January 2018). "Malaysia, Vietnam surprise at AFC U-23 while Thailand falter". Fox Sports Asia. Dicapai pada 29 June 2018.
  7. ^ Zulhilmi Zainal (21 January 2018). "Ong Kim Swee wants to build on historic achievement with consistency". Goal.com. Yahoo! News Australia. Dicapai pada 29 June 2018.
  8. ^ a b "Star-studded awards ceremony". The Star. 14 October 2013. Dicapai pada 1 August 2018.

Pautan luar

  • Datuk Ong Kim Swee - Tag Archive - Sports247.My Diarkibkan 2018-08-04 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pengurus
Velappan 1963

Choo 1963 hingga 64 Westphal 1965 hingga 66 De Silva 1966 Velappan 1966 Nagalingam 1967 Cramer 1967 Dutton 1967 Hassall 1968 Velappan 1968 Ghani 1969 Hassall 1970 MacLaren 1970 Arasaratnam 1971 Jalil 1972 Sitwa 1973 Kuppan 1973 to 77 Jalil 1974 Chow 1978 Weigang 1979 hingga 82 M. Chandran 1982 hingga 83 Lord 1983 hingga 85 M. Bakar 1985 hingga 86 Vengloš 1986 to 87 Rahman 1987 Bate 1988 M. Chandran 1988 Hartley 1989 Shafie 1990 Rahim 1991 Worden 1992 hingga 93 Le Roy 1994 hingga 95 Souisi 1995 Wan Jamak 1996 hingga 97 Souisi 1998 Rahman 1998 hingga 00 Harris 2001 hingga 04 Rajagopalc 2004 Bicskei 2004 hingga 05 N. Bakar 2005 hingga 07 Sathianathan 2007 hingga 08 Rajagopal 2009 hingga 13 Ongc 2014 Dollah 2014 hingga 15 Ong 2015 hingga 17 Vingada 2017

Tan 2017
Persondata
Nama Ong, Kim Swe
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Footballer
Tarikh kelahiran
Tempat kelahiran Malacca, Malaysia
Tarikh kematian
Tempat kematian