Orbital

Orbital atom dan molekul

Dalam kimia , orbital ialah bahagian dalam ruang yang mana kebarangkalian menemui elektron dalam bahagian ruang itu (atom atau molekul) adalah tinggi. Secara amnya, kebarangkalian yang dipilih adalah 0.95 atau 95%.

Bentuk orbital bagi suatu atom dapat ditentukan dengan menyelesaikan persamaan Schrödinger, iaitu satu persamaan pembezaan yang peringkat kedua. Penyelesaian kepada persamaan Schrödinger dinamakan fungsi gelombang ψ {\displaystyle \psi } , yang jika didarabkan dengan konjugat kompleksnya ( ψ ψ {\displaystyle \psi \psi *} ), dapat menzahirkan kebarangkalian untuk menemui elektron dalam bahagian ruang tertentu.

Persamaan Schrödinger yang tidak bergantung kepada masa untuk atom hidrogen diberi oleh

( h 2 8 π 2 m 2 + E p ) ψ = E ψ {\displaystyle \left(-{\frac {h^{2}}{8\pi ^{2}m}}\nabla ^{2}+E_{\textrm {p}}\right)\psi =E\psi } .