Orkestra

Portal Muzik klasikal
Portal Opera
Orkestra Filharmonik Jalisco

Orkestra adalah sebuah ensembel muzik, kebiasaannya mempunyai banyak alat-alat muzik bertali, alatan muzik bras, bahagian khas alat muzik tiupan, bahagian woodwind dan bahagian alat muzik genderang. Istilah orkestra diambil dari bahagian hadapan pentas Yunani kuno yang dikhaskan untuk penyanyi-penyanyi koral / koir.

Orkestra berkembang secara pesat di sepanjang abad ke-18 dan 19, namun menunjukkan perubahan yang amat kecil dalam bahagian penggubahan pada abad ke-20.

Sebuah orkestra bersaiz penuh (kira-kira 100 orang pemain atau lebih) kadangkala juga dipanggil sebagai "orkestra simfoni" atau "orkestra filharmonik"; namun perbezaan dalam penggunaan nama itu tidak semestinya memaparkan apa-apa perbezaan dalam peranan orkestra. Perbezaan tersebut menjadi amat berguna terutamanya bagi membezakan ensembel-ensembel yang berbeza untuk sebuah bandaraya yang sama, contohnya London Symphony Orchestra dan London Philharmonic Orchestra.

Sebuah "orkestra simfoni" kebiasaannya mempunyai lebih dari 80 ahli muzik dalam sesuatu jadual persembahan dan dalam sesetengah persembahan menpunyai lebih dari 100 pemain muzik. Sebuah orkestra yang lebih kecil (kira-kira empat puluh orang pemain atau kurang) dikenali sebagai orkestra kamar. Kebiasaannya, syarikat untuk orkestra kamar ternama mempunyai ahli muzik melebihi 50 orang, namun tidak semestinya semua bermain untuk satu persembahan yang sama.

Pautan Wikipedia bahasa Inggeris

  • (Inggeris) Pengorkestraan
  • (Inggeris) Senarai Orkestra simfoni
  • (Inggeris) Senarai Orkestra simfoni di Eropah
  • (Inggeris) Senarai Orkestra simfoni di Amerika Syarikat
  • (Inggeris) Senarai konduktor muzik
  • (Inggeris) Senarai dewan konsert muzik
  • (Inggeris) Senarai orkestra pemain muda
  • (Inggeris) Kata pendek alatan muzik orkestra

Pautan luar

  • Panduan orkestra
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkenaan budaya ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s