Parti Komunis China

Parti Komunis China
中国共产党code: zh is deprecated
PemimpinXi Jinping
Ditubuhkan1 Julai 1921; 102 tahun yang lalu (1921-07-01) (1 Julai 1921; Kongres Parti Pertama)
Ogos, 1920 (de facto)
Keanggotaan73,360,000 (2007)
IdeologiKomunisme,
Maoisme,
Fahaman Deng Xiaoping dengan Sosialisme Cina,
Marxisme-Leninisme,
Konsep Pembangunan Saintifik
Penggabungan kebangsaanBarisan Bersatu
Bendera parti
Laman sesawang
cpc.people.com.cn
Communist Party of China
Cina Tradisional: 中國共產黨code: zh is deprecated
Cina Ringkas: 中国共产党code: zh is deprecated
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin: Zhōngguó Gòngchǎndǎng

Parti Komunis China (CPC, Communist Party of China atau CCP, Chinese Communist Party) adalah parti politik yang memerintah Republik Rakyat China, seperti yang dijamin oleh perlembagaan negara tersebut. Parti Komunis China ditubuhkan pada tahun 1921, dan melawan Kerajaan Kebangsaan China (Republik China) pimpinan Kuomintang (KMT) ketika Perang Saudara China, yang berakhir dengan kemenangan Parti Komunis China dalam Revolusi China. Dengan lebih 70 juta orang ahli,[1] CPC merupakan parti politik terbesar di dunia, dengan perangkaan hampir 5% daripada jumlah populasi China.

Struktur pertubuhan

Struktur pertubuhan Parti musnah dalam Revolusi Kebudayaan lalu segera dibina semula oleh Deng Xiaoping yang kemudiannya melancarkan "sosialisme kecinaan" serta mengembalikan segala sistem negeri kepada pengawalan Parti.

Secara teorinya, badan tertinggi parti ialah Kongres Kebangsaan Parti Komunis China yang bermesyuarat sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Penyusunan kuasa utama dalam Parti Komunis yang digariskan dalam perlembagaan parti termasuk:

  • Jawatankuasa Pusat, merangkumi:
  • Jawatankuasa Pusat Pemeriksaan Disiplin, di bawah Kongres Kebangsaan secara langsung, setaraf dengan Jawatankuasa Pusat, bertanggungjawab membasmi rasuah dan ketakpatuhan di kalangan kader-kader parti.

Pertubuhan pusat lain termasuk:

  • Pejabat Am[2]
  • Jabatan Pertubuhan Pusat
  • Jabatan Propaganda
  • Jabatan Perhubungan Antarabangsa; dan
  • Jabatan Barisan Bersatu

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ CPC holds grand rally to celebrate 85th founding anniversary, Agensi Berita Xinhua, 30 Jun 2006
  2. ^ Images of GO CPC in Session

Pautan luar

  • (Inggeris) Laman rasmi Parti Komunis Cina Diarkibkan 2007-06-13 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Portal akhbar rasmi
  • (Inggeris)Rencana dan buku-buku Parti Komunis China zaman Mao Diarkibkan 2008-03-04 di Wayback Machine
  • (Inggeris) A Struggle Within the Chinese Communist Party[pautan mati kekal] Rencana Monthly Review, Mei 2002.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Perancis (data)
  • Catalonia
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Australia
  • Poland
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain