Payung terjun

Payung terjun :parachute) merupakan satu alat yang digunakan bagi memperlahankan pergerakkan sesuatu objek melalui atmosfera dengan mewujudkan daya seretan. Payung terjun dibuat daripada kain, terutamanya daripada nilon. Ia sering kali digunakan untuk memperlahankan penurunan sesuatu objek yang jatuh ke bumi atau sesuatu benda angkasa di dalam litosfera. Payung terjun

juga kadang kala digunakan bagi membantu nyahpecutan mendatar sesebuah kenderaan (sebuah pesawat kepak kaku, atau pelumba seretan), atau memberi kestabilan (jatuh bebas beriringan, atau kapal bolak balik angkasa selepas menyentuh permukaan bumi).

Kebanyakan payung terjun moden dikelaskan sebagai sayap separuh kaku, yang mana boleh dikendalikan, dan angkasahan. Payung terjun terawal lebih menyerupai kain dan melekat. Reka bentuknya telah berubah bertahun-tahun dari potongan berbentuk kasar kepada payung terjun yang berbentuk aerodinamik.

Dahulunya, payung terjun pernah dibuat daripada sutera tetapi kini ia kebanyakan dibuat daripada tenunan fabrik nilon yang lebih tahan lama, kadang kala disaluti dengan silikon bagi mempertingkat keupayaan dan kekonsistenan terhadap masa.

Apabila payung terjun berbentuk segi empat (juga dikenali sebagai pelantak udara) diperkenalkan, para pengeluar telah bertukar kepada bahan-bahan regangan rendah seperti Dacron atau bahan-bahan tak beregang seperti Spectra, Kevlar, Vectran dan aramida modulus tinggi.

Lihat juga

  • Jatuh bebas (kegagalan payung terjun)
  • Anggota payung terjun

Rujukan

Galeri

  • Seorang ahli payung terjun menggunakan payung terjun "bulat" siri MC1-1C.
    Seorang ahli payung terjun menggunakan payung terjun "bulat" siri MC1-1C.
  • Seorang anggota Tentera Laut A.S menunjukkan penerjunan menggunakan payung terjun "pelantak udara" berbentuk segi empat.
    Seorang anggota Tentera Laut A.S menunjukkan penerjunan menggunakan payung terjun "pelantak udara" berbentuk segi empat.
  • Membuka payung terjun.
    Membuka payung terjun.
  • Terjunan dari kapal terbang
    Terjunan dari kapal terbang

Pautan luar

  • CSPA The Canadian Sport Parachuting Association -- The governing body for sport skydiving in Canada.
  • Excelsior III free-fall from a Stratospheric Balloon, Details of the highest parachute jump ever.
  • FAI The Federation Aeronautique Internationale -- The international governing body for all airborne sports.
  • First jump with parachute from moving plane - Scientific American June 7, 1913.
  • Parachute
  • Parachute History
  • Program Executive Office (PEO) Soldier
  • Skydiving education
  • The 2nd FAI World Championships in Canopy Piloting - 2008 at Pretoria Skydiving Club South Africa
  • USPA The United States Parachute Association -- The governing body for sport skydiving in the U.S.
  • The Parachute History Collection at Linda Hall Library (text-searchable PDFs)