Peluru berpandu

Misil Brimstone RAF ialah misil anti-kereta kebal tembak dan lupa.
Misil Exocet dalam penerbangan

Peluru berpandu atau peluru kendali (disingkat: rudal) ialah roket ketenteraan yang boleh diarah dalam penerbangan untuk bertukar arah penerbangan. Dalam kegunaan biasa takrifan "peluru berpandu" merujuk kepada roket dengan sistem pemanduan, dan "roket" untuk roket tanpa sistem pemanduan. Perbezaan utama antara keduanya ialah sistem pemanduan atau sistem sasaran.

Peluru berpandu pertama digunakan dalam operasi ialah siri peluru berpandu Jerman dalam Perang Dunia II. Yang paling terkemuka ialah V-1 dan V-2, kedua-duanya menggunakan sistem mekanik autopilot untuk memastikan peluru berpandu terbang dalam arah yang ditetapkan. Yang kurang diketahui ialah siri peluru berpandu anti-kapal dan anti-pesawat, biasanya berdasarkan kawalan radio mudah yang dikawal oleh operator.

Sistem peluru berpandu Jerman pada tempoh Perang Dunia II biasanya bergantung kepada enjin roket bahan api cecair, yang berasaskan sistem hidrogen peroksida Hellmuth Walter. Enjin ini tidak praktikal untuk kegunaan umum disebabkan pengendalian bahan api mengkakis, dan hampir kesemua penyelidikan selepas perang tertumpu kepada reka bentuk bahan api pepejal yang lebih mudah. Selain itu, peningkatan kualiti dan keupayaan pelbagai sistem eletronik selepas perang membenarkan beberapa sistem pemanduan automatik diperkenalkan. Pada 1950-an, hampir kesemua "kuasa besar" mempunyai program penyelidikan misil, biasanya dipecahkan kepada beberapa pengkelasan asas.

  • l
  • b
  • s
Jenis-jenis peluru berpandu
Mengikut platfom
Mengikut panduan
Peluru berpandu anti radar · Peluru berpandu panduan wayar · Panduan tuju inframerah · Beam riding · Panduan laser · Panduan aktif radar · Panduan tuju radar semi-aktif
Senarai
Senarai peluru berpandu · Senarai peluru berpandu mengikut negara
  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan