Pembahagian India

Pembahagian India
  • l
  • b
  • s

Pembahagian India (Hindi: भारत का विभाजनcode: hi is deprecated Bhārat ka vibhajancode: inc is deprecated ), (Urdu: تقسیمِ بھارتTaqsim-e-Bharat), (Bahasa Panjabi: ਭਾਰਤ ਦਾ ਬਟਵਾਰਾcode: pa is deprecated Bhārat dā ban̐ṭvārā) adalah satu pembahagian wilayah British India dengan asalan demografi agama yang mencetus kepada kemerdekaan negeri-negeri di dalam kekuasaan Pakistan (kemudian Republik Islam Pakistan dan Republik Rakyat Bangladesh) dan Kesatuan India sekular (kemudian Republik India) pada 15 Ogos 1947.

Pembahagian ini terjadi ekoran penyebaran Akta Kemerdekaan India 1947 yang menyaksikan pembubaran Empayar British India. Pembahagian ini menyaksikan penghijrahan sehingga 12.5 juta orang dari bekas Empayar British India, dengan anggran kehilangan jiwa di antara beberapa ratus ribu hingga sejuta.[1] Keganasan yang wujud semasa pembahagian ini mewujudkan sikap permusuhan dan syak wasangka di antara India dan Pakistan yang mana menjadi penyebab kepada hubungan mereka sehingga ke hari ini.

Pembahagian India termasuk geografi divisyen wilayah Bengal di dalam British India kepada Pakistan Timur dan Bengal Barat (India), dan pembahagian serupa di wilayah Punjab kepada Punjab Barat (kemudian Punjab Pakistan dan Wilayah Ibunegara Islamabad) dan Punjab Timur (kemudian Punjab India, Haryana dan Himachal Pradesh). Perjanjian pembahagian juga termasuk aset divisyen negeri, termasuk Tentera Darat British India, Perkhidmatan Awam India dan perkhidmatan pentadbiran lain-lain, keretapi India, dan perbendaharaan pusat.

Selepas kejadian pembahagian, negeri-negeri beraja di India, yang mana tidak termasuk di dalam Akta Kemerdekaan India 1947 memilih sama ada menyertai India, Pakistan atau kekal bebas,[2] atau bergabung di dalam sebuah kekuasaan baru. Pemilihan di dalam persoalan ini mempunyai hubungkait dengan Jammu dan Kashmir yang menyebabkan Perang India-Pakistan 1947 dan perang dan konflik di antara India dan Pakistan yang lain-lain.[3]

Rujukan

  1. ^ Metcalf & Metcalf 2006, halaman 221–222
  2. ^ Revised Statute from The UK Statute Law Database: Indian Independence Act 1947 (c.30) at opsi.gov.uk
  3. ^ Alastair Lamb, Kashmir: A Disputed Legacy, 1846-1990, Roxford Books 1991, ISBN 0-907129-06-4

Pautan luar

Bibliografi
  • Select Research Bibliography on the Partition of India, Compiled by Vinay Lal, Department of History, UCLA; University of California at Los Angeles list
  • A select list of Indian Publications on the Partition of India (Punjab & Bengal); University of Virginia list
  • South Asian History: Colonial India — University of California, Berkeley Collection of documents on colonial India, Independence, and Partition
  • Indian Nationalism — Fordham University archive of relevant public-domain documents
Pautan lain
  • Clip from 1947 newsreel showing Indian independence ceremony
  • Through My Eyes Website Diarkibkan 2013-11-10 di Wayback Machine Imperial War Museum - Online Exhibition (including images, video and interviews with refugees from the Partition of India)
  • A People Partitioned Five radio programmes broadcast on the BBC World Service in 1997 containing the voices of people across South Asia who lived through Partition.

Templat:Indo-Pakistani relations Templat:India topics