Penderia

Penderia merupakan sejenis pemindah. Penderia petunjuk lansung seperti termometer merkuri, boleh dibaca oleh manusia. Penderia lain seperti termogandingan hanya menghasilkan output voltan atau elektrik lain yang perlu ditafsirkan oleh alat lain (seperti komputer). Kebanyakan penderia adalah elektrik atau elektronik, namun ada juga penderia jenis lain. Bagi mencapai kejituan mutlak, pententukuran harus digunakan.

Penderia digunakan dalam alat-alat kegunaan harian seperti butang penaik peka sentuh atau lampu yang digelap atau diterang dengan menyentuh tapaknya. Aplikasi penderia termasuk dalam pembinaan automobil, mesin, aeroangkasa, perubatan, industri dan robotik.

Kesensitifan penderia menunjuk beberapa banyak output penderia itu berubah apabila kuantiti yang diukur berubah. Sebagai contoh, kalau merkuri dalam dalam termometer bergerak 1 cm apabila suhu berubah 1 °, kesensitifannya ialah 1 cm/1°. Penderia yang mengukur perubahan yang sangat kecil mesti mempunyai kesensitifan yang tinggi.

Kemajuan dalam teknologi membolehkan lebih banyak penderia dihasilkan pada skala mikroskop seperti teknologi MEMS. Kebanyakan penderia mikroskop mencapai kepantasan dan kesensitifan yang lebih tinggi berbanding dengan penderia makroskop.

Jenis

Penderia boleh dikelaskan berdasarkan jenis pertukaran tenaga yang dikesan olehnya.

Terma

  • Penderia suhu: termometer, termogandingan, termistor, pengesan suhu rintangan, termostat
  • Penderia haba: bolometer, kalorimeter

Elektromagnet

  • Penderia rintangan: ohmmeter, multimeter
  • Penderia arus: galvanometer, ammeter
  • Penderia voltan: elektroskop daun, voltmeter
  • Penderia kuasa: meter watt-jam
  • Penderia magnet: kompas magnet, kompas pintu fluks, magnetometer, alat kesan Hall
  • Pengesan logam
  • Radar

Mekanik

  • Penderia tekanan: altimeter, barometer, barograf, tolok tekanan, variometer
  • Penderia aliran gas dan cecair: penderia aliran, anemometer, meter aliran, meter gas, meter air, penderia aliran jisim
  • Penderia kelikatan dan ketumpatan gas dan cecair: viskometer, hidrometer, Tiub U berayun
  • Penderia mekanik: penderia pecutan, penderia kedudukan, selsyn, suis, tolok keterikan
  • Penderia kelembapan: higrometer

Kimia

  • Penderia perkadaran kimia: penderia oksigen, elektrod pemilih ion, elektrod kaca pH, elektrod redoks, pengesan karbon monoksida

Sinaran optik

Sinaran pengion

  • Penderia sinaran: pengira Geiger, dosimeter
  • zarah subatom: pengesan zarah, pengelip, kebuk awan

Akustik

  • Sinaran optik
  • Sinaran pengion
  • Akustik

Tatasusunan kawasan

Tatasusunan memanjang (jarang, terbataskan bagi keluaran tinggi) Satu kawasan penderia tatasusunan membaca satah seluruh imej serentak, manakala satu penderia tatasusunan memanjang bertindak sebagaimana sebuah pengimbas flatbed. Oleh kerana teknologi ini mendahului tatasusunan kawasan, ia didapati lebih awal, dalam kamera profesional berharga tinggi. Dengan kehadiran tatasusunan kawasan, kamera digital pengguna terdapat dalam harga lebih rendah. (Contoh melampau adalah Ritz Dakota Digital.)


Pautan luar

  • Sensors Technologies 2006
  • Federal Standard 1037C, August 7, 1996: transducer
  • American National Standard for Telecommunications - Telecom Glossary 2000: sensor
  • C. A. Grimes, E. C. Dickey, and M. V. Pishko (2006), Encyclopedia of Sensors (10-Volume Set), American Scientific Publishers. ISBN 1-58883-056-X
  • SensEdu; how sensors work
  • "Overview of Sensors and Needs for Environmental Monitoring" Clifford K. Ho, Alex Robinson, David R. Miller and Mary J. Davis Sensors 2005, 5, 4-37 [1] (open access) article
  • The art of detection: UGS systems make a quantum leap in reliability and utility International Defence Review, 3 August 2006
  • Military Sensing Information Analysis Center at Georgia Tech Diarkibkan 2006-09-01 di Wayback Machine
  • A simple tutorial: Build your own Infra-Red Based proximity sensor Diarkibkan 2007-07-01 di Wayback Machine