Pengangkutan awam di Kuala Lumpur

Pandangan atas Kuala Lumpur Monorail.

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang merangkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, rel dan teksi. kerajaan Malaysia telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah Klang, termasuk membina aliran LRT baru.

Kini, cuma 16 peratus populasi menggunakan pengangkutan awam. Antara punca kadar penggunaan yang rendah ialah para komuter mendapati mutu perkhidmatan rendah. [1]

Jenis pengangkutan

  • Bas
  • Pengangkutan rel, termasuk
    • transit aliran ringan (LRT) yang dikendali Rapid KL
      • Aliran Kelana Jaya
      • Aliran Ampang
      • Aliran Sri Petaling
    • MRT Lembah Klang (MRT)
      • Laluan Sungai Buloh-Kajang
      • Aliran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya
    • KTM Komuter
      • Aliran Sentul-Port Klang
      • Aliran Rawang-Seremban
    • KL Monorail
    • Express Rail Link
      • KLIA Express
      • KLIA Transit
  • Teksi
  • Perkhidmatan antarabandar lain

Pengangkutan setempat

Sebuah teksi di Kuala Lumpur.

Teksi

Teksi bermeter boleh didapati di merata bandar. Namun, kesesakan lalulintas, terutamanya pada waktu rush hour kerap berlaku di KL dan pada waktu sebegitu mungkin sukar untuk mendapat teksi. Terdapat banyak insiden melibatkan pemandu teksi yang mengenakan tambang yang keterlaluan, terutamanya terhadap pelancong, maka, para pelancong dinasihatkan agar menaiki teksi yang mengenakan tambang berdasarkan meter, atau bertegas untuk menggunakan meter.

Bas

Rel

Peta Rangkaian Transit Aliran Ringan Kuala Lumpur

Aliran Kelana Jaya
Antara Terminal Putra dan Kelana Jaya
23 stesen sepanjang laluan 29 km, dikendali Rapid KL

Aliran Sri Petaling
Antara Sentul Timur dan Sri Petaling
18 stesen sepanjang laluan 15 km, dikendali Rapid KL

Aliran Ampang
Antara Sentul Timur dan Ampang
18 stesen sepanjang 15 km, dikendali Rapid KL

Aliran Sentul-Pelabuhan Klang
Antara Sentul and Pelabuhan Klang
22 stesen sepanjang laluan 153 km, dikendali KTMB

Aliran Rawang-Seremban
Antara Rawang and Seremban
23 stesen sepanjang laluan 153 km, dikendali KTMB

KL Monorail
Antara KL Sentral dan Titiwangsa
11 stesen sepanjang laluan 8.6 km, dikendali KL Infrastructure

KLIA Ekspres
Dari KL Sentral ke KLIA
Tanpa henti sepanjang 75 km, dikendali ERL

KLIA Transit
Antara KL Sentral dan KLIA
5 stesen sepanjang laluan 75 km, dikendali ERL

Stesen transit

Perjalanan antara bandar

Bagi perjalanan antarabandar, hab transit utama di Kuala Lumpur ialah:

  • PuduSentral — terminal bas antarabandar utama yang terletak di pusat bandar raya. Terminal bas baru, Plaza Rakyat dirancangkan untuk menggantikan Puduraya yang berdekatan dan pembinaannya sedang dijalankan. Terdapat stesen LRT berdekatan yang dihubungkan dengan Plaza Rakyat.
  • KL Sentral — stesen kereta api utama Kuala Lumpur.
  • Terminal Bas Duta — untuk bas Transnasional dan Airport Coach (perkhidmatan bas ke KLIA)

Peraturan

Sistem pengangkutan awam dikawal dan ditadbir oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial (CVLB) yang merupakan cawangan Kementerian Pembangunan Perusahaan dan Usahasama, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan majlis perbandaran lain.

Seluruh sektor pengangkutan bukan ditadbir oleh satu buah badan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Prasarana to buy trains worth RM1.2bil". The Star. October 13, 2006. Dicapai pada October 22, 2006. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)