Pengat pisang

  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.


Pengat pisang manis.
Pengat pisang manis.

Pengat pisang merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan pisang sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat pisang merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Pengat pisang merupakan pisang yang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak dan manis. Biasanya daun pandan diletakkan bagi mewangikan hidangan. Kadang kala telur dicampurkan bagi memekatkan dan menambah perisa. Durian juga boleh ditambah sebagai perisa tambahan.

Asal

Malaysia

Nama

Nama pengat pisang datangnya dari bahan utama bagi menghasilkan pengat itu, iaitu pisang. Kuih ini juga dikenali sebagai sira pisang.

Penyebaran

Pengat pisang biasanya agak tahan lama kerana kuahnya yang manis bertindak sebagai bahan pengawet, tetapi kerana kuahnya yang manis itu juga ia menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas. Pengat ubi kayu tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia agak jarang untuk dihasilkan bagi jualan harian, tetapi biasanya dihasilkan hanya untuk makan sendiri.

Dalam budaya popular

Pengat pisang biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Ia boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan seperti sedikit telor dan kuahnya yang manis menambah rasa sedap. Pengat pisang biasanya agak sukar untuk dihidangkan kerana ia mempunyai kuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga seperti semut dan lipas. Oleh itu pengat pisang biasanya jarang dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Lihat juga

  • Pengat durian
  • Pengat labu
  • Pengat nangka
  • Pengat ubi kayu

Rujukan

Pautan luar

  • Resepi dari Mesra.net. Diarkibkan 2007-12-27 di Wayback Machine
  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.