Pengelasan iklim Köppen

Peta iklim Köppen–Geiger terkini[1]
  Af
  Am
  Aw
  BWh
  BWk
  BSh
  BSk
  Csa
  Csb
  Cwa
  Cwb
  Cfa
  Cfb
  Cfc
  Dsa
  Dsb
  Dsc
  Dsd
  Dwa
  Dwb
  Dwc
  Dwd
  Dfa
  Dfb
  Dfc
  Dfd
  ET
  EF

Pengelasan iklim Köppen ialah salah sejenis sistem pengelasan iklim yang terlaris digunakan di dunia, pertama kalinya diterbitkan oleh seorang ahli kaji iklim berbangsa Jerman yang bernama Wladimir Köppen pada tahun 1884, diikuti beberapa pengubahsuaian oleh Köppen sendiri, khususnya pada tahun 1918 dan 1936. Kemudian, seorang lagi ahli kaji iklim Jerman bernama Rudolf Geiger bekerjasama dengan Köppen untuk membuat perubahan lagi pada sistem pengelasannya, oleh itu adakalanya dipanggil sistem pengelasan Köppen–Geiger .

Sistem ini berasaskan konsep bahawa tumbuh-tumbuhan asli setempat merupakan cara terbaik untuk menentukan iklimnya. Oleh itu, sempadan kawasan iklim digariskan berdasarkan taburan tumbuh-tumbuhan, menggabungkan purata suhu dan kerpasan tahunan dan bulanan, serta kebermusiman kerpasan.[2]

Skim

Skim pengelasan iklim Köppen membahagikan iklim-iklim kepada lima kelompok utama dan beberapa jenis dan subjenis. Setiap jenis iklim dilambangkan oleh simbol 2–4 huruf.

KELOMPOK A: Iklim tropika/megaterma

Iklim tropika disifatkan dengan suhu tinggi yang malar (di paras laut dan tanah pamah), iaitu mengalami suhu purata 18 °C (64 °F) ke atas sepanjang 12 bulan dalam setahun; dibahagi kepada berikut:

  • Iklim hutan hujan tropika (Af):[3] Mengalami kerpasan 60 mm (2.4 in) ke atas sepanjang kesemua 12 bulan. Iklim ini terjadi dalam jurang garis lintang 5–10° dari khatulistiwa. Di sesetengah kawasan pantai timur, boleh juga terjadi 25° dari khatulistiwa. Iklim ini dikuasai oleh Sistem Tekanan Rendah Doldrums sepanjang tahun, oleh itu tidak mengalami perubahan musim.
    • Contoh:
    • Sesetengah tempat yang mengalami iklim ini sememangnya mengalami kelembapan sepanjang tahun (cth., pantai Pasifik barat laut Amerika Selatan dan Amerika Tengah, dari Ecuador hingga ke Costa Rica), tetapi selalunya tempoh matahari lebih tinggi dan waktu siang lebih lama paling lembap sekali (seperti di Palembang, Indonesia) ataupun ketika matahari lebih rendah atau waktu siang lebih singkat juga lebih menerima hujan (seperti di Sitiawan, Malaysia).
    • Sebilangan kecil tempat yang mengalami iklim ini ditemui di pinggir luar rantau tropika, khususnya di Hemisfera Selatan, misalnya: Santos, Brazil.
      Perhatian. Istilah tidak bermusim bermaksud tiadanya perbezaan ketara antara tempoh waktu siang dan suhu min bulanan (atau harian) di kawasan tropika sepanjang tahun. Terdapat perubahan berkitar tahunan di kawasan tahunan, tidak mudah ditelah seperti kawasan iklim sederhana, meskipun tiada kena-mengena dengan suhu tetapi berkait rapat dengan terdapatnya air sama ada dalam bentuk air hujan, kabus, tanah, lumpur. Tindak balas tumbuhan (cth. fenologi), kegiatan haiwan (pemakanan, penghijrahan, pembiakan, dsb.), dan kegiatan manusia (penanaman, penuaian, pemburuan, perikanan, dsb.) dibiasakan dengan kebermusiman ini. Sememangnya, di kawasan Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang beriklim tropika, musim tengkujuh atau lembap dipanggil Invierno atau Inverno, itupun juga terjadi di Hemisfera Utara pada musim panas; begitu juga, musim kemarau atau kering pula dipanggil Verano atau Verão, juga terjadi di Hemisfera Utara pada musim sejuk.
  • Iklim monsun tropika (Am):[4] Jenis iklim ini yang paling kerap ditemui di Asia selatan dan Afrika barat, timbul daripada angin monsun yang bertukar arah mengikut musim. Iklim ini mengalami bulan paling kering (yang selalunya terjadi sekitar solstis musim sejuk) dengan curahan hujan kurang daripada 60 mm, tetapi melebihi (100 − [jumlah kerpasan tahunan {mm}/25]).
  • Iklim lembap kering atau savana tropika (Aw):[6] Iklim-iklim ini mengalami musim kering yang ketara, iaitu bulan paling kering yang mengalami kerpasan tidak lebih 60 mm dan juga kurang daripada (100 − [jumlah kerpasan tahunan {mm}/25]).
    • Contoh:
    • Kebanyakan kawasan yang mengalami iklim ini terdapat di pinggir luar zon tropika, tetapi juga sedikitnya yang berada dalam zon tropika (cth., San Marcos, Antioquia, Colombia). Sebenarny, pantai Caribbean dari teluk Urabá di sempatan ColombiaPanamá ke timur di delta sungai Orinoco, di Lautan Atlantik (ca. 4,000 km), mengalami tempoh kering yang berpanjangan (paling melampau ialah iklim BSh (lihat di bawah) yang disifatkan oleh kerpasan yang amat rendah, misalnya, di kawasan Guajira, dan Coro, Venezuela barat, iaitu semenanjung paling utara di Amerika Selatan, yang menerima tidak lebih 300 mm jumlah kerpasan tahunan dalam masa dua tiga bulan). Keadaan ini turut dirasai di Antilles Kecil dan Antilles Besar yang membentuk kawasan kering lilit Caribbean. Kepanjangan dan keterlaluan musim kering ini berkurangan di kawasan pedalaman (arah selatan); di garis lintang sungai Amazon — yang mengalir ke arah timur, dekat selatan garis khatulistiwa — iklimnya ialah Af. Di sebelah timur banjaran Andes, antara rantau Caribbean yang kering gersang dan kawasan Amazon yang malar lembap terletarknya Llanos atau Savanna di sungai Orinoco, iaitu penyumbang kepada nama iklim ini.
    • Adakalanya As menggantikan Aw jika musim kering berlaku ketika tempoh matahari lebih tinggi dan waktu siang lebih lama; contohnya, di Hawaii, Afrika Timur (Mombasa, Kenya) dan Sri Lanka (Trincomalee). Di kebanyakan tempat yang beriklim lembap kering tropika, selalunya, musim kering berlaku ketika matahari lebih rendah dan waktu siang lebih singkat kerana kesan lindung hujan yang dialami pada tempoh matahari tinggi.
    • Contoh:

KELOMPOK B: Iklim kering (gersang dan separa gersang)

Iklim-iklim ini disifatkan dengan fakta bahawa kerpasan adalah kurang daripada potensi penyejatpeluhan.[8] Ambangnya ditentukan seperti berikut:

  • Untuk mendapatkan ambang kerpasan (dalam ukuran milimeter), darabkan suhu purata tahunan dalam °C dengan 20, kemudian tambah 280 jika 70% jumlah kerpasan ke atas dialami di separuh matahari tinggi dalam setahun (April hingga September di Hemisfera Utara, atau Oktober hingga Mac di Hemisfera Selatan), atau tambah 140 jika 30%–70% jumlah kerpasan diterima sepanjang tempoh matahari tinggi tersebut, atau tambah 0 jika kurang 30% jumlah kerpasan diterima.
  • Jika kerpasan tahunan kurang daripada separuh ambang Kelompok B, maka dikelaskannya BW (iklim gurun); jika di antara 50%–99% ambangnya, maka kelasnya BS (iklim steppe); jika mencecah ambangnya, maka kawasan tersebut tiada iklim Kelompok B.
  • Huruf ketiga boleh digunakan untuk menandakan suhunya. Asalnya, h menandakan iklim garis lintang rendah (suhu purata tahunan > 18 °C) manakala k melambangkan iklim garis lintang sederhana (suhu purata tahunan < 18 °C atau 64 °F*), tetapi amalan masa kini (khususnya di Amerika Syarikat) adalah menggunakan h untuk menandakan bahawa bulan paling sejuk mengalami suhu purata melebihi 0 °C (32 °F), manakala k menandakan sekurang-kurangnya satu bulan yang mengalami suhu purata di bawah 0 °C.
  • Adakalanya, terbubuhnya huruf keempat untuk menandakan sama ada musim sejuk lebih "lembap" berbanding musim panas atau sebaliknya. Untuk mendapatkan huruf tersebut, bulan terlembap mesti menerima sekurang-kurangnya 60 mm (2.4 in) purata kerpasan jika kesemua 12 bulan melebihi suhu 18 °C (64 °F), atau 30 mm (1.2 in) jika sebaliknya; tambahan pula sekurang-kurangnya 70% jumlah kerpasan itu mestilah sama separuh tahunnya dengan bulan terlembap — tetapi huruf yang digunakan menandakan bila berlakunya musim "kering", bukan musim "lembap". Oleh itu, Khartoum, Sudan dikira beriklim BWhw, Niamey, Niger adalah BShw, El Arish, Mesir adalah BWhs, Asbi'ah, Libya adalah BShs, Wilayah Ömnögovi, Mongolia adalah BWkw, dan Xining, China adalah BSkw (BWks dan BSks tidak wujud jika takat 0 °C pada bulan tersejuk diterima sebagai sempadan h/k). Jika kedua-dua keperluan w dan s tidak dipenuhi, maka tiada perlunya huruf keempat.

KELOMPOK C: Iklim sederhana/mesoterma

Iklim-iklim ini mengalami suhu purata melebihi 10 °C (50 °F) pada musim panas, dan suhu purata musim sejuk antara −3 °C (27 °F) antara 18 °C (64 °F).

Sesetengah ahli kaji iklim, khususnya di Amerika Syarikat, lebih gemar menerima 0 °C (32 °F) dan bukan −3 °C (27 °F) pada bulan tersejuk sebagai sempadan antara kelompok C dan D, untuk mengelakkan kawasan tanjung tinggi tertentu di sekitar New England (terutamanya Cape Cod) dan pulau-pulau berdekatan seperti Nantucket dan Martha's Vineyard, daripada tergolong dalam kategori Sederhana Maritim yang dibincangkan di bawah; kategori ini juga dikenali sebagai iklim "Pantai Barat Marin", oleh itu pengguguran lokasi-lokasi tersebut mengehadkannya kepada kawasan sepanjang pinggir barat benua sahaja, sekurang-kurangnya begitulah di Hemisfera Utara. Ini juga mengalihkan beberapa kawasan tengah garis lintang – seperti Lembah Ohio dan sesetengah kawasan di Negeri Atlantik Tengah, di samping beberapa kawasan Asia timur-tengah – dari subtropika lembap hingga kebenuaan lembap.

  • Huruf kedua menandakan corak kerpasan — w menandakan musim sejuk yang kering (bulan musim sejuk terkering mengalami purata kerpasan kurang 1/10 purata kerpasan bulan musim panas terlembap; juga diterima bulan musim sejuk terkering mengalami purata kerpasan kurang 30 mm), s menandakan musim panas yang kering (bulan musim panas kering kurang 30 mm purata kerpasannya, dan kurang 1/3 kerpasan bulan musim sejuk terlembap) dan f pula bererti kerpasan setara sepanjang tahun (tiada di antara syarat-syarat tersebut yang dicapai).
  • Huruf ketiga menandakan takat bahang musim panas — a menandakan suhu purata bulanan terpanas melebihi 22 °C (72 °F) dengan sekurang-kurangnya 4 bulan bersuhu purata melebihi 10 °C (50 °F), b menandakan suhu purata bulan terpanas kurang daripada 22 °C, tetapi sekurang-kurangnya 4 bulan bersuhu purata melebihi 10 °C, manakala c bererti 3 bulan ke bawah mengalami suhu min melebihi 10 °C. Peruntukan huruf a dan b adakalanya disongsangkan, terutamanya oleh ahli kaji iklim di Amerika Syarikat.
  • Iklim Kelompok C dibahagi kepada berikut:
      • Contoh:
      • Iklim Cfb juga dialami di kawasan tinggi yang terletak di kawasan subtropika dan tropika tertentu, di mana iklimnya merupakan kawasan hutan hujan subtropika/tropika di kawasan tanah pamah. Iklim ini dipanggil "Tanah Tinggi", misalnya: Curitiba, Brazil (Cfbtaburan kerpasan seragam), beberapa kawasan di Tamil Nadu, India, dan Crkvice, Montenegro (Cfsb —iklim gunung Mediterranean perhumid tanpa kekeringan musim panas, Crkvice di Orjen juga memegang rekod kerpasan Eropah – berpurata 4927 mm/m² 1931–1960).
      • Iklim sederhana bermusim sejuk kering (Cwb) ialah sejenis sifat iklim tanah tinggi yang terletak dalam kawasan tropika Mexico, Peru, Bolivia, Madagascar, Zambia, Zimbabwe dan Afrika Selatan, juga ditemui di Wilayah Córdoba, Argentina, di luar kawasan tropika. Musim sejuknya adalah ketara dan musim panasnya berhujan lebat. Di kawasan tropika, musim hujan dicetuskan oleh jisim udara tropika, manakala musim sejuk keringnya timbul daripada tekanan subtropika tinggi. Suhu sederhananya merupakan kesan altitud yang menjadi sejuk sepanjan tahun.
    • Iklim Subartik Maritim atau iklim Lautan Subkutub (Cfc):[15] Iklim-iklim ini dialami di arah kutub dari iklim Sederhana Maritim, dan terbatas kepada kawasan jalur pantai yang sempit di pinggir arah kutub di pantai barat benua, atau pulau-pulau berhampiran pantai tersebut, khususnya di Hemisfera Utara.

KELOMPOK D: Iklim kebenuaan/mikroterma

Iklim-iklim ini mengalami suhu purata melebihi 10 °C (50 °F) pada bulan-bulan terpanas, dan suhu purata di bawah −3 °C (atau 0 °C bagi sesetengah pihak) pada bulan-bulan tersejuk; biasanya dialami di pedalaman atau pantai timur benua, di garis lintang 40°U. Di Hemisfera Selatan, iklim Kelompok D jarang ditemui, iaitu hanya ditemui di sesetengah kawasan tanah tinggi, kerana daratannya lebih kecil di garis lintang pertengahan, apatah lagi tiadanya daratan di selatan garis lintang 40°S.

  • Huruf kedua dan ketiga digunakan seperti untuk Kelompok C, ditambah pula huruf ketiga d yang menandakan tidak lebih tiga bulan yang mengalami suhu min melebihi 10 °C dan suhu bulan tersejuk di bawah −38 °C (−36 °F).
  • Iklim kelompok D dibahagi seperti berikut:
    • Iklim kebenuaan bermusim panas terik (Dfa, Dwa, Dsa):[17] Iklim Dfa biasanya dialami di jurang garis lintang berdarjah antara akhir 30-an dan awal 40-an, dengan suhu purata bulan terpanas >22 °C. Di Asia timur, iklim Dwa meluas ke selatan kerana dipengaruhi sistem tekanan tinggi Siberia yang juga menimbulkan musim sejuk yang kering di sini, manakala musim panasnya amat lembap disebabkan kitaran monsun.
    • Iklim kebenuaan bermusim panas hangat atau hemiboreal (Dfb, Dwb, Dsb):[15] Iklim Dfb dan Dwb terletak terus di utara iklim Kebenuaan Musim Panas Hangat, iaitu di sekitar garis lintang berdarjah akhir 40-an dan awal 50-an di Amerika Utara dan Asia, dan juga di Eropah Tengah dan Timur dan Rusia, antara iklim Sederhana Maritim dan Subartik Kebenuaan yang mencecah garis lintang berdarjah akhir 50-an dan awal 60-an.
      • Contoh:
      • Dsb timbul daripada keadaan yang sama seperti Dsa, tetapi di altitud atau garis lintang yang lebih tinggi, terutamanya di Amerika Utara kerana di sinilah iklim Mediterranean meluas lagi ke arah kutub berbanding Eurasia; misalnya
    • Iklim subartik kebenuaan atau boreal (taiga) (Dfc, Dwc, Dsc):[18] Iklim Dfc dan Dwc dialami di arah kutub dari iklim Kelompok D yang lain, terutamanya dalam jurang garis lintang berdarjah 50-an dan awal 60-an Utara, tetapi mungkin juga mencecah garis lintang 70°U.
      • Contoh:
        • Sept-Îles, Quebec, Kanada (Dfc — taburan kerpasan seragam)
        • Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat (Dfc — musim panas lebih lembap daripada musim sejuk)
        • Mount Robson, British Columbia, Kanada (Dfc — musim panas lebih kering daripada musim sejuk)
        • Irkutsk, Rusia (Dwc)
        • Kirkenes, Finnmark, Norway (Dfc – musim panas lebih lembap daripada musim sejuk)
      • Dsc, seperti Dsa dan Dsb, hanya terhad kepada kawasan tanah tinggi berhampiran kawasan beriklim Mediterranean, iaitu yang paling jarang di kalangan ketiga-tiganya kerana altitud lebih tinggi lagi diperlukan untuk mendapatkan iklim sebegini. Contohnya: Zubački kabao, Montenegro (Dfsc iklim salji Mediterranean perhumid) dan Galena Summit, Idaho.
    • Iklim Subartik Kebenuaan yang mengalami musim sejuk melampau (Dfd, Dwd):[15] Iklim-iklim ini hanya terjadi di bahagian timur Siberia. Sesetengah nama tempat yang mengalami iklim ini, khususnya Verkhoyansk dan Oymyakon, dijadikan sinonim kepada kesejukan yang keterlaluan pada musim salji.

KELOMPOK E: Iklim kutub

Iklim-iklim ini disifatkan dengan suhu purata di bawah 10 °C (50 °F) sepanjang 12 bulan dalam setahun:

  • Iklim Tundra (ET):[19] Bulan terpanas mencatat suhu purata antara 0 °C (32 °F) dan 10 °C (50 °F). Iklim ini dialami di sisi utara daratan Amerika Utara dan Eurasia, serta pulau-pulau berdekatan.
  • iklim litupan ais (EF):[20] Kesemua 12 bulan mengalami suhu purata di bawah 0 °C (32 °F). Iklim ini mendominasi benua Antartika (cth., Scott Base) dan kawasan pedalaman Greenland (cth., Eismitte atau Ais Utara).
  • Adakalanya, disertakan juga huruf kecil ketiga pada iklim ET jika musim panas jelas lebih kering daripada musim sejuk atau sebaliknya; oleh itu, Pulau Herschel ('Qikiqtaruk', dalam bahasa Inuvialuit) berhampiran pesisiraan Wilayah Yukon, Kanada, ditetapkan ETw, manakala Pic du Midi de Bigorre di kawasan Pyrene Perancis pula menerima lambang ETs. Jika kerpasannya lebih kurang sama rata, ETf boleh digunakan, misalnya untuk Hebron, Labrador. Apabila mengamalkan penggunaan huruf tambahan ini, digunakannya piawaian yang sama dengan Kelompok C dan D, ditambah syarat bahawa bulan terlembap mestilah mengalami kerpasan purata 30 mm atau lebih (iklim Kelompok E boleh sekering ataupun lebih kering berbanding iklim Kelompok B berdasarkan kerpasan purata yang diterima, namun kadar penyejatannya jauh lebih rendah). Huruf kerpasan bermusim jarang sekali disambungkan dengan iklim EF, terutamanya disebabkan betapa susahnya membezakan antara salji curahan dan salji tiupan, kerana saljilah satu-satunya punca kelembapan dalam iklim-iklim ini.

KELOMPOK H: Iklim Alp

Skim pengelasan iklim Trewartha

Skim pengelasan iklim Trewartha merupakan sebentuk pengubahsuaian sistem Köppen yang bertujuan menetapkan semula kelompok-kelompok iklim agar lebih menghampiri penentuan kawasan tumbuh-tumbuhan, khususnya di Amerika Syarikat. Mengikut sistem Köppen yang biasa, kawasan barat Washington dan Oregon tergolong sama dengan California selatan, biarpun kedua-dua rantau tersebut mengalami cuaca dan tumbuh-tumbuhan yang ketara bezanya; di samping menggolongkan kawasan selatan New England seiklim dengan Gulf Coast. Pengubahsuaian Trewartha ini bertujuan menggolongkan semula kawasan pinggir laut Barat Laut Pasifik sebagai berbeza iklimnya dari California, dan New England juga berbeza daripada Gulf Coast.[21]

  • Kelompok A
Inilah kelompok iklim tropika yang sama ketetapannya dengan skim Köppen (iaitu kesemua 12 bulan bersuhu purata 18 °C ke atas). Iklim yang mengalami tidak lebih dua bulan kering (iaitu kerpasan purata kurang daripada 60 mm, sama seperti Köppen) dikelaskan Ar (sebagai ganti Af Köppen), manakala iklim lain dikelaskan Aw jika musim kering berlaku ketika tempoh matahari rendah/waktu siang lebih singkat atau As jika musim kering berlaku ketika tempoh matahari tinggi/waktu siang lebih lama. Tiadanya pengenal iklim monsun tertentu dalam skim asli, tetapi kemudian dibubuh Am, mengikut parameter sama seperti Köppen (kecuali bahawa sekurang-kurangnya tiga bulan, bukan sebulan sahaja, mesti mengalami kerpasan purata kurang daripada 60 mm).
  • Kelompok B
BW dan BS sama ertinya dengan skim Köppen, cuma iklim Köppen BWn adakalanya ditandai BM (M untuk "marin"). Namun begitu, formula yang berlainan digunakan untuk menghitung ambang kegersangan: 10 X (T − 10) + 3P, yang mana T bersamaan suhu purata min dalam darjah Celsius, dan P ialah peratusan jumlah kerpasan yang diterima dalam enam bulan matahari tinggi (April hingga September di Hemisfera Utara, Oktober hingga Mac di Hemisfera Selatan). Jika kerpasannya kurang daripada formula tersebut, maka iklimnya dikira sebagai gurun (BW); jika bersamaan atau melebihi tetapi kurang daripada dua kali formula itu, maka iklimnya digolongkan sebagai steppe (BS); dan jika kerpasannya melebihi dua kali formula itu maka iklimnya tiada dalam Kelompok B. Berbeza dengan skim Köppen, tidak wujudnya subset terma dalam lingkungan kelompok ini dalam skim Trewartha, melainkan Skala Terma Sejagat digunakan.
  • Kelompok C
Dalam skim Trewartha, kategori ini melingkungi iklim subtropika sahaja (8 bulan ke atas bersuhu lebih 10 °C). Cs dan Cw sama ertinya dengan skim Köppen, tetapi iklim subtropika tanpa musim kering yang ketara bertanda Cr sebagai ganti Cf Köppen (dan untuk Cs, purata kerpasan tahunan mestilah kurang daripada 890 mm (35 in) selain bulan musim panas terkering mengalami kerpasan kurang daripada 30 mm dan kurang daripada 1/3 lembapnya berbanding bulan musim sejuk yang terlembap).
  • Kelompok D
Kelompok ini mewakili iklim sederhana (4 hingga 7 bulan melebihi 10 °C). Iklim sederhana maritim (kebanyakan iklim Cfb dan Cwb Köppen) bertanda DO dalam skim Trewartha, namun ada yang jatuh dalam iklim Cr dan Cw, (tetapi sesetengah tempat (seperti Halifax) berhampiran pantai timur Amerika Utara dan Asia dikira sebagai iklim DO dalam skim Trewartha biarpun tergolong dalam Cfa/Cwa, bukan Cfb/Cwb, dalam skim Köppen), manakala iklim kebenuaan pula bertanda DCa (Köppen Dfa, Dwa, Dsa) dan DCb (Köppen Dfb, Dwb, Dsb). Untuk iklim-iklim kebenuaan, adakalanya huruf ketiganya (a atau b) digugurkan, maka tinggal DC sahaja; sesekali juga dibubuhnya huruf kebermusiman kerpasan pada iklim maritim dan kebenuaan (r, w, atau s). Titik pemisah antara iklim maritim dan kebenuaan ialah 0 °C pada bulan tersejuk, berbanding −3 °C yang diberi oleh Köppen (namun begitu, seperti yang dibincangkan tadi, sesetengah ahli kaji iklim, khususnya di Amerika Syarikat, kini menerima 0 °C pada bulan tersejuk sebagai batas arah khatulistiwa bagi iklim kebenuaan dalam skim Köppen juga).
  • Kelompok E
Inilah kelompok iklim subartik, sama ketetapannya dengan skim Köppen (1 hingga 3 bulan mengalami suhu purata 10 °C ke atas; Köppen Cfc, Dfc, Dwc, Dsc, Dfd, Dwd). Berbeza dengan skim asli, wujudnya EO dan EC dalam kelompok ini, dengan EO (subartik maritim) yang bererti bulan tersejuk bersuhu purata melebihi −10 °C, manakala EC (subartik kebenuaan atau "boreal") bererti sekurang-kurangnya sebulan yang mengalami suhu purata −10 °C ke bawah. Seperti dalam Kelompok D, huruf ketiga boleh dibubuh untuk menandakan kebermusiman kerpasan. Dalam skim Trewartha tiadanya padanan berasingan bagi iklim Dfd/Dwd Köppen.
  • Kelompok F
Inilah kelompok iklim kutub, dibahagi kepada FT (Köppen ET) dan FI (Köppen EF).
  • Kelompok H
Iklim tanah tinggi, yang mana altitud memainkan peranan dalam menentukan pengelasan iklim.[22] Secara terperinci, ini boleh digunakan jika pembetulan suhu purata setiap bulan kepada nilai paras laut menggunakan formula tambah 5.6 °C bagi setiap 1,000 meter ketinggian akan menyebabkan iklimnya tergolong dalam kelompok terma berbeza daripada yang ditetapkan oleh suhu bulanan yang sebenar. Adakalanya, G digunakan sebagai ganti H jika perkara di atas adalah benar dan altitudnya adalah antara 500–2,500 meter; cuma G atau H ini diletakkan di hadapan huruf terma yang sewajarnya, bukan menggantikannya — dan huruf kedua yang digunakan ini mencerminkan suhu bulanan yang dibetulkan, bukan suhu bulanan sebenar.
  • Skala Terma Sejagat
Wujudnya pilihan untuk menyertakan maklumat mengenai bulan terpanas dan tersejuk untuk setiap iklim dengan membubuh huruf ketiga dan keempat. Huruf-huruf yang digunakan mengikut skala berikut:
i — teramat hangat: Suhu bulanan min 35 °C (95 °F) ke atas
h — amat hangat: 28 hingga 34.9 °C (82.4 hingga 94.8 °F)
a — hangat: 23 hingga 27.9 °C (73.4 hingga 82.2 °F)
b — panas: 18 hingga 22.9 °C (64.4 hingga 73.2 °F)
l — sederhana: 10 hingga 17.9 °C (50.0 hingga 64.2 °F)
k — nyaman: 0.1 hingga 9.9 °C (32.2 hingga 49.8 °F)
o — sejuk: −9.9 hingga 0 °C (14.2 hingga 32.0 °F)
c — amat sejuk: −24.9 hingga −10 °C (−12.8 hingga 14.0 °F)
d — teramat sejuk: −39.9 hingga −25 °C (−39.8 hingga −13.0 °F)
e — melampau sejuk: −40 °C (−40 °F) ke bawah.
Contoh penandaan iklimnya termasuk Afaa untuk Kuala Lumpur, Malaysia, BWhl untuk Aswan, Mesir, Crhk untuk Dallas, Texas, DOlk untuk London, EClc untuk Arkhangelsk, Rusia, dan FTkd untuk Barrow, Alaska.

Peta Dunia Pengelasan Iklim Köppen–Geiger (1951–2000)

Mengikut peranggu data terkini dari Unit Penyelidikan Iklim Universiti East Anglia dan Pusat Kaji Iklim Kerpasan Global Precipitation di Khidmat Kaji Cuaca Jerman, terhimpunnya peta dunia pengelasan iklim digital Köppen–Geiger yang baru untuk separuh kedua abad ke-20.[23]

Rujukan

  1. ^ Peel, M. C. and Finlayson, B. L. and McMahon, T. A. (2007). "Updated world map of the Köppen–Geiger climate classification". Hydrol. Earth Syst. Sci. 11: 1633–1644. ISSN 1027-5606.CS1 maint: multiple names: authors list (link) (direct: Final Revised Paper)
  2. ^ McKnight, Tom L; Hess, Darrel (2000). "Climate Zones and Types: The Köppen System". Physical Geography: A Landscape Appreciation. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. m/s. 200–1. ISBN 0-13-020263-0.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ McKnight & Hess, pp. 205–8, "Climate Zones and Types: Tropical Wet Climate (Af)"
  4. ^ McKnight & Hess, p. 208, "Climate Zones and Types: tropical monsoon climate (Am)"
  5. ^ Linacre, Edward (1997). Climates and Weather Explained. London: Routledge. m/s. 379. ISBN 0-415-12519-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ McKnight & Hess, pp. 208–11, "Climate Zones and Types: tropical savanna climate (Aw)"
  7. ^ "CHAPTER 7: Introduction to the Atmosphere". physicalgeography.net. Dicapai pada 2008-07-15.
  8. ^ McKnight & Hess, pp. 212–1, "Climate Zones and Types: Dry Climates (Zone B)"
  9. ^ McKnight & Hess, pp. 221–3, "Climate Zones and Types: mediterranean climate (Csa, Csb)"
  10. ^ "Statistics for AUS WA.Perth.Airport RMY". EnergyPlus. U.S. Department of Energy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-09. Dicapai pada 2009-01-19.
  11. ^ http://www.hydrol-earth-syst-sci.net/11/1633/2007/hess-11-1633-2007.html
  12. ^ McKnight & Hess, pp. 223–6, "Climate Zones and Types: Dry humid subtropical climate (Cfa, Cwa)"
  13. ^ "Statistics for AUS QLD.Brisbane RMY". EnergyPlus. U.S. Department of Energy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-09. Dicapai pada 2009-01-19.
  14. ^ McKnight & Hess, pp. 226–9, "Climate Zones and Types: Marine West Coast Climate (Cfb, Cfc)"
  15. ^ a b c McKnight & Hess
  16. ^ http://www.eosnap.com/ Ushuaia[pautan mati kekal]
  17. ^ McKnight & Hess, pp. 231–2, "Climate Zones and Types: humid continental climate (Dfa, Dfb, Dwa, Dwb)"
  18. ^ McKnight & Hess, pp. 232–5, "Climate Zones and Types: subarctic climate (Dfc, Dfd, Dwc, Dwd)"
  19. ^ McKnight & Hess, pp. 235–7, "Climate Zones and Types: iklim tundra (ET)"
  20. ^ McKnight & Hess, pp. 237, "Climate Zones and Types: iklim litupan ais (EF)"
  21. ^ Akin, Wallace E. (1991). Global Patterns: Climate, Vegetation, and Soils. University of Oklahoma Press. m/s. 52. ISBN 0-8061-2309-5.
  22. ^ McKnight & Hess, pp. 237–40, "Climate Zones and Types: Highland Climate (Zone H) "
  23. ^ Kottek, M., J. Grieser, C. Beck, B. Rudolf, and F. Rubel (2006). "World Map of the Köppen–Geiger climate classification updated". Meteorol. Z. 15: 259–263. doi:10.1127/0941-2948/2006/0130.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

  • World Map of the Köppen–Geiger climate classification for the period 1951–2000
  • (Portugis) Köppen Climate Classification – peta sekilas[pautan mati kekal], huraian[pautan mati kekal] dan data perbandaran[pautan mati kekal] Negeri São Paulo

Rekod iklim

  • WorldClimate
  • Weather Base
  • l
  • b
  • s
Jenis iklim mengikut pengelasan iklim Köppen
Kelas A
Khatulistiwa (Af) · Monsun tropika (Am) · Savana tropika (Aw, As)
Kelas B
Gurun (Bwh, Bwk, Bwn) ·Separa gersang (Bsh, Bsk)
Kelas C
Subtropika lembap (Cfa, Cwa) · Lautan (Cfb, Cwb, Cfc) · Mediterranean (Csa, Csb)
Kelas D
Kebenuaan lembap (Dfa, Dwa, Dfb, Dwb) · Subartik (Dfc, Dwc, Dfd, Dwd) · Kebenuaan musim panas kering (Dsa, Dsb, Dsc)
Kelas E
Kutub (ET, EF) · Alp (ET/H)