Pentadbiran Penerbangan Persekutuan

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan
Federal Aviation Administration
Mohor FAA
Intisari agensi
Dibentuk23 Ogos 1958
Agensi terdahulu
  • Pentadbiran Aeronautik Awam
Bidang kuasa
Kerajaan Amerika Syarikat
Laman sesawang
Tapak web rasmi
Nota kaki
[1][2]

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Aviation Administrationcode: en is deprecated , FAA) ialah lembaga penerbangan kebangsaan Amerika Syarikat. Sebagai sebuah agensi Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat, ia bertanggungjawab mengawal dan memantau segala aspek penerbangan awam di A.S. Akta Penerbangan Persekutuan 1958 membentuk pertubuhan ini di bawah nama "Agensi Penerbangan Persekutuan" (Federal Aviation Agency), dan memakai nama sekarangnya pada tahun 1966 apabila bernaung di bawah Jabatan Pengangkutan.

Antara peranan utama FAA ialah:

  • Mengawal pengangkutan angkasa komersil AS
  • Mengawal piawaian geometri dan pemeriksaan penerbangan kemudahan pandu arah udara
  • Menggalakkan dan membangunkan aeronautik awam, termasuk teknologi penerbangan baru
  • Mengeluarkan, menggantung, atau menarik balik sijil juruterbang
  • Mengawal penerbangan awam untuk memupuk keselamatan, terutamanya melalui pejabat tempatan yang dipanggil Pejabat Daerah Piawaian Penerbangan (Flight Standards District Office)
  • Membangunkan dan mengendalikan sistem kawalan dan pandu arah lalulintas udara untuk pesawat awam dan tentera
  • Menyelidik dan membangunkan Sistem Ruang Angkasa Negara dan aeronautik awam
  • Membangunkan dan menjalankan program untuk mengawal hingar pesawat dan kesan-kesan penerbangan awam yang lain


Rujukan

  1. ^ F.A.A. Chief to Lead Industry Group—New York Times.
  2. ^ FAA Chief To Become Aerospace Lobbyist—washingtonpost.com.

Pautan luar

  • FAA
  • FAA Safety Briefing
  • ATO News
  • FOCUS FAA

Templat:DOT agencies