Perang proksi

Perang Proksi ialah satu peperangan di antara dua kuasa yang menggunakan pihak ketiga untuk penambahan ataupun penggantian terus kepada perlagaan secara terus oleh kedua-dua pihak tersebut.

Jika kuasa-kuasa besar menggunakan kerajaan negara-negara kecil selaku bidak dalam percaturan mereka, kumpulan pengganas juga digunakan, dengan harapan kumpulan kecil ini boleh membedal musuh tanpa membawa kepada peperangan terbuka di antara kuasa-kuasa besar.

Umpamanya, Pakistan menyokong pergerakan pemisah Kashmir untuk memartabatkan kepentingannya di Kashmir tanpa membabitkan peperangan terbuka dengan India, walaupun India mengesyaki Pakistan melengkapkan dan memberikan latihan kepada kumpulan gerila ini.

Perang proksi juga pernah diperangi seiringan dengan peperangan terbuka. Umpamanya, semasa Perang Iran-Iraq kedua-dua Iran dan Iraq membekalkan dan memberikan latihan kepada pihak-pihak yang bertelagah di dalam Perang Saudara Lubnan.