Perjanjian Belfast

Perjanjian Belfast (Ireland: Comhaontú Bhéal Feirstecode: ga is deprecated , bahasa Inggeris: Belfast Agreementcode: en is deprecated ) umumnya disebut Perjanjian Jumaat Agung [atau Jumaat Suci] (Ireland: Comhaontú Aoine an Chéastacode: ga is deprecated , bahasa Inggeris: Good Friday Agreementcode: en is deprecated ) merupakan suatu perkembangan utama dalam proses perdamaian Ireland Utara. Perjanjian ini terdiri daripada dua dokumen saling berkaitan yang dipersetujui di Belfast pada keraian Jumaat Agung, 10 April 1998:

  1. suatu persetujuan oleh pelbagai parti politik Ireland Utara (the Multi-Party Agreement);
  2. perjanjian antarabangsa antara Kerajaan United Kingdom dengan pemerintah Republik Ireland (the British-Irish Agreement).

Perjanjian ini menetapkan beberapa set peruntukan rumit yang meliputi beberapa bidang termasukla:

  • Status dan sistem pemerintahan Ireland Utara dalam United Kingdom. (Set 1)
  • Hubungan antara Ireland Utara dan Republik Ireland. (Set 2)
  • Hubungan antara Republik Ireland dan United Kingdom. (Set 3)

Isu-isu berkaitan kedaulatan, hak umum dan hak budaya, pelucutan senjata paramiliter, pengurangan kuasa tentera, hal keadilan dan hal polis ditumpukan dalam perjanjian ini.

Perjanjian ini diterima para pengundi seluruh pulau Ireland melalui dua buah referendum yang dilangsungkan pada 22 Mei 1998; para pengundi di Ireland Utara ditanya sama ada bersetuju dengan perjanjian pelbagai parti ini. manakala pengundi di Republik Ireland ditanya sama ada kebenaran bileh diberi kepada penandatangan perjanjian serta perubahan kepada perlembagaan Ireland dapat dilakukan untuk memudahkan penandatangan tersebut.

Perjanjian ini dikuatkuasakan dengan bantuan Perdana Menteri Tony Blair pada 2 Disember 1999.[1][2] Parti Kesatuan Demokratik merupakan satu-satunya parti politik utama di Ireland Utara yang membangkang perjanjian ini.[3]

Rujukan

  1. ^ "Address by Mr David Andrews, Irish Minister for Foreign Affairs at the Exchange of Notifications ceremony at Iveagh House, Dublin, 2 December 1999". Cain.ulst.ac.uk. Dicapai pada 28 Januari 2010.
  2. ^ Austen Morgan (2000). "The Belfast Agreement - a practical legal analysis". Conflict Archive on the INternet (CAIN). Dicapai pada 28 Oktober 2011.
  3. ^ "BBC - History - The Good Friday Agreement". Dicapai pada 10 Jun 2017.

Pautan luar

  • The St Andrews' Agreement The latest attempt to restore devolution to Northern Ireland
  • North-South Ministerial Council/An Chomhairle Aireachta Thuaidh/Theas
  • Belfast Agreement (full text)
  • British-Irish Council Diarkibkan 2004-12-16 di Wayback Machine
  • Inside Out: An Integrative Critique of the Northern Ireland Peace Process U.S. Institute of Peace July 2006
  • Address given at the Exchange of Notifications ceremony, whereby Ireland dropped its territorial claim to Northern Ireland, Iveagh House, Dublin, 2 December 1999