Pesisir Barat Amerika Syarikat

Pantai Barat Amerika Syarikat.

Pesisir Barat atau Pesisir Pasifik ialah istilah yang digunakan untuk menyebut negara-negara bahagian yang terletak pesisir bahagian barat di Amerika Syarikat, yang biasanya terdiri atas California, Oregon, Washington, dan Alaska. Arizona dan Nevada, walaupun tidak berbatasan langsung dengan Samudera Pasifik, keduanya kerap dimasukkan kerana jaraknya tidak terlalu jauh, dan juga kerana adanya hubungan ekonomi dan budaya dengan California.

Walaupun bukan bahagian Amerika Syarikat Daratan, Alaska dan Hawaii yang memang berbatasan dengan Lautan Pasifik, dapat dimasukkan ke "Pesisir Barat". Dari tahun 2007, penduduk Pesisir Barat diperkirakan mencapai 50–60 juta, bergantung pada negara bahagian mana yang dimasukkan dalam perkiraan itu.[1]

Pesisir Barat kadang-kadang hanya disebut "Pesisir", istilah lama yang diperkirakan telah muncul di Amerika Syarikat Timur Laut. Berdasarkan pada reputasinya yang secara politik lebih kekiri-kirian daripada beberapa bahagian lain di AS, istilah "Pesisir Kiri" kadang-kadang juga digunakan.

Kota-kota besar di Pesisir Barat, antara lain San Diego, Los Angeles, San Francisco, Seattle, Anchorage, Honolulu, Phoenix, Las Vegas, Portland, Sacramento dan Fresno.

Rujukan

  1. ^ "United States Census Bureau, 2005 American Community Survey. Summed estimates for CA, OR, WA and CA, OR, WA, AZ, NV, AK, HI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-26. Dicapai pada 2008-12-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)