Piala Dunia FIFA 1986

Laman ini telah dilindungi separa dari disunting
Piala Dunia FIFA 1986
Copa Mundial de Fútbol México '86
Logo Rasmi Piala Dunia FIFA 1986
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Mexico
Tarikh31 Mei – 29 Jun (30 hari)
Pasukan24 (dari 5 konfederasi)
Tempat12 (di 9 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Argentina (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Jerman Barat
Tempat Ketiga Perancis
Tempat Keempat Belgium
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan52
Jaringan gol132 (2.54 per perlawanan)
Kehadiran2,393,031 (46,020 per perlawanan)
Penjaring terbanyakEngland Gary Lineker (6 gol)
Pemain terbaikArgentina Diego Maradona
← 1982
1990 →

Piala Dunia FIFA 1986 berlangsung di Mexico pada 31 Mei - 29 Jun 1986. Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-13, menggantikan Colombia yang menarik diri kerana masalah kewangan. Mexico dipilih sebagai pengganti tuan rumah pada tahun 1983 di Stockholm, Sweden. Calon-calon lain yang menawarkan diri sebagai penganti tetapi tidak terpilih ialah Kanada dan Amerika Syarikat. Ini merupakan kali kedua Mexico terpilih selaku tuan rumah setelah tahun 1970.

Kurang dari setahun menjelang kejohanan, Mexico dilanda gempa bumi besar yang mengorbankan lebih 30 ribu orang. Gempabumi tersebut hampir sahaja membuatkan Mexico membatalkan menjadi tuan rumah. Disebabkan sebahagian besar stadium bolasepak masih utuh, FIFA memutuskan kejohanan tetap dilaksanakan di Mexico.

Format yang digunakan tidak jauh berbeza dengan Sepanyol 1982, ke-24 pasukan finalis dibahagi kepada enam kumpulan. Perbezaannya, pada pusingan kedua, yang diikuti 16 pasukan, menggunakan sistem kalah-mati.

Piala Dunia 1986 Mexico tidak boleh dipisahkan dengan Diego Armando Maradona. Tidak pernah, semenjak Pele melakukannya pada 1970, ada pemain yang secara "sendirian" mampu memberikan kemenangan kepada pasukannya selain Diego Armando Maradona. Maradona yang kemudian terpilih sebagai Pemain Kejohanan.


Pemilihan Tuan Rumah


Kelayakan

  Negara-negara yang layak ke Piala Dunia
  Negara gagal melayakkan diri
  Negara-negara yang tidak menyertai Piala Dunia
  Negara bukan anggota FIFA

Tiga pasukan yang layak ke Piala Dunia buat kali pertama: Kanada, Denmark dan Iraq. Kanada meraih tempat selepas memenangi perlawanan akhir menentang Honduras 2-1 dalam St. John, Newfoundland. Iraq telah bermain semua perlawanan rumah mereka atas alasan neutral kerana Perang Iran-Iraq. Korea Selatan layak buat kali pertama sejak 1954, Paraguay buat kali pertama sejak tahun 1958, dan Portugal buat kali pertama sejak 1966. Pada 2010, ini adalah kali terakhir sama ada daripada Hungary, Kanada , Iraq, atau Ireland Utara melayakkan diri ke pusingan akhir.

Maskot

Maskot rasmi Piala Dunia ini adalah Pique, satu jalapeño lada, ciri masakan Mexico, dengan misai, Colimote sombrero, dan warna pasukan bola sepak Mexico. Namanya berasal dari Picante, untuk lada pedas dan sos Sepanyol.

Pegawai Perlawanan

Afrika
  • Tunisia Ali Bin Nasser
  • Mauritius Edwin Picon-Ackong
  • Mali Idrissa Traore
Asia
  • Arab Saudi Fallaj Al-Shanar
  • Syria Jamal Al Sharif
  • Jepun Shizuo Takada
Eropah
  • Itali Luigi Agnolin
  • Austria Horst Brummeier
  • Kesatuan Soviet Valeri Butenko
  • Czechoslovakia Vojtech Christov
  • England George Courtney
  • Switzerland André Daina
  • Bulgaria Bogdan Dotchev
  • Sweden Erik Fredriksson
  • Romania Ioan Igna
  • Belanda Jan Keizer
  • Jerman Timur Siegfried Kirschen
  • Hungary Lajos Németh
  • Yugoslavia Zoran Petrović
  • Belgium Alexis Ponnet
  • Perancis Joël Quiniou
  • Jerman Barat Volker Roth
  • Sepanyol Victoriano Sánchez Arminio
  • Portugal Carlos Silva Valente
  • Ireland Utara Alan Snoddy

Amerika Utara dan Tengah
  • Guatemala Rómulo Méndez
  • Mexico Antonio Márquez Ramírez
  • Amerika Syarikat David Socha
  • Costa Rica Berny Ulloa Morera
Oceania
  • Australia Chris Bambridge
Amerika Selatan
  • Brazil Romualdo Arppi Filho
  • Colombia Jesús Díaz
  • Argentina Carlos Espósito
  • Paraguay Gabriel González
  • Uruguay José Luis Martínez Bazán
  • Chile Hernán Silva

Skuad

Pengagihan

Balang 1 Balang 2 Balang 3 Balang 4

Pertandingan

Udara nipis dan cuaca panas membuatkan pasukan dari Amerika Selatan, seperti Brazil, lebih diunggulkan. Brazil diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan bintang seperti Zico, Eder, Falcao, Socrates, dan Carlos.

Wakil Eropah pula diketuai juara Piala Eropah 1984, Perancis. Les Bleus yang diperkuat Michel Platini, Alain Giresse, Jean Tigana, dan Louis Fernandez dianggap sebagai pasukan dengan pemain tengah yang paling ampuh.

Walaupun sekadar muncul naib juara kumpulan dibelakang Soviet Union pada peringkat kumpulan, Perancis menyingkirkan juara bertahan Itali 2-0 di pusingan kedua. Bahkan pada suku akhir di Guadalajara, Perancis mampu menyingkirkan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan sebenar tamat dengan 1-1. Walaupun Platini gagal menyempurnakan penalti, penjaga gol Perancis Joel Bats mampu menghalang tendangan Socrates dan Julio Cesar, Perancis menang 4-3 untuk mara ke separuh akhir.

Pada separuh akhir, seperti di Sepanyol empat tahun sebelumnya, Perancis menyerah kalah kepada Jerman Barat, dengan jaringan 0-2.

Bintang Mexico 1986 adalah Maradona. Pada peringkat kumpulan, Argentina menumpaskan Korea Selatan 3-1, Itali 1-1, dan Bulgaria 2-0. Pada pusingan kedua, mereka mengalahkan Uruguay.

Pada suku akhir Maradona, secara sendirian membenam The Three Lions 2-1 menerusi dua golnya, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan "gol tangan Tuhan".

Setelah menundukkan Belgium 2-0 pada separuh akhir, Argentina menghadapi Jerman Barat untuk penentuan juara.

Akhir

Perlawanan akhir berlangsung di antara Argentina di bawah kendalian Carlos Bilardo dan Jerman di bawah kendalian 'Die Kaizer' Franz Beckenbauer pada 29 Julai 1986 di Stadium Azteca.

Menjelang final, Beckenbauer menugaskan Lothar Matthaeus untuk menghalangi gerakan Maradona. Walaupun tidak menjaringkan gol, dari kaki Maradonalah tiga gol Argentina tercipta.

Pertahanan Argentina, James Brown, menjaringkan gol pertama memanfaatkan kesalahan penjaga gol Jerman, Harald Shumacher. Pada minit ke-55, Jorge Valdano menambah keunggulan Argentina.

Pasukan Panser sempat bangkit. Karl-Heinz Rummenigge dan Rudi Voller menjaringkan gol pada minit ke-74 dan 80. Kedudukan menjadi 2-2. Tapi hasil umpanan Maradona, Jorge Burruchaga mampu menjaringkan gol tujuh minit sebelum perlawanan tamat. Argentina menang 3-2 dan membawa trofi juara untuk kali kedua.

Peringkat Kumpulan

Pasukan layak untuk ke Pusingan 16

Kumpulan A

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Argentina 3 2 1 0 6 2 +4 5
 Itali 3 1 2 0 5 4 +1 4
 Bulgaria 3 0 2 1 2 4 −2 2
 Korea Selatan 3 0 1 2 4 7 −3 1
Bulgaria Bendera Bulgaria1 – 1 Itali
Nasko Sirakov Goal 85' Laporan Alessandro Altobelli Goal 43'
Kehadiran: 96,000
Pengadil: Erik Fredriksson (Sweden)

Argentina Bendera Argentina3 – 1 Korea Selatan
Jorge Valdano Goal 6'46'
Oscar Ruggeri Goal 18'
Laporan Park Chang-Sun Goal 73'
Estadio Olímpico Universitario, Bandar Mexico
Kehadiran: 60,000
Pengadil: Victoriano Sánchez Arminio (Sepanyol)

Itali Bendera Itali1 – 1 Argentina
Alessandro Altobelli Goal 6' (pen.) Laporan Diego Maradona Goal 34'
Estadio Cuauhtémoc, Puebla
Kehadiran: 32,000
Pengadil: Jan Keizer (Belanda)

Korea Selatan Bendera Korea Selatan1 – 1 Bulgaria
Kim Jong-Boo Goal 70' Laporan Plamen Getov Goal 11'
Estadio Olímpico Universitario, Bandar Mexico
Kehadiran: 45,000
Pengadil: Fallaj Al Shanar (Arab Saudi)

Korea Selatan Bendera Korea Selatan2 – 3 Itali
Choi Soon-Ho Goal 62'
Huh Jung-Moo Goal 83'
Laporan Alessandro Altobelli Goal 17'73'
Cho Kwang-Rae Goal 82' (g.s.)
Estadio Cuauhtémoc, Puebla
Kehadiran: 20,000
Pengadil: David Socha (Amerika Syarikat)

Argentina Bendera Argentina2 – 0 Bulgaria
Jorge Valdano Goal 3'
Jorge Burruchaga Goal 76'
Laporan
Estadio Olímpico Universitario, Bandar Mexico
Kehadiran: 65,000
Pengadil: Berny Ulloa Morera (Costa Rica)

Kumpulan B

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Mexico 3 2 1 0 4 2 +2 5
 Paraguay 3 1 2 0 4 3 +1 4
 Belgium 3 1 1 1 5 5 0 3
 Iraq 3 0 0 3 1 4 −3 0
Belgium Bendera Belgium1 – 2 Mexico
Erwin Vandenbergh Goal 45' Laporan Fernando Quirarte Goal 23'
Hugo Sánchez Goal 39'
Kehadiran: 110,000
Pengadil: Carlos Espósito (Argentina)

Paraguay Bendera Paraguay1 – 0 Iraq
Julio Romero Goal 35' Laporan
Estadio Nemesio Díez, Toluca
Kehadiran: 24,000
Pengadil: Edwin Picon-Ackong (Mauritius)

Mexico Bendera Mexico1 – 1 Paraguay
Luis Flores Goal 3' Laporan Julio Romero Goal 85'
Kehadiran: 114,600
Pengadil: George Courtney (England)

Iraq Bendera Iraq1 – 2 Belgium
Ahmad Radhi Goal 59' Laporan Enzo Scifo Goal 16'
Nico Claese Goal 21' (pen.)
Estadio Nemesio Díez, Toluca
Kehadiran: 20,000
Pengadil: Jesús Díaz (Colombia)

Paraguay Bendera Paraguay2 – 2 Belgium
Roberto Cabañas Goal 50'76' Laporan Franky Vercauteren Goal 30'
Daniel Veyt Goal 59'
Estadio Nemesio Díez, Toluca
Kehadiran: 16,000
Pengadil: Bogdan Dotchev (Bulgaria)

Iraq Bendera Iraq0 – 1 Mexico
Laporan Fernando Quirarte Goal 54'
Kehadiran: 103,763
Pengadil: Zoran Petrović (Yugoslavia)

Kumpulan C

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Republik Soviet 3 2 1 0 9 1 +8 5
 Perancis 3 2 1 0 5 1 +4 5
 Hungary 3 1 0 2 2 9 −7 2
 Kanada 3 0 0 3 0 5 −5 0
Kanada Bendera Kanada0 – 1 Perancis
Laporan Jean-Pierre Papin Goal 79'
Estadio Nou Camp, León
Kehadiran: 36,000
Pengadil: Hernán Silva (Chile)

Republik Soviet Flag of the Soviet Union6 – 0 Hungary
Pavlo Yakovenko Goal 2'
Sergei Aleinikov Goal 4'
Ihor Belanov Goal 24' (pen.)
Ivan Yaremchuk Goal 66'73'
Sergey Rodionov Goal 80'
Laporan
Estadio Sergio León Chavez, Irapuato
Kehadiran: 16,500
Pengadil: Luigi Agnolin (Itali)

Perancis Bendera Perancis1 – 1 Republik Soviet
Luis Fernández Goal 60' Laporan Vasyl Rats Goal 53'
Estadio Nou Camp, León
Kehadiran: 36,540
Pengadil: Romualdo Arppi Filho (Brazil)

Hungary Bendera Hungary2 – 0 Kanada
Márton Esterházy Goal 2'
Lajos Détári Goal 75'
Laporan
Estadio Sergio León Chavez, Irapuato
Kehadiran: 13,800
Pengadil: Jamal Al Sharif (Syria)

Hungary Bendera Hungary0 – 3 Perancis
Laporan Yannick Stopyra Goal 29'
Jean Tigana Goal 62'
Dominique Rocheteau Goal 84'
Estadio Nou Camp, León
Kehadiran: 31,420
Pengadil: Carlos Silva Valente (Portugal)

Republik Soviet Flag of the Soviet Union2 – 0 Kanada
Oleg Blokhin Goal 58'
Oleksandr Zavarov Goal 74'
Laporan
Estadio Sergio León Chavez, Irapuato
Kehadiran: 14,200
Pengadil: Idriss Traore (Mali)

Kumpulan D

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Brazil 3 3 0 0 5 0 +5 6
 Sepanyol 3 2 0 1 5 2 +3 4
 Ireland Utara 3 0 1 2 2 6 −4 1
 Algeria 3 0 1 2 1 5 −4 1
Sepanyol Bendera Sepanyol0 – 1 Brazil
Laporan Sócrates Goal 62'
Estadio Jalisco, Guadalajara
Kehadiran: 35,748
Pengadil: Chris Bambridge (Australia)

Algeria Bendera Algeria1 – 1 Ireland Utara
Djamel Zidane Goal 59' Laporan Norman Whiteside Goal 6'
Estadio Tres de Marzo, Guadalajara
Kehadiran: 22,000
Pengadil: Valeri Butenko (Kesatuan Soviet)

Brazil Bendera Brazil1 – 0 Algeria
Careca Goal 66' Laporan
Estadio Jalisco, Guadalajara
Kehadiran: 48,000
Pengadil: Rómulo Méndez (Guatemala)

Ireland Utara Bendera Ireland Utara1 – 2 Sepanyol
Colin Clarke Goal 46' Laporan Emilio Butragueño Goal 1'
Salinas Goal 18'
Estadio Tres de Marzo, Guadalajara
Kehadiran: 28,000
Pengadil: Horst Brummeier (Austria)

Ireland Utara Bendera Ireland Utara0 – 3 Brazil
Laporan Careca Goal 15'87'
Josimar Goal 42'
Estadio Jalisco, Guadalajara
Kehadiran: 51,000
Pengadil: Siegfried Kirschen (Jerman Timur)

Algeria Bendera Algeria0 – 3 Sepanyol
Laporan Ramón Calderé Goal 15'68'
Eloy Goal 70'
Estadio Tecnológico, Monterrey
Kehadiran: 23,980
Pengadil: Shizuo Takada (Jepun)

Kumpulan E

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Denmark 3 3 0 0 9 1 +8 6
 Jerman Barat 3 1 1 1 3 4 −1 3
 Uruguay 3 0 2 1 2 7 −5 2
 Scotland 3 0 1 2 1 3 −2 1
Uruguay Bendera Uruguay1 – 1 Jerman Barat
Antonio Alzamendi Goal 4' Laporan Klaus Allofs Goal 84'
Estadio La Corregidora, Querétaro
Kehadiran: 30,500
Pengadil: Vojtěch Christov (Czechoslovakia)

Scotland Bendera Scotland0 – 1 Denmark
Laporan Elkjær Larsen Goal 57'
Estadio Neza 86, Nezahualcóyotl
Kehadiran: 18,000
Pengadil: Lajos Nemeth (Hungary)

Jerman Barat Bendera Jerman Barat2 – 1 Scotland
Rudi Völler Goal 23'
Klaus Allofs Goal 49'
Laporan Gordon Strachan Goal 18'
Estadio La Corregidora, Querétaro
Kehadiran: 30,000
Pengadil: Ioan Igna (Romania)

Denmark Bendera Denmark6 – 1 Uruguay
Elkjær Larsen Goal 11'67'80'
Søren Lerby Goal 41'
Michael Laudrup Goal 52'
Jesper Olsen Goal 88'
Laporan Francescoli Goal 45' (pen.)
Estadio Neza 86, Nezahualcóyotl
Kehadiran: 26,500
Pengadil: Antonio Márquez Ramírez (Mexico)

Denmark Bendera Denmark2 – 0 Jerman Barat
Jesper Olsen Goal 43' (pen.)
John Eriksen Goal 62'
Laporan
Estadio La Corregidora, Querétaro
Kehadiran: 36,000
Pengadil: Alexis Ponnet (Belgium)

Scotland Bendera Scotland0 – 0 Uruguay
Laporan
Estadio Neza 86, Nezahualcóyotl
Kehadiran: 20,000
Pengadil: Joël Quiniou (Perancis)

Kumpulan F

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Maghribi 3 1 2 0 3 1 +2 4
 England 3 1 1 1 3 1 +2 3
 Poland 3 1 1 1 1 3 −2 3
 Portugal 3 1 0 2 2 4 −2 2
Maghribi Bendera Maghribi0 – 0 Poland
Laporan
Estadio Universitario, Monterrey
Kehadiran: 19,900
Pengadil: José Luis Martínez Bazán (Uruguay)

Portugal Bendera Portugal1 – 0 England
Carlos Manuel Goal 76' Laporan
Estadio Tecnológico, Monterrey
Kehadiran: 23,000
Pengadil: Volker Roth (Jerman Barat)

England Bendera England0 – 0 Maghribi
Laporan
Estadio Tecnológico, Monterrey
Kehadiran: 20,200
Pengadil: Gabriel González (Paraguay)

Poland Bendera Poland1 – 0 Portugal
Włodzimierz Smolarek Goal 68' Laporan
Estadio Universitario, Monterrey
Kehadiran: 19,915
Pengadil: Ali Bin Nasser (Tunisia)

England Bendera England3 – 0 Poland
Gary Lineker Goal 9'14'34' Laporan
Estadio Universitario, Monterrey
Kehadiran: 22,700
Pengadil: André Daina (Switzerland)

Portugal Bendera Portugal1 – 3 Maghribi
Diamantino Miranda Goal 80' Laporan Abderrazak Khairi Goal 19'26'
Abdelkrim Krimau Goal 62'
Estadio Tres de Marzo, Guadalajara
Kehadiran: 28,000
Pengadil: Alan Snoddy (Ireland Utara)

Kedudukan Pasukan Tempat Ketiga

Kumpulan Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
B  Belgium 3 1 1 1 5 5 0 3
F  Poland 3 1 1 1 1 3 −2 3
A  Bulgaria 3 0 2 1 2 4 −2 2
E  Uruguay 3 0 2 1 2 7 −5 2
C  Hungary 3 1 0 2 2 9 −7 2
D  Ireland Utara 3 0 1 2 2 6 −4 1

Bermula dengan Piala Dunia FIFA 1994, pasukan telah dianugerahkan tiga mata untuk menang daripada dua, untuk menggalakkan taktik menyakitkan hati. Sekiranya kaedah-kaedah itu berada di tempatnya, Hungary akan selesai menjelang Bulgaria untuk mata ke-15, dan Uruguay akan disingkirkan.

Peringkat Kalah Mati

Pusingan 16 Suku akhir Separuh akhir Perlawanan Akhir
                           
16 Jun – Puebla            
  Argentina  1
22 Jun – Bandar Mexico
  Uruguay  0  
  Argentina  2
18 Jun – Bandar Mexico
    England  1  
  England  3
25 Jun – Bandar Mexico
  Paraguay  0  
  Argentina  2
18 Jun – Querétaro
    Belgium  0  
  Denmark  1
22 Jun – Puebla
  Sepanyol  5  
  Sepanyol  1 (4)
15 Jun – León
    Belgium  1 (5)  
  Republik Soviet  3
29 Jun – Bandar Mexico
  Belgium  4  
  Argentina  3
16 Jun – Guadalajara
    Jerman Barat  2
  Brazil  4
21 Jun – Guadalajara
  Poland  0  
  Brazil  1 (3)
17 Jun – Bandar Mexico
    Perancis  1 (4)  
  Itali  0
25 Jun – Guadalajara
  Perancis  2  
  Perancis  0
17 Jun – Monterrey
    Jerman Barat  2'   Tempat ketiga
  Maghribi  0
21 Jun – Monterrey 28 Jun – Puebla
  Jerman Barat  1  
  Jerman Barat  0 (4)   Perancis  4
15 Jun – Bandar Mexico
    Mexico  0 (1)     Belgium  2
  Mexico  2
  Bulgaria  0  

Pusingan 16

Mexico Bendera Mexico2 – 0 Bulgaria
Manuel Arias Goal 34'
Raúl Servín Goal 61'
Laporan
Kehadiran: 114,580
Pengadil: Romualdo Arppi Filho (Brazil)

Republik Soviet Flag of the Soviet Union3 – 4 (s.m.t.) Belgium
Igor Belanov Goal 27'70'111' (pen.) Laporan Enzo Scifo Goal 56'
Jan Ceulemans Goal 77'
Stéphane Demol Goal 102'
Nico Claesen Goal 110'
Estadio Nou Camp, León
Kehadiran: 32,277
Pengadil: Erik Fredriksson (Sweden)

Brazil Bendera Brazil4 – 0 Poland
Sócrates Goal 30' (pen.)
Josimar Goal 55'
Edinho Filho Goal 79'
Careca Goal 83' (pen.)
Laporan
Estadio Jalisco, Guadalajara
Kehadiran: 45,000
Pengadil: Volker Roth (Jerman Barat)

Argentina Bendera Argentina1 – 0 Uruguay
Pedro Pasculli Goal 42' Laporan
Estadio Cuauhtémoc, Puebla
Kehadiran: 26,000
Pengadil: Luigi Agnolin (Itali)

Itali Bendera Itali0 – 2 Perancis
Laporan Michel Platini Goal 15'
Yannick Stopyra Goal 57'
Estadio Olímpico Universitario, Bandar Mexico
Kehadiran: 70,000
Pengadil: Carlos Espósito (Argentina)

Maghribi Bendera Maghribi0 – 1 Jerman Barat
Laporan Lothar Matthäus Goal 87'
Estadio Universitario, Monterrey
Kehadiran: 19,800
Pengadil: Zoran Petrović (Yugoslavia)

England Bendera England3 – 0 Paraguay
Gary Lineker Goal 31'73'
Peter Beardsley Goal 56'
Laporan
Kehadiran: 98,728
Pengadil: Jamal Al Sharif (Syria)

Denmark Bendera Denmark1 – 5 Sepanyol
Jesper Olsen Goal 33' (pen.) Laporan Emilio Butragueño Goal 43'56'80'88' (pen.)
Goikoetxea Goal 68' (pen.)
Estadio La Corregidora, Querétaro
Kehadiran: 38,500
Pengadil: Jan Keizer (Belanda)

Suku Akhir

Brazil Bendera Brazil1 – 1 (s.m.t.) Perancis
Careca Goal 17' Laporan Michel Platini Goal 40'
Penalti
Sócrates Tersasar (saved)
Ricardo Alemão Dijaring
Zico Dijaring
Branco Dijaring
Júlio César Tersasar
3 – 4 Dijaring Yannick Stopyra
Dijaring Manuel Amoros
Dijaring Bruno Bellone
Tersasar (over the crossbar) Michel Platini
Dijaring Luis Fernández
Estadio Jalisco, Guadalajara
Kehadiran: 65,000
Pengadil: Ioan Igna (Romania)

Jerman Barat Bendera Jerman Barat0 – 0 (s.m.t.) Mexico
Laporan
Penalti
Klaus AllofsDijaring
Andreas Brehme Dijaring
Lothar Matthäus Dijaring
Pierre Littbarski Dijaring
4 – 1 Dijaring Manuel Negrete
Tersasar (saved) Fernando Quirarte
Tersasar (saved) Raúl Servín
Estadio Universitario, Monterrey
Kehadiran: 41,700
Pengadil: Jesús Díaz (Colombia)
Argentina Bendera Argentina2 – 1 England
Diego Maradona Goal 51'55' Laporan Gary Lineker Goal 81'
Kehadiran: 114,580
Pengadil: Ali Bin Nasser (Tunisia)

Sepanyol Bendera Sepanyol1 – 1 (s.m.t.) Belgium
Juan Señor Goal 85' Laporan Jan Ceulemans Goal 35'
Penalti
Juan Señor Dijaring
Eloy Tersasar (saved)
Chendo Dijaring
Emilio Butragueño Dijaring
Víctor Muñoz Dijaring
4 – 5 Dijaring Nico Claesen
Dijaring Enzo Scifo
Dijaring Hugo Broos
Dijaring Patrick Vervoort
Dijaring Leo Van Der Elst
Estadio Cuauhtémoc, Puebla
Kehadiran: 45,000
Pengadil: Siegfried Kirschen (Jerman Timur)

Separuh Akhir

Perancis Bendera Perancis0 – 2 Jerman Barat
Laporan Andreas Brehme Goal 9'
Rudi Völler Goal 89'
Estadio Jalisco, Guadalajara
Kehadiran: 45,000
Pengadil: Luigi Agnolin (Itali)

Argentina Bendera Argentina2 – 0 Belgium
Diego Maradona Goal 51'63' Laporan
Kehadiran: 114,500
Pengadil: Antonio Márquez Ramírez (Mexico)

Tempat Ketiga

Perancis Bendera Perancis4 – 2 (s.m.t.) Belgium
Jean-Marc Ferreri Goal 27'
Pierre Papin Goal 43'
Bernard Genghini Goal 104'
Manuel Amoros Goal 111' (pen.)
Laporan Jan Ceulemans Goal 11'
Nico Claesen Goal 73'
Estadio Cuauhtémoc, Puebla
Kehadiran: 21,000
Pengadil: George Courtney (England)

Perlawanan Akhir

Argentina Bendera Argentina3 – 2 Jerman Barat
José Brown Goal 23'
Jorge Valdano Goal 55'
Jorge Burruchaga Goal 83'
Laporan Rummenigge Goal 74'
Rudi Völler Goal 80'
Kehadiran: 114,600
Pengadil: Romualdo Arppi Filho (Brazil)

Pemenang

 Juara Piala Dunia FIFA 1986 
Bendera Argentina
Argentina
Juara Kedua

Anugerah

Sumber: [1]

Kasut Emas Bola Emas Trofi Permainan Bersih
England Gary Lineker Argentina Diego Maradona  Brazil

Penjaring Gol

Gary Lineker menerima Kasut Emas setelah menjaringkan enam gol. Secara keseluruhan, 132 gol dijaringkan oleh 82 pemain yang berbeza, dengan dua daripada mereka dikreditkan sebagai matlamat sendiri.

6 gol[2]

5 gol

4 gol
  • Argentina Jorge Valdano
  • Denmark Preben Elkjær Larsen
  • Itali Alessandro Altobelli
  • Kesatuan Soviet Igor Belanov

3 gol

2 gol

  • Perancis Michel Platini
  • Perancis Yannick Stopyra
  • Mexico Fernando Quirarte
  • Maghribi Abderrazak Khairi
  • Paraguay Roberto Cabañas

  • Paraguay Julio César Romero
  • Sepanyol Ramón Calderé
  • Jerman Barat Klaus Allofs

1 gol

  • Algeria Djamel Zidane
  • Argentina José Luis Brown
  • Argentina Pedro Pasculli
  • Argentina Oscar Ruggeri
  • Belgium Stéphane Demol
  • Belgium Erwin Vandenbergh
  • Belgium Franky Vercauteren
  • Belgium Daniel Veyt
  • Brazil Edinho
  • Bulgaria Plamen Getov
  • Bulgaria Nasko Sirakov
  • Denmark John Eriksen
  • Denmark Michael Laudrup
  • Denmark Søren Lerby
  • England Peter Beardsley
  • Perancis Manuel Amoros
  • Perancis Luis Fernández
  • Perancis Jean-Marc Ferreri
  • Perancis Bernard Genghini

  • Perancis Dominique Rocheteau
  • Perancis Jean Tigana
  • Hungary Lajos Détári
  • Hungary Márton Esterházy
  • Iraq Ahmed Radhi
  • Mexico Luis Flores
  • Mexico Manuel Negrete
  • Mexico Hugo Sánchez
  • Mexico Raúl Servín
  • Maghribi Abdelkrim Merry
  • Ireland Utara Colin Clarke
  • Ireland Utara Norman Whiteside
  • Poland Włodzimierz Smolarek
  • Portugal Carlos Manuel
  • Portugal Diamantino
  • Scotland Gordon Strachan
  • Korea Selatan Choi Soon-ho
  • Korea Selatan Huh Jung-moo
  • Korea Selatan Kim Jong-boo

gol sendiri
  • Hungary László Dajka (untuk Republik Soviet)
  • Korea Selatan Cho Kwang-rae (untuk Itali)

Kedudukan FIFA secara retrospektif

Pada tahun 1986, FIFA telah menerbitkan satu laporan yang menduduki tempat semua pasukan dalam setiap Piala Dunia termasuk tahun 1986, berdasarkan perkembangan dalam pertandingan itu, serta keputusan keseluruhan dan kualiti pasukan. Kedudukan untuk kejohanan 1986 adalah seperti berikut:

R Pasukan K P M S K JG GB PG Mt
1  Argentina A 7 6 1 0 14 5 +9 13
2  Jerman Barat E 7 3 2 2 8 7 +1 8
3  Perancis C 7 4 2 1 12 6 +6 10
4  Belgium B 7 2 2 3 12 15 −3 6
Tersingkir di Suku Akhir
5  Brazil D 5 4 1 0 10 1 +9 9
6  Mexico B 5 3 2 0 6 2 +4 8
7  Sepanyol D 5 3 1 1 11 4 +7 7
8  England F 5 2 1 2 7 3 +4 5
Tersingkir di Pusingan 16
9  Denmark E 4 3 0 1 10 6 +4 6
10  Republik Soviet C 4 2 1 1 12 5 +7 5
11  Maghribi F 4 1 2 1 3 2 +1 4
12  Itali A 4 1 2 1 5 6 −1 4
13  Paraguay B 4 1 2 1 4 6 −2 4
14  Poland F 4 1 1 2 1 7 −6 3
15  Bulgaria A 4 0 2 2 2 6 −4 2
16  Uruguay E 4 0 2 2 2 8 −6 2
Tersingkir di Peringkat Kumpulan
17  Portugal F 3 1 0 2 2 4 −2 2
18  Hungary C 3 1 0 2 2 9 −7 2
19  Scotland E 3 0 1 2 1 3 −2 1
20  Korea Selatan A 3 0 1 2 4 7 −3 1
21  Ireland Utara D 3 0 1 2 2 6 −4 1
22  Algeria D 3 0 1 2 1 5 −4 1
23  Iraq B 3 0 0 3 1 4 −3 0
24  Kanada C 3 0 0 3 0 5 −5 0

Rujukan

  1. ^ "1986 FIFA World Cup Mexico – Awards". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 11 March 2013.
  2. ^ FIFA World Cup – Mexico '86: Official Report, p. 228


Lain-lain

  • Gary Lineker dari England meraih Kasut Emas setelah mengumpulkan enam gol sepanjang kejohanan.
  • Anugerah pemain terbaik diraih Maradona.
  • Pada kejohanan kali ini Kanada dan Iraq muncul buat pertama kali pada Piala Dunia. .
  • Pemain Uruguay, Jose Batista, mencatatkan namanya dalam sejarah sebagai pemain terpantas yang diberi kad merah ketika bertemu Scotland.
  • Jumlah peserta : 121 (24 di pusingan akhir)
  • Jumlah perlawanan : 52
  • Jumlah gol : 132
  • Purata gol : 2.54
  • Jumlah penonton : 2,407,431
  • Purata penonton : 46,297
  • Anugerah permainan bersih FIFA: Brazil


  • l
  • b
  • s
Bola sepak antarabangsa
Asia
Afrika
Amerika Utara,
Amerika Tengah
dan Caribbean
Amerika Selatan
Oceania
Eropah
Bukan FIFA
  • NF-Board – Piala Dunia Viva
  • IGA
  • Sukan Island
Permainan
Lihat juga Bola sepak antarabangsa wanita.
  • l
  • b
  • s
Kejohanan
Kelayakan
1930 • 1934193819501954195819621966197019741978198219861990199419982002200620102014201820222026
Pentas Akhir
19301934 • 1938 • 1950 • 1954 • 1958 • 1962 • 1966 • 1970 • 1974 • 1978 • 1982 • 1986 • 1990 • 1994 • 1998 • 2002 • 2006 • 2010201420182022 • 2026
Skuad
Rencana lain
Anugerah · Bola · Penyiar · Kemarau · Perlawanan akhir · Penjaring · Hat-trick · Sejarah · Tuan rumah · Maskot · Gol batu penanda · Lagu rasmi · Kelayakan · Pengadil · Rekod · Penampilan pasukan · Trofi
1Tiada perlawanan akhir Piala Dunia rasmi pada 1950. 2Tiada pusingan kelayakan kerana tempat diberi berdasarkan jemputan.
  • l
  • b
  • s
Benson & Hedges
Sukan
Golf · Jordan Grand Prix · Piala Dunia FIFA 1986 · Terbuka Malaysia
TV (Malaysia)
Benson & Hedges Golden Dreams · Benson & Hedges Gold & Dreams · Benson & Hedges Golden Dreams Xtreme · Benson & Hedges Gold & Dreams Extreme
Dunhill
John Player's Gold Leaf
Kingsway
Pesta Hiburan Kingsway · Pesta Pujaan Kingsway
Marlboro
Mild Seven
Sukan
Mild Seven Outdoor Quest
TV (Malaysia)
Sambutan Tahun Baru 2000
More
Perilly's
Peter Stuyvesant
Sukan
Badminton · Bola keranjang · Golf · Sukan Olimpik Atlanta 1996
TV (Malaysia)
Peter Stuyvesant Legend of the East
Rothmans
Badminton · Kejohanan Rally Dunia 1992
Salem
Sukan
Tenis
TV (Malaysia)
Alive With Style · US Billboard Countdown
State Express 555
Virginia Gold
Winston