Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021

Piala Arab FIFA 2021
كأس العرب 2021code: ar is deprecated
Kaʾs al-ʿārab 2021
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Qatar
Tarikh30 November – 18 Disember
Pasukan16 (dari 2 konfederasi)
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Algeria (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Tunisia
Tempat Ketiga Qatar
Tempat Keempat Mesir
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan32
Jaringan gol83 (2.59 per perlawanan)
Kehadiran571,605 (17,863 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Seifeddine Jaziri (4 gol)
Pemain terbaik Yacine Brahimi
Penjaga gol terbaik Raïs M'Bolhi
Anugerah Permainan Bersih Maghribi
← 2012 (Piala Negara-Negara Arab)

Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021[1] (Arab: كأس العرب 2021code: ar is deprecated ) dijadualkan menjadi edisi ke-10 Piala Negara-Negara Arab,[2] sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa yang dipertandingkan pasukan kebangsaan lelaki dari dunia Arab;[nota 1][3] ini akan menjadi edisi pertama yang dianjurkan oleh FIFA.[4] Ia dijadualkan berlangsung antara 30 November dan 18 Disember di Qatar, sebagai permulaan kepada Piala Dunia FIFA 2022 yang juga akan diadakan di Qatar.[3]

Fasa kejohanan melibatkan 16 pasukan, di mana tujuh daripadanya telah melalui pusingan kelayakan; kesemua 23 pasukan yang bertanding adalah di bawah naungan sama ada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF). Daripada 16 pasukan itu, lapan juga pernah muncul pada 2012; tiada pasukan membuat penampilan sulung mereka di Piala Negara-Negara Arab. 32 perlawanan pusingan akhir telah dimainkan di enam venue, yang juga digunakan untuk Piala Dunia FIFA 2022.[5] Negara tuan rumah Qatar menewaskan Mesir dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Pada perlawanan akhir, Algeria menentang Tunisia pada 18 Disember di Stadium Al Bayt di Al Khor. Algeria memenangi perlawanan itu 2–0 selepas masa tambahan untuk menuntut Piala Arab pertama mereka.

Pemain Algeria Yacine Brahimi telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan itu, memenangi Bola Emas. Pemain Tunisia, Seifeddine Jaziri memenangi Kasut Emas apabila dia menjaringkan gol terbanyak sepanjang kejohanan itu dengan empat gol. Raïs M'Bolhi dari Algeria memenangi Sarung Tangan Emas, dianugerahkan sebagai penjaga gol dengan memiliki rekod tanpa bolos terbanyak. Dianggarkan lebih 500,000 orang telah menghadiri permainan sepanjang kejohanan itu. Teknologi ofsaid separa automatik telah diuji buat kali pertama dalam kejohanan ini.[6]

Pasukan

  Pasukan layak ke Piala Negara-Negara Arab tanpa pusingan kelayakan
  Pasukan layak ke Piala Negara-Negara Arab selepas pusingan kelayakan
  Pasukan gagal melayakkan diri ke Piala Negara-Negara Arab selepas pusingan kelayakan
  Negara-negara bukan ahli UAFA

Daripada 23 pasukan yang mengambil bahagian,[7] sembilan pasukan teratas berdasarkan kedudukan FIFA April 2021 secara langsung layak ke peringkat kumpulan, sementara 14 pasukan yang selebihnya bermain tujuh perlawanan tunggal, dengan tujuh pasukan melangkah ke peringkat kumpulan.[8] Pada peringkat kumpulan, empat kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan akan bermain dalam perlawanan kumpulan, dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati,[1] yang akan terdiri daripada suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga, dan perlawanan akhir.[9]

14 pasukan di peringkat kelayakan berpasangan berdasarkan kedudukan FIFA April 2021 mereka:[9] pasukan dengan kedudukan tertinggi dalam kelayakan, Oman, bermain menentang pasukan dengan kedudukan terendah, Somalia.[10] Lubnan, pasukan dengan kedudukan kedua tertinggi, bermain menentang Djibouti, pasukan dengan kedudukan kedua terendah, dan seterusnya.[10] Pasukan yang memenangi perlawanan kelayakan 1, 2 dan 3 menduduki posisi 2, 3 dan 4 di balang 3, dan pasukan yang selebihnya ditempatkan di balang 4 mengikut urutan.[9]

Sudan Selatan kehilangan perlawanan kelayakan mereka kerana jumlah kes COVID-19 yang tinggi di kalangan delegasi Sudan Selatan.[11] FA Algeria memutuskan pada Julai 2020 untuk menghantar pasukan Algeria A' (tempatan),[12][13][14] namun, skuad akhir mereka termasuk pemain dari liga Arab lain untuk memperkuatkan pasukan.[15] FA Maghribi juga memutuskan untuk menghantar Maghribi A' (tempatan),[16][17] namun, mereka juga kemudian memperkuat pasukan itu dengan pemain dari liga Arab yang lain.[18][19]

Nota: Nombor dalam tanda kurungan menunjukkan kedudukan dalam Kedudukan Dunia FIFA pada saat undian.[20]

Dari Kedudukan Dunia FIFA April 2021[20]
Bye ke peringkat kumpulan
(Kedudukan 1 hingga 9)
Bersaing dalam kelayakan
(Kedudukan 10 hingga 23)
  1.  Qatar (58) (tuan rumah)
  2.  Tunisia (26)
  3.  Algeria (33)
  4.  Maghribi (34)
  5.  Mesir (46)
  6.  Arab Saudi (65)
  7.  Iraq (68)
  8.  Emiriah Arab Bersatu (73)
  9.  Syria (79)
  1.  Oman (80)
  2.  Lubnan (93)
  3.  Jordan (95)
  4.  Bahrain (99)
  5.  Mauritania (101)
  6.  Palestin (104)
  7.  Libya (116)
  8.  Sudan (124)
  9.  Comoros (132)
  10.  Yaman (145)
  11.  Kuwait (148)
  12.  Sudan Selatan (167)
  13.  Djibouti (192)
  14.  Somalia (195)

Undian

Undian peringkat kumpulan berlangsung pada 27 April 2021 jam 21:00 AST di rumah Opera Katara di Doha.[7][10] Ia dikendalikan oleh Manolo Zubiria, pengarah pertandingan FIFA, dan empat bekas pemain: Wael Gomaa (Mesir), Nawaf Al-Temyat (Arab Saudi), Haitham Mustafa (Sudan) dan Younis Mahmoud (Iraq).[21]

Kaedah

Enam belas pasukan ditarik ke dalam empat kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan. Undian dimulakan dengan balang 1 dan diselesaikan dengan balang 4, di mana pasukan ditarik dan ditugaskan ke kumpulan pertama yang tersedia dalam kedudukan balang mereka (iaitu kedudukan 1 untuk balang 1). Tuan rumah Qatar secara automatik diagihkan ke dalam balang 1 dan ditugaskan ke posisi A1, sementara pasukan selebihnya yang layak secara automatik diagihkan ke dalam balang masing-masing berdasarkan Kedudukan Dunia FIFA pada April 2021 (ditunjukkan dalam tanda kurungan di bawah). Syria, pasukan dengan kedudukan terendah yang secara automatik melayakkan diri, disertai dalam balang 3 oleh pemenang perlawanan kelayakan 1 hingga 3, sementara balang 4 mengandungi pemenang perlawanan kelayakan 4 hingga 7. Algeria, sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika 2019, ditugaskan ke posisi D1.[9]

Balang 1
Pasukan Ked
 Qatar 58
 Tunisia 26
 Algeria 33
 Maghribi 34
Balang 2
Pasukan Ked
 Mesir 46
 Arab Saudi 65
 Iraq 68
 Emiriah Arab Bersatu 73
Balang 3
Pasukan Ked
 Syria 79
Pemenang kelayakan 1
Pemenang kelayakan 2
Pemenang kelayakan 3
Balang 4
Pasukan Ked
Pemenang kelayakan 4
Pemenang kelayakan 5
Pemenang kelayakan 6
Pemenang kelayakan 7

Keputusan undian dan jadual kumpulan

Keputusan undian menghasilkan kumpulan berikut (pasukan dalam huruf condong adalah pemenang kelayakan yang identitinya tidak diketahui semasa undian):

Kumpulan A
Ked Pasukan
A1  Qatar
A2  Iraq
A3  Oman
A4  Bahrain
Kumpulan B
Ked Pasukan
B1  Tunisia
B2  Emiriah Arab Bersatu
B3  Syria
B4  Mauritania
Kumpulan C
Ked Pasukan
C1  Maghribi
C2  Arab Saudi
C3  Jordan
C4  Palestin
Kumpulan D
Ked Pasukan
D1  Algeria
D2  Mesir
D3  Lubnan
D4  Sudan

Venue

Bandar Stadium Kapasiti
Al Khor Stadium Al Bayt 68,895[22][23]
Al Rayyan Stadium Ahmad bin Ali 45,032[24][25]
Stadium Bandar Pendidikan 44,667[26][27]
Doha Stadium Al Thumama 44,400[28][29]
Stadium 974 44,089[30][31]
Al Wakrah Stadium Al Janoub 44,325[32][33]

Skuad

Hanya 15 pemain yang bermain dalam liga bukan Arab dipilih dalam skuad 23 pemain akhir: empat di Sweden; dua di England; masing-masing satu di Denmark, Greece, Indonesia, Malaysia, Belanda, Romania, Rusia, Thailand dan Amerika Syarikat.

Kelayakan

Ringkasan

Pasukan 1  Jaringan  Pasukan 2
Libya Bendera Libya 0–1  Sudan
Oman Bendera Oman 2–1  Somalia
Jordan Bendera Jordan 3–0 (anuge.)  Sudan Selatan
Mauritania Bendera Mauritania 2–0  Yaman
Lubnan Bendera Lubnan 1–0  Djibouti
Palestin Bendera Negara Palestin 5–1  Comoros
Bahrain Bendera Bahrain 2–0  Kuwait

Perlawanan

Semua masa adalah tempatan, AST (UTC+3).

Kelayakan 7
Libya Bendera Libya0–1 Sudan
Laporan
  • Abdel Rahman Goal 15' (pen.)
Kehadiran: 3,523
Pengadil: Saoud Ali Al-Adba (Qatar)

Kelayakan 1
Oman Bendera Oman2–1 Somalia
  • Muhsen Al-Ghassani Goal 12'
  • Salaah Al-Yahyaei Goal 36' (pen.)
Laporan
  • Abel Gigli Goal 54'
Kehadiran: 551
Pengadil: Benoît Bastien (Perancis)

Kelayakan 3
Jordan Bendera Jordan3–0
(anugerahkan)[nota 2]
 Sudan Selatan
Laporan
Pengadil: Daniele Doveri (Itali)

Kelayakan 5
Mauritania Bendera Mauritania2–0 Yaman
  • Ismail Diakhité Goal 18'
  • Hemeya Tanjy Goal 85'
Laporan
Kehadiran: 187
Pengadil: Maurizio Mariani (Itali)

Kelayakan 2
Lubnan Bendera Lubnan1–0 Djibouti
  • Hilal El-Helwe Goal 46'
Laporan
Kehadiran: 739
Pengadil: Benoît Bastien (Perancis)

Kelayakan 6
Palestin Bendera Negara Palestin5–1 Comoros
  • Layth Kharoub Goal 35'
  • Oday Dabbagh Goal 42'
  • Tamer Seyam Goal 56'72'
  • Islam Batran Goal 81'
Laporan
  • Djoumoi Moussa Goal 5'
Kehadiran: 451
Pengadil: Daniele Doveri (Itali)

Kelayakan 4
Bahrain Bendera Bahrain2–0 Kuwait
  • Ali Haram Goal 74'
  • Hashim Isa Goal 90+4'
Laporan
Kehadiran: 354
Pengadil: Mustapha Ghorbal (Algeria)

Peringkat Kumpulan

Semua masa adalah tempatan, AST (UTC+3).[34]

Jadual Peringkat Kumpulan
Hari Perlawanan Tarikh Perlawanan
Hari Perlawanan 1 30 November – 1 Disember 2021 1 v 4, 2 v 3
Hari Perlawanan 2 3–4 Disember 2021 4 v 2, 3 v 1
Hari Perlawanan 3 6–7 Disember 2021 3 v 4, 1 v 2

Kumpulan A

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1  Qatar (H) 3 3 0 0 6 1 +5 9 Mara ke Peringkat kalah mati
2  Oman 3 1 1 1 5 3 +2 4
3  Iraq 3 0 2 1 1 4 −3 2
4  Bahrain 3 0 1 2 0 4 −4 1
Sumber: FIFA
(H) Tuan Rumah
Iraq Bendera Iraq1–1 Oman
  • Hasan Abdulkareem Goal 90+8' (pen.)
Laporan
  • Salaah Al-Yahyaei Goal 78' (pen.)
Kehadiran: 1,576
Pengadil: Said Martínez (Honduras)
Qatar Bendera Qatar1–0 Bahrain
  • Abdulaziz Hatem Goal 69'
Laporan
Kehadiran: 47,813
Pengadil: Szymon Marciniak (Poland)

Bahrain Bendera Bahrain0–0 Iraq
Laporan
Kehadiran: 2,576
Pengadil: Janny Sikazwe (Zambia)
Oman Bendera Oman1–2 Qatar
  • Khalid Al-Hajri Goal 74'
Laporan
Kehadiran: 23,254
Pengadil: Wilton Sampaio (Brazil)

Oman Bendera Oman3–0 Bahrain
  • Rabia Al-Alawi Goal 41'
  • Arshad Al-Alawi Goal 50'
  • Khalid Al-Hajri Goal 59'
Laporan
Kehadiran: 2,477
Pengadil: Ryuji Sato (Jepun)
Qatar Bendera Qatar3–0 Iraq
Laporan
Kehadiran: 23,008
Pengadil: Bakary Gassama (Gambia)

Kumpulan B

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1  Tunisia 3 2 0 1 6 3 +3 6 Mara ke Peringkat kalah mati
2  Emiriah Arab Bersatu 3 2 0 1 3 2 +1 6
3  Syria 3 1 0 2 4 4 0 3
4  Mauritania 3 1 0 2 3 7 −4 3
Sumber: FIFA
Tunisia Bendera Tunisia5–1 Mauritania
  • Seifeddine Jaziri Goal 39'45+2'
  • Ben Larbi Goal 42'51'
  • Youssef Msakni Goal 90+1'
Laporan
  • Bessam Goal 45+12' (pen.)
Kehadiran: 2,494
Pengadil: Alireza Faghani (Iran)
Emiriah Arab Bersatu Bendera Emiriah Arab Bersatu2–1 Syria
  • Caio Canedo Goal 24'
  • Ali Saleh Goal 30'
Laporan
  • Ward Al Salama Goal 60'
Kehadiran: 4,129
Pengadil: Janny Sikazwe (Zambia)

Mauritania Bendera Mauritania0–1 Emiriah Arab Bersatu
Laporan
  • Khalil Ibrahim Goal 90+3'
Kehadiran: 3,316
Pengadil: Andrés Matonte (Uruguay)
Syria Bendera Syria2–0 Tunisia
  • Kass Kawo Goal 4'
  • Mouhamad Anez Goal 47'
Laporan
Kehadiran: 15,913
Pengadil: Fernando Hernández Gómez (Mexico)

Syria Bendera Syria1–2 Mauritania
  • Mahmoud Al Baher Goal 52'
Laporan
  • Mouhamed Soueid Goal 50'
  • Hemeya Tanjy Goal 90+5'
Kehadiran: 8,539
Pengadil: Wilton Sampaio (Brazil)
Tunisia Bendera Tunisia1–0 Emiriah Arab Bersatu
  • Seifeddine Jaziri Goal 10'
Laporan
Kehadiran: 14,272
Pengadil: Daniel Siebert (Jerman)

Kumpulan C

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1  Maghribi 3 3 0 0 9 0 +9 9 Mara ke Peringkat kalah mati
2  Jordan 3 2 0 1 6 5 +1 6
3  Arab Saudi 3 0 1 2 1 3 −2 1
4  Palestin 3 0 1 2 2 10 −8 1
Sumber: FIFA
Maghribi Bendera Maghribi4–0 Palestin
  • Mohamed Nahiri Goal 31'
  • Abdelilah Hafidi Goal 56'64'
  • Badr Benoun Goal 87' (pen.)
Laporan
Kehadiran: 3,843
Pengadil: Matthew Conger (New Zealand)
Arab Saudi Bendera Arab Saudi0–1 Jordan
Laporan
  • Khalifah Al-Dawsari Goal 62' (g.s.)
Kehadiran: 4,777
Pengadil: Bakary Gassama (Gambia)

Jordan Bendera Jordan0–4 Maghribi
Laporan
  • Yahya Jabrane Goal 4'
  • Badr Benoun Goal 25'
  • Mohamed Chibi Goal 45+3'
  • Soufiane Rahimi Goal 88' (pen.)
Kehadiran: 7,890
Pengadil: Facundo Tello (Argentina)
Palestin Bendera Negara Palestin1–1 Arab Saudi
  • Mohammed Rashid Goal 45+2'
Laporan
  • Abdullah Al-Hamdan Goal 81'
Kehadiran: 3,075
Pengadil: Said Martínez (Honduras)

Maghribi Bendera Maghribi1–0 Arab Saudi
  • Karim El Berkaoui Goal 45+4' (pen.)
Laporan
Kehadiran: 8,502
Pengadil: Andrés Matonte (Uruguay)
Jordan Bendera Jordan5–1 Palestin
Laporan
  • Tamer Seyam Goal 44'
Kehadiran: 9,750
Pengadil: Alireza Faghani (Iran)

Kumpulan D

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1  Mesir 3 2 1 0 7 1 +6 7[a] Mara ke Peringkat kalah mati
2  Algeria 3 2 1 0 7 1 +6 7[a]
3  Lubnan 3 1 0 2 1 3 −2 3
4  Sudan 3 0 0 3 0 10 −10 0
Sumber: FIFA
Nota:
  1. ^ a b Mata permainan Bersih: Mesir –6, Algeria –11.
Algeria Bendera Algeria4–0 Sudan
  • Baghdad Bounedjah Goal 11'37'
  • Djamel Benlamri Goal 43'
  • Hillal Soudani Goal 46'
Laporan
Kehadiran: 2,203
Pengadil: Ryuji Sato (Jepun)
Mesir Bendera Mesir1–0 Lubnan
  • Mohamed Magdy Goal 71' (pen.)
Laporan
Kehadiran: 11,757
Pengadil: Daniel Siebert (Jerman)

Lubnan Bendera Lubnan0–2 Algeria
Laporan
Kehadiran: 9,405
Pengadil: Szymon Marciniak (Poland)
Sudan Bendera Sudan0–5 Mesir
Laporan
  • Ahmed Refaat Goal 4'
  • Ahmed Sayed Goal 13' (pen.)
  • Mahmoud Hamdy Goal 31'
  • Hussein Faisal Goal 57'
  • Mohamed Sherif Goal 80'
Kehadiran: 14,464
Pengadil: Matthew Conger (New Zealand)

Algeria Bendera Algeria1–1 Mesir
  • Amine Tougai Goal 20'
Laporan
  • Amr El Solia Goal 60' (pen.)
Kehadiran: 32,418
Pengadil: Facundo Tello (Argentina)
Lubnan Bendera Lubnan1–0 Sudan
  • Ali Eshrein Goal 76' (g.s.)
Laporan
Kehadiran: 5,991
Pengadil: Fernando Hernández Gómez (Mexico)

Peringkat kalah mati

Peringkat kalah mati adalah peringkat kedua dan terakhir kejohanan, selepas peringkat kumpulan. Ia bermula pada 10 Disember dengan suku akhir dan berakhir pada 18 Disember berikutan perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Al Bayt di Al Khor. Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan (jumlah 8) mara ke peringkat kalah mati untuk bersaing dalam kejohanan penyingkiran tunggal. Perlawanan untuk tempat ketiga telah dimainkan antara dua pasukan yang kalah pada separuh akhir.

Jika perlawanan terikat pada penghujung masa permainan asal, dua separuh masa tambahan dimainkan (15 minit setiap satu) dan diikuti, jika perlu, dengan penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang. Di bawah adalah gambaran untuk peringkat kalah mati kejohanan. Pasukan dalam huruf tebal menunjukkan pemenang perlawanan.

Gambaran

 
Suku AkhirSeparuh AkhirPentas Akhir
 
          
 
10 Disember – Al Rayyan (Pendidikan)
 
 
 Tunisia2
 
15 Disember – Doha (974)
 
 Oman1
 
 Tunisia1
 
11 Disember – Al Wakrah
 
 Mesir0
 
 Mesir (s.m.t.)3
 
18 Disember – Al Khor
 
 Jordan1
 
 Tunisia0
 
10 Disember – Al Khor
 
 Algeria (s.m.t.)2
 
 Qatar5
 
15 Disember – Doha (Al Thumama)
 
 Emiriah Arab Bersatu0
 
 Qatar1
 
11 Disember – Doha (Al Thumama)
 
 Algeria2 Tempat Ketiga
 
 Maghribi2 (3)
 
18 Disember – Doha (974)
 
 Algeria (pen.)2 (5)
 
 Mesir0 (4)
 
 
 Qatar (pen.)0 (5)
 

Suku Akhir

Tunisia Bendera Tunisia2–1 Oman
  • Seifeddine Jaziri Goal 16'
  • Youssef Msakni Goal 69'
Laporan
  • A. Al-Alawi Goal 66'
Kehadiran: 21,329
Pengadil: Daniel Siebert (Jerman)

Qatar Bendera Qatar5–0 Emiriah Arab Bersatu
Laporan
Kehadiran: 63,439
Pengadil: Andrés Matonte (Uruguay)

Mesir Bendera Mesir3–1 (s.m.t.) Jordan
  • Marwan Hamdy Goal 45+1'
  • Ahmed Refaat Goal 100'
  • Marwan Dawoud Goal 119'
Laporan
Kehadiran: 28,306
Pengadil: Said Martínez (Honduras)

Maghribi Bendera Maghribi2–2 (s.m.t.) Algeria
  • Mohamed Nahiri Goal 64'
  • Badr Benoun Goal 111'
Laporan
Penalti
  • Soufiane Rahimi Dijaring
  • Badr Benoun Dijaring
  • Yahya Jabrane Dijaring
  • Karim El Berkaoui Tersasar
3–5
  • Dijaring Youcef Belaïli
  • Dijaring Sofiane Bendebka
  • Dijaring Abdelkader Bedrane
  • Dijaring Houcine Benayada
  • Dijaring Amine Tougai
Kehadiran: 24,823
Pengadil: Wilton Sampaio (Brazil)

Separuh Akhir

Tunisia Bendera Tunisia1–0 Mesir
  • Amr El Solia Goal 90+5' (g.s.)
Laporan
Kehadiran: 36,427
Pengadil: Alireza Faghani (Iran)

Qatar Bendera Qatar1–2 Algeria
Laporan
  • Djamel Benlamri Goal 59'
  • Youcef Belaïli Goal 90+17'
Kehadiran: 42,405
Pengadil: Szymon Marciniak (Poland)

Tempat Ketiga

Mesir Bendera Mesir0–0 (s.m.t.) Qatar
Laporan
Penalti
  • Mohamed Magdy Dijaring
  • Amr El Solia Dijaring
  • Ahmed Hegazi Tersasar
  • Ahmed Fatouh Dijaring
  • Akram Tawfik Dijaring
  • Mohamed Sherif Tersasar
4–5
Kehadiran: 30,978
Pengadil: Facundo Tello (Argentina)

Pentas Akhir

Tunisia Bendera Tunisia0–2 (s.m.t.) Algeria
Laporan
Kehadiran: 60,456
Pengadil: Daniel Siebert (Jerman)

Pemenang

 Juara Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021 
Bendera Algeria
Algeria
Juara Pertama

Statistik

Penjaring gol

Terdapat 83 gol dijaringkan dalam 32 perlawanan, bagi purata 2.59 gol setiap perlawanan.

4 gol

  • Seifeddine Jaziri

3 gol

2 gol

  • Youcef Belaïli
  • Djamel Benlamri
  • Baghdad Bounedjah
  • Ahmed Refaat
  • Abdelilah Hafidi
  • Mohamed Nahiri
  • Arshad Al-Alawi
  • Khalid Al-Hajri
  • Akram Afif
  • Abdulaziz Hatem
  • Firas Ben Larbi
  • Youssef Msakni

1 gol

  • Tayeb Meziani
  • Amir Sayoud
  • Hillal Soudani
  • Mohamed Amine Tougai
  • Marwan Dawoud
  • Amr El Solia
  • Hussein Faisal
  • Mahmoud "El Wensh" Hamdy
  • Marwan Hamdy
  • Mohamed "Afsha" Magdy
  • Ahmed "Zizo" Sayed
  • Mohamed Sherif
  • Hasan Abdulkareem
  • Baha' Abdel-Rahman
  • Hamza Al-Dardour
  • Mahmoud Al-Mardi
  • Abdullah Al-Hamdan
  • Bessam
  • Mouhamed Soueid
  • Hemeya Tanjy
  • Karim El Berkaoui
  • Mohamed Chibi
  • Yahya Jabrane
  • Soufiane Rahimi
  • Rabia Al-Alawi
  • Salaah Al-Yahyaei
  • Mohammed Rashid
  • Tamer Seyam
  • Hassan Al-Haydos
  • Boualem Khoukhi
  • Mohammed Muntari
  • Mouhamad Anez
  • Mahmoud Al Baher
  • Oliver Kass Kawo
  • Ward Alslamh
  • Caio Canedo
  • Khalil Ibrahim
  • Ali Saleh

1 gol sendiri

  • Amr El Solia (untuk Tunisia)
  • Khalifah Al-Dawsari (untuk Jordan)
  • Fahmi Durbin (untuk Qatar)
  • Ali Abu Eshrein (untuk Lubnan)
  • Ali Salmeen (untuk Qatar)

Sumber: FIFA

Kedudukan Akhir

  Juara
  Naib Juara
  Tempat Ketiga
  Tempat Keempat
  Suku Akhir
  Peringkat Kumpulan

Kedudukan akhir kejohanan dilaporkan di bawah.[35]

K Pasukan K P S S K JG GB PG Mt
1  Algeria D 6 4 2 0 13 4 +9 14
2  Tunisia B 6 4 0 2 9 6 +3 12
3  Qatar A 6 4 1 1 12 3 +9 13
4  Mesir D 6 3 2 1 10 3 +7 11
Tersingkir di Suku Akhir
5  Maghribi C 4 3 1 0 11 2 +9 10
6  Jordan C 4 2 0 2 7 8 −1 6
7  Emiriah Arab Bersatu B 4 2 0 2 3 7 −4 6
8  Oman A 4 1 1 2 6 5 +1 4
Tersingkir di Peringkat Kumpulan
9  Syria B 3 1 0 2 4 4 0 3
10  Lubnan D 3 1 0 2 1 3 −2 3
11  Mauritania B 3 1 0 2 3 7 −4 3
12  Iraq A 3 0 2 1 1 4 −3 2
13  Arab Saudi C 3 0 1 2 1 3 −2 1
14  Bahrain A 3 0 1 2 0 4 −4 1
15  Palestin C 3 0 1 2 2 10 −8 1
16  Sudan D 3 0 0 3 0 10 −10 0

Mengikut konvensyen statistik dalam bola sepak, perlawanan yang diputuskan dalam masa tambahan dikira sebagai menang dan kalah, manakala perlawanan yang diputuskan melalui penentuan sepakan penalti dikira sebagai seri.

Hak penyiaran

Negara/Wilayah Penyiar Ruj.
 Australia Perkhidmatan Penyiaran Khas [36]
 Indonesia MNC Vision, K-Vision [perlu rujukan]
 Malaysia Astro SuperSport [perlu rujukan]
 Qatar beIN Sports [37]
Alkass [38]
Korea Selatan SBS Sports [39]
 Amerika Syarikat Fox Sports[40]
Telemundo Deportes (perlawanan akhir sahaja)
[perlu rujukan]
Dunia FIFATV (YouTube) [perlu rujukan]

Penajaan

Rakan kongsi FIFA Penaja Piala Arab FIFA Penyokong serantau

Lihat juga

  • Kejohanan WAFF 2021

Nota

  1. ^ Sudan Selatan juga turut mengambil bahagian.
  2. ^ Perlawanan kelayakan ketiga diberikan kepada Jordan kerana Sudan Selatan gagal menyertai disebabkan beberapa pemain dan kakitangan mereka mendapat keputusan ujian positif COVID-19 semasa mereka tiba di Qatar.[11]

Rujukan

  1. ^ a b "FIFA President confirms 22 national teams will participate in FIFA Arab Cup 2021 in Qatar". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 24 November 2020. Dicapai pada 24 November 2020.
  2. ^ "الاتحاد العربي" يعلن عن مسابقاته للموسم القادم [The "Arab Union" announces its competitions for the next season]. UAFA (dalam bahasa Arab). 25 April 2021. Dicapai pada 27 April 2021.
  3. ^ a b "Libya receives invitation to participate in FIFA-backed pan-Arab tournament 2021 in Qatar". www.libyaobserver.ly. 25 July 2020.
  4. ^ "FIFA Arab Cup 2021 – Teams – Lebanon". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 April 2021.
  5. ^ "Draw sets the stage for an exciting FIFA Arab Cup Qatar 2021". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Fédération Internationale de Football Association. 27 April 2021. Dicapai pada 27 April 2021.
  6. ^ "Semi-automated offside technology explained ahead of FIFA Arab Cup". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Fédération Internationale de Football Association. 29 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021. Dicapai pada 29 November 2021.
  7. ^ a b "Qatar to host FIFA Arab Cup 2021 draw on 27 April". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  8. ^ Abou Diab, Rami (27 November 2020). "New FIFA Ranking revealed". FA Lebanon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2020.
  9. ^ a b c d "FIFA Arab Cup Qatar 2021: Draw procedures" (PDF). FIFA. Dicapai pada 26 April 2021.
  10. ^ a b c Harby, Ahmed (26 April 2021). منتخب مصر بالمستوى الثانى فى تصنيف قرعة كأس العرب 2021 [The Egyptian national team is ranked second in the 2021 Arab Cup draw]. youm7.com (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 26 April 2021.
  11. ^ a b "FIFA Arab Cup 2021 qualification match between Jordan and South Sudan forfeited". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 21 June 2021.
  12. ^ "Local players to represent Algeria at 2021 Arab Cup". APS. 26 July 2021.
  13. ^ "Coupe Arabe 2022, le Groupe de l'Algérie se Complete". faf.dz. 23 June 2021.
  14. ^ "Coupe Arabe FIFA 2021, l'Algérie Invitée Officielement". faf.dz. 26 July 2021.
  15. ^ "Coupe Arabe de la FIFA – Qatar 2021 : Les 23 Verts pour le Qatar". faf.dz. 20 November 2021.
  16. ^ "Les Lions Locaux tournés vers la Coupe Arabe 2021". Lions de l'Atlas. ELMB. 26 March 2021.
  17. ^ "Coupe Arabe de la FIFA Qatar 2021 (préparation)". frmf.ma. 9 October 2021.
  18. ^ "Coupe Arabe 2021 : Bougherra annonce sa liste définitive". Ennahar Online. 20 November 2021.
  19. ^ "قائمة منتخب المغرب في كأس العرب 2021". al-ain.com. Abdel Latif Fawzi. 22 November 2021.
  20. ^ a b "FIFA Men's Ranking – April 2021 (AFC)". FIFA.com. 7 April 2021.
  21. ^ "Excitement mounts ahead of FIFA Arab Cup Qatar 2021 draw". FIFA. 26 April 2021. Dicapai pada 26 April 2021.
  22. ^ "Al Bayt Stadium". qatar2022.qa. Dicapai pada 18 November 2022.
  23. ^ "Al Bayt Stadium". FIFA. Dicapai pada 18 November 2022.
  24. ^ "Ahmad Bin Ali Stadium". qatar2022.qa. Dicapai pada 18 November 2022.
  25. ^ "Ahmad bin Ali Stadium". FIFA. Dicapai pada 18 November 2022.
  26. ^ "Education City Stadium". qatar2022.qa. Dicapai pada 18 November 2022.
  27. ^ "Education City Stadium". FIFA. Dicapai pada 18 November 2022.
  28. ^ "Al Thumama Stadium". qatar2022.qa. Dicapai pada 18 November 2022.
  29. ^ "Al Thumama Stadium". FIFA. Dicapai pada 18 November 2022.
  30. ^ "Stadium 974". qatar2022.qa. Dicapai pada 18 November 2022.
  31. ^ "Stadium 974". FIFA. Dicapai pada 18 November 2022.
  32. ^ "Al Janoub Stadium". qatar2022.qa. Dicapai pada 18 November 2022.
  33. ^ "Al Janoub Stadium". FIFA. Dicapai pada 18 November 2022.
  34. ^ "FIFA Arab Cup Qatar 2021: Match schedule" (PDF). FIFA. 28 April 2021. Dicapai pada 28 April 2021.
  35. ^ "الترتيب النهائي للمنتخبات في ختام كأس العرب". Al-Emarat Al-Youm. 19 December 2021.
  36. ^ "Everything you need to know about the FIFA Arab Cup on SBS". SBS. Dicapai pada 21 June 2022.
  37. ^ "beIN SPORTS Acquires Rights to FIFA Arab Cup Qatar 2021". Al Bawaba. 27 November 2021.
  38. ^ "the frequency of the AlKass open channel, the carrier of the Arab Cup matches". Middleeast in-24. 4 December 2021.
  39. ^ "2021 FIFA 아랍 컵 중계일정 안내 (12/1~)". SBS Sports (dalam bahasa Korea). 1 December 2021.
  40. ^ "Semi-automated offside debuts at 2021 Arab Cup". worldsoccertalk.com. 2 December 2021.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • l
  • b
  • s
Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021
Kumpulan
Maklumat am
Venue
  • l
  • b
  • s
Era Piala Negara-Negara Arab, 1963–2012
Kejohanan
  • Lubnan 1963
  • Kuwait 1964
  • Iraq 1966
  • Lubnan 1982
  • Arab Saudi 1985
  • Jordan 1988
  • Syria 1992
  • Qatar 1998
  • Kuwait 2002
  • 2009
  • Arab Saudi 2012
Kelayakan
  • 1963
  • 1964
  • 1966
  • 1982
  • 1985
  • 1988
  • 1992
  • 1998
  • 2002
  • 2009
  • 2012
Pentas Akhir
  • 1963
  • 1964
  • 1966
  • 1982
  • 1985
  • 1988
  • 1992
  • 1998
  • 2002
  • 2009
  • 2012
Skuad
  • 1963
  • 1964
  • 1966
  • 1982
  • 1985
  • 1988
  • 1992
  • 1998
  • 2002
  • 2009
  • 2012
Era Piala Negara-Negara Arab FIFA, 2021–sekarang
Kejohanan
  • Qatar 2021
Kelayakan
  • 2021
Pentas Akhir
Skuad
Nota: Edisi 1992 dianjurkan sebagai sebahagian daripada Sukan Benua Arab, dan juga dikira sebagai Piala Negara-Negara Arab.