Pierre-Emerick Aubameyang

Pierre-Emerick Aubameyang
Aubameyang bersama Arsenal pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Pierre-Emerick Emiliano François Aubameyang
Tarikh lahir (1989-06-18) 18 Jun 1989 (umur 34)
Tempat lahir Laval, Perancis
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Marseille
Nombor 10
Kerjaya remaja
1995–1997 ASL L'Huisserie
1997–1998 Nice
1998–2001 Laval
2001–2007 Bastia
2007–2008 AC Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2011 AC Milan 0 (0)
2008–2009 → Dijon (pinjam) 34 (8)
2009–2010 → Lille (pinjam) 14 (2)
2010–2011 → Monaco (pinjam) 19 (2)
2011 Saint-Étienne II 2 (0)
2011–2013 Saint-Étienne 87 (37)
2013–2018 Borussia Dortmund 144 (98)
2018–2022 Arsenal 128 (68)
2022 Barcelona 18 (11)
2022–2023 Chelsea 15 (1)
2023– Marseille 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Perancis B21 1 (0)
2009–2012 Gabon B23 3 (1)
2009– Gabon 74 (30)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:21, 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:57, 9 September 2023 (UTC)

Pierre-Emerick Emiliano François Aubameyang (Sebutan bahasa Perancis: [pjɛʁ ɛməʁik obaməjɑ̃ɡ]; lahir 18 Jun 1989) merupakan pemain bola sepak profesional yang bermain untuk Olympique de Marseille dan pasukan bola sepak kebangsaan Gabon. Aubameyang menyertai Borussia Dortmund pada bulan Julai 2013, dan tidak lama selepas itu, dia memenangi trofi DFL-Supercup 2013. Dia dikenali kerana kepantasannya, berlari 30 meter dalam masa 3.7 saat, dan keupayaannya beraksi sebagai penyerang atau pemain sayap. Pada 19 Mei 2022, Patrick-Emerick Aubameyang secara rasmi mengumumkan persaraan antarabangsanya selepas 73 penampilan dan 30 gol dijaringkan.

Karier kelab

Awal karier

Aubameyang menyertai pasukan remaja A.C. Milan pada bulan Januari 2007. Pada bulan Ogos, dia merupakan sebahagian daripada skuad yang mendapat tempat keempat dalam Piala Remaja Juara-Juara 2007 yang diadakan di Malaysia dan dianugerahkan Roberto Bettega Trophy sebagai penjaring terbanyak. Dia menjaringkan tujuh gol daripada enam perlawanan.

Perancis

Aubameyang di Saint-Étienne pada tahun 2011

Untuk musim 2008–09, Aubameyang dipinjamkan kepada Dijon FCO. Pada 24 Jun 2009, ianya telah diumumkan bahawa kelab Ligue 1, Lille OSC telah memutuskan untuk menandatangani Aubameyang secara pinjaman.

Pada musim berikutnya, dia dipinjamkan ke kelab lain sekali lagi, kali ini ke AS Monaco. Pada 21 Ogos 2010, Aubameyang menjaringkan gol pertamanya untuk Monaco ketika perlawanan di tempat lawan menentang RC Lens. Dia sekali lagi menjaringkan gol pada 29 Ogos di tempat sendiri ke atas AJ Auxerre dimana pasukannya menang 2–0.

Pada bulan Januari 2011, selepas enam bulan di Monaco, Aubameyang dipinjamkan ke AS Saint-Étienne sehingga akhir musim 2010–11. Pada bulan Julai 2011, tempoh perpinjamannya dilanjutkan sehingga keseluruhan musim 2011–12. Pada 22 Disember 2011, Aubameyang menyertai Saint-Étienne secara perpindahan tetap. Pada bulan Februari 2012, Aubameyang menjaringkan hatrik pertamanya ketika menentang FC Lorient.

Pada 20 April 2013, Aubameyang berada dalam kesebelasan utama Saint-Étienne untuk perlawanan akhir Coupe de la Ligue. Les Verts menang 1–0 dan memberikan Aubameyang trofi major pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional.

Dalam musim Ligue 1 2012–13, Aubameyang mengakhiri liga sebagai penjaring terbanyak dengan 19 gol. Daripada 37 penampilan, dia juga membuat lapan bantuan gol.

Borussia Dortmund

Pada 4 Julai 2013, Aubameyang menyertai finalis Liga Juara-Juara, Borussia Dortmund dengan kontrak lima tahun. Dia membuat penampilan kompetitif pertama untuk kelab barunya pada 27 Julai 2013 menentang Bayern Munich dalam DFL-Supercup, menggantikan Jakub Błaszczykowski pada separuh masa kedua dimana Dortmund menang 4–2.

Pada 10 Ogos 2013, Aubameyang membuat penampilan pertama Bundesliga dan menjaringkan gol hatrik menentang FC Augsburg. Dalam proses itu, Aubameyang juga menjadi pemain Gabon pertama untuk beraksi dalam Bundesliga. Pada 27 November 2013, Aubameyang menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah ketika menang 3–1 ke atas Napoli dalam peringkat kumpulan.

Pada 13 Ogos 2014, Aubameyang menjaringkan gol kedua Borussia Dortmund ketika kemenangan 2–0 ke atas Bayern Munich dalam DFL-Supercup. Selepas menjaringkan gol itu, dia meraikan dengan memakai topeng Spider-Man. Dalam perlawanan Dortmund yang seterusnya, kemenangan 4–1 ke atas Stuttgart Kickers dalam pusingan pertama DFB-Pokal, Aubameyang menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua dan membuat bantuan gol kepada Adrián Ramos. Pada 13 September, Aubameyang menjaringkan gol pertama Bundesliga untuk musim itu, menjaringkan gol ketiga Dortmund ketika kemenangan 3–1 ke atas SC Freiburg. Tiga hari kemudian, Aubameyang menjaringkan gol kedua Borussia Dortmund ketika kemenangan 2–0 ke atas Arsenal dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kejayaan

Kelab

Borussia Dortmund
  • DFL-Supercup: 2013, 2014
Saint-Étienne
  • Piala Liga Perancis: 2012–13

Individu

  • Pemain Afrika Terbaik Ligue 1: 2012–13
  • Pasukan Tahunan Ligue 1 (1): 2012–13

Pautan luar

  • Pierre-Emerick Aubameyang – Rekod persaingan FIFA
Persondata
Nama Aubameyang, Pierre-Emerick
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pemain bola sepak
Tarikh kelahiran 18 Jun 1989
Tempat kelahiran Paris, Perancis
Tarikh kematian
Tempat kematian
  • l
  • b
  • s
Olympique de Marseille – skuad semasa

1 Ngapandouetnbu • 2 Saliba • 3 Álvaro • 4 Kamara • 5 Balerdi • 6 Guendouzi • 7 Radonjić • 8 Gerson • 10 Payet • 11 Luis Henrique • 12 Dieng • 14 Luan Peres • 15 Ćaleta-Car • 16 López • 17 Ünder • 19 Milik • 20 Konrad • 21 Rongier • 22 Gueye • 23 Amavi • 26 Targhalline • 30 Mandanda (k) • Pengurus: Sampaoli