Planetarium Melaka

Planetarium Melaka is located in Bumi
Planetarium Melaka
Planetarium Melaka (Bumi)
Maklumat umumJenisPlanetariumLokasiKompleks MITC, Hang Tuah JayaBandar/pekanAyer KerohNegaraMalaysiaPembukaan10 Ogos 2009PembiayaanRM20 jutaPengurusanPlanetarium Melaka Sdn BhdButiran teknikal
Bilangan tingkat
3
Keluasan tingkat
0.7 hektar (1.7 ekar)

Planetarium Melaka merupakan sebuah planetarium yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia, di mana ia berada bersebelahan dengan bangunan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).[1][2]

Sejarah

Platenarium Melaka telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam pada 10 Ogos 2009. Planetarium ini merupakan planetarium kedua dibuka di negeri Melaka selepas Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Masjid Tanah.[3]

Seni bina

Planetarium ini tiga tingkat ini dibangunkan dengan seni bina Islam dan sebuah kubah bersaiz 15 meter diatasnya.[4] Ia dibina dengan pebelanjaan sebanyak RM20 juta di kawasan seluas 0.7 hektar. Ia juga terdiri daripada empat bahagian iaitu ilmu falak, angkasa lepas, pensimulasian dan fizik.[4]

Pameran

Pameran di Planetarium Melaka menampilkan ruang kosmos, sejarah ilmu dan ahli astronomi serta beberapa tarikan yang lain.

Galeri

  • Dewan pameran
    Dewan pameran

Rujukan

  1. ^ (Inggeris) Erhern. "Melaka Planetarium". AmazingMelaka.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2016.
  2. ^ (Inggeris) "Malacca Planetarium Adventure Science Centre".
  3. ^ "Planetarium Melaka". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2016.
  4. ^ a b Nas Norziela Nasbah (11 Ogos 2009). "Keunikan Planetarium Melaka".

Pautan luar

  • Laman Facebook rasmi